Pasti2 pasti
 

Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM. 

VISI

Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting.

MISI

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.

KHIDMAT TADIKA ASUHAN TUNAS ISLAM

 Khidmat PASTI 1  Khidmat PASTI 2

Khidmat PASTI 3  Khidmat PASTI 4

Demi perjuangan memartabatkan pendidikan awal berteraskan Islam. PASTI akan sentiasa menerajuinya. Di Jelebu sudah ada 4 buah PASTI dan tahun depan akan dibuka 1 lagi di Air Itam, Lui.

1- Pasti Al-Biruni di Klawang
2- Pasti Ar-Razi di Klawang
3- Pasti Nurul Quran di Simpang Durian
4- Pasti Ar- Dhani di Simpang Pertang

Facebook : https://www.facebook.com/PASTI-Al-Biruni-Jelebu-190141768381097/

tabika kemas

Tabika Kemas (Nkra) adalah program kerajaan Malaysia di unit Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),di mana pendidikan awal kanak-kanak disediakan untuk mereka yang berumur di antara umur 4 dan 6 tahun.

Tadika ini berdasarkan konsep 'belajar melalui bermain' dan menganjurkan aktiviti kokurikulum seperti kelas Bahasa Inggeris, kelas Fardhu Ain/Iqra' dan lawatan pendidikan. Yuran bulanan amat berpatutan, hanya sekitar RM20 sebulan.

Laman Web : http://www.kemas.gov.my

Pejabat KEMAS Daerah : 

Alamat : 

Pejabat KEMAS Jelebu
Pusat Kegiatan Masyarakat Simpang Pertang
72300 Simpang Pertang
Negeri Sembilan

No tel & faks :

No.Tel : 06-4920162
No.Faks : 06-4920144

 

Senarai Tadika Kemas disekitar Jelebu :

  • Tabika Kemas Simpang Gelami

Tabika Kemas Kg Kelaka

Tabika Kemas Kg. Teriang

Tabika Kemas Kg. Batu Serambai

Tabika Kemas Jheoa Kg Banner Tengkoh

Tabika Kemas Jalan Masjid Kuala Klawang

Tabika Kemas Kg. Petaseh

Tabika Kemas Kg. Pianggu

Tabika Kemas Taman Bandar Tinggi

Tabika Kemas Ulu Kemin (Nkra)

permata

Program Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Alamat :

Kawasan Lapang, Kuarters Mengkan,Jalan Petaling, 71600 Jelebu, Negeri Sembilan

Hubungi :

Nurul Mardhiana Binti Abdul Manap

Tel:

06-6134160 | 0129394068

Mula Beroperasi :

18 April 2011

Jumlah Anak : 40