TAJUK : CELIK IT

NAMA : Muhammad Farish B Mohd Saizee

UMUR : 16 Tahun

AHLI : 2018

LATAR BELAKANG :

Muhammad Farish Bin Mohd Saizee merupakan seorang ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Ulu Seperi sejak tahun 2018. Beliau dikenali dengan panggilan Farish oleh rakan-rakan dan juga penduduk kampung. Beliau kini merupakan pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu. Beliau seorang yang aktif menggunakan PEDi sejak tahun 2018 lagi terutamanya semasa cuti hujung minggu dan cuti persekolahan. Hobi beliau adalah bermain kuiz pembelajaran dan juga melayari internet. Oleh itu, beliau sering memenuhi masa lapang beliau dengan melayari internet di PEDi. Beliau turut mengikuti kelas dan program yang diadakan di PEDi. Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau sering menghabiskan masa di rumah atau bermain bersama kawan-kawan beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum penglibatan di PEDi, Farish hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai ICT. Pada permulaannya beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Oleh hal yang demikian beliau mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai ahli baru PEDi Ulu Seperi dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan oleh petugas. Melalui kelas tersebut, beliau diberikan pendedahan dan diajar cara untuk menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya dapat membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer dan internet untuk kegunaan harian dan juga untuk pembelajaran.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Dengan adanya PEDi, beliau kini banyak meluangkan masa lapang beliau di PEDi dengan melayari internet serta menyertai latihan dan program yang diadakan di PEDi. Sebelum ini beliau kurang pengetahuan tentang ICT tetapi melalui kelas dan program pelbagai modul diberikan kepada beliau bagi meningkatkan Kemahiran dan pengetahuan dalam pembelajaran beliau. Di samping itu, apabila tiba musim persekolahan atau cuti hujung minggu, beliau dan rakan-rakan akan dating ke PEDi bagi memenuhi masa lapang dengan melayari internet, media sosial serta mengikuti kelas atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak PEDi. Beliau kini semakin mahir dalam menggunakan komputer serta perisiannya dan beliau sedar betapa pentingnya Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang siber terutamanya dalm zaman teknologi dan maklumat pada masa kini yang semakin berkembang pesat

 

Farish dan kawan-kawan beliau telah mengikuti beberapa siri kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi. Antaranya ialah perkongsian advokasi Positif & Produktif, Kelas E-Pembelajaran Rapid Typing Fast, Kelas STEM IOT Air Honker Project, STEM IOT Cargo PlaneChallange, STEM IOT Cup Stack Challange dan Wordwall STEM Quiz (Science).

cp1 WhatsApp Image 2023 10 06 at 16.41.16 2


 

TAJUK : KEUSAHAWANAN

NAMA : Noorafidah Binti Kamarudin

UMUR : 42 Tahun

AHLI : 2023

LATAR BELAKANG :

Puan Noorafidah merupakan anak jati Kampung Seperi yang menjadi ejen produk kecantikan dan kesihatan daripada Jamu Ratu Malaya (JRM). Pengasas produk JRM adalah Bonda Rozita Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi & Jamu Ratu Malaya).  Di samping, produk JRM telah mendapat maklumbalas (feedback) positif dari pengguna-pengguna kecantikan dan kesihatan. Oleh hal yang demikian, Puan Noorafidah mengambil langkah dan peluang untuk menjadi ejen JRM bagi mencari pendapatan sampingan dan seterusnya membantu meringankan beban ekonomi keluarga beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Puan Noorafidah pada awalnya hanya menggunakan akaun Shopee untuk membeli barang-barang keperluan rumah dan peribadi. Namun demikian beliau berminat untuk membuka kedai di akaun Shopee bagi menjual pelbagai produk yang lain memandangkan produk JRM tidak boleh dijual di platform Shopee. Puan Noorafidah tidak begitu mahir untuk membuka kedai di akaun Shopee dan oleh hal yang demikian beliau berkunjung ke PEDi Ulu Seperi untuk meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas.

Selain itu, Puan Noorafidah juga agak kekok untuk menggunakan komputer dan internet kerana beliau lebih selesa untuk menggunakan telefon pintar bagi menyelesaikan pelbagai urusan peribadi dan perniagaan. Puan Noorafidah telah mendaftar menjadi ahli di PEDi Ulu Seperi pada bulan September 2023 kerana apabila menjadi ahli beliau dapat menyertai kelas-kelas keusahawanan dan bantuan khidmat nasihat daripada petugas secara percuma.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Puan Noorafidah telah hadir ke PEDi Ulu Seperi untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada petugas dan Rakan Digital bagi membuka kedai di platform Shopee. Selain itu, setelah berjaya membuka kedai di aplikasi Shopee petugas dan Rakan Digital memberikan tunjuk ajar cara-cara untuk memuatnaik produk, seller centre dan juga cara-cara untuk memeriksa jika mendapat pesanan daripada pelanggan.

Di samping itu, Puan Noorafidah juga diberikan pendedahan mengenai cara-cara untuk membuat posting yang menarik bagi mempromosikan produk jualan beliau. Puan Noorafidah mendaftarkan nama syarikat beliau iaitu Emerald Creation Resources. Setelah penglibatan di PEDI, Puan Noorafidah lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk mempromosikan produk jualan beliau dan jumlah pelanggan Puan Noorafidah juga semakin meningkat dari semasa ke semasa.

RAFIDA 1 RAFIDA 2 RAFIDA 3


 

TAJUK : CELIK IT

NAMA : Nur Fasha Amanda Binti Mokhtar

UMUR : 13 Tahun

AHLI : 2016

LATAR BELAKANG :

Adik Fasha Amanda atau lebih dikenali sebagai adik Fasha telah menjadi ahli berdaftar Pusat Internet Kg Seperi pada 20 November 2016. Jika ada masa terluang, adik Fasha berkunjung ke Pusat Internet bersama kembarnya. Beliau mengemari melayari internet. Beliau sering berkunjung ke sini kerana kediaman adik Fasha hampir dengan Pusat Internet Komuniti. Selain itu, adik Fasha menaiki basikal ke Pusat Internet Komuniti bersama-sama kembarnya.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Adik Fasha seorang yang berkeyakinan tinggi. Beliau juga seorang yang gemar menimba ilmu yang baru. Mengikut pemerhatian petugas, adik Fasha aktif dengan media sosialnya, seperti Tik Tok dan Instagram. Selain itu, adik Fasha mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer dan internet. Adik Fasha berkunjung ke PIK untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas bagi memperkasakan ilmu teknologi. Setelah mendapat kata putus, adik Fasha mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli PIK dengan bayaran RM5.00 untuk seumur hidup. Dengan mendaftar menjadi ahli. Adik Fasha kini boleh mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan secara percuma.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Antara kelas yang telah disertai oleh Adik Fasha pada tahun ini ialah kelas Klik dengan Bijak, Advokasi Teknologi & Anda, Kidztype.com, Quizizz, UpToTen, Wordwall, 3d slash color , kelas keusahawanan dan pelbagailagi. Kini beliau lebih berkeyakinan untuk menggunakan komputer dan internet. Oleh kerana pandemik Covid-19, PIK tidak dapat mengajar pelajar secara beramai-ramai. Terhad kepada 5 orang pada satu-satu masa. Hal ini kerana, di Pusat Internet Adik Fasha telah mempelajari pelbagai kelas secara online melalui aplikasi Whatsapp.

 

qw  qw2

TAJUK : KEUSAHAWANAN

NAMA : Norlia Binti Iberahim

UMUR : 44 Tahun

AHLI : 2022

LATAR BELAKANG :

Puan Norlia merupakan salah seorang penduduk yang menetap di Kampung Seperi bersama keluarga beliau. Puan Norlia menjalankan perniagaan produk kecantikan, Suprise Gift dan pelbagi produk jualan yang lain. Puan Norlia telah membuka gerai jualan di Perhentian Bas Kuala Klawang. Puan Norlia telah mengikuti kelas dan program di PEDi Ulu Seperi semenjak tahun 2022. Pada awalnya Puan Norlia merupakan suri rumah sepenuh masa namun minat yang amat mendalam dalam bidang keusahawanan mendorong Puan Norlia untuk membuka perniagaan beliau sendiri.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum penglibatan Puan Norlia di PEDi Ulu Seperi, beliau agak kekok untuk menggunakan peralatan seperti komputer. Hal ini demikian kerana, sudah pastinya Puan Norlia lebih selesa menggunakan telefon pintar untuk menjalankan aktiviti promosi beliau. Puan Norlia telah menjadi ahli di PEDi Ulu Seperi pada September 2022 dan dengan menjadi ahli PEDi Puan Norlia berpeluang untuk menyertai kelas dan program anjuran PEDi Ulu Seperi secara percuma sahaja.

Sebelum berkunjung ke PEDi, Puan Norlia hanya menggunakan medium Facebook dan Whatsapp sebagai platform untuk mempromosikan dan menjual produk beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Semenjak mendaftar menjadi ahli di PEDi, Puan Norlia tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai program-program anjuran PEDi. Pada 19 Mei 2023 Puan Norlia bersama usahawan-usahawan yang lain telah menyertai Kelas bersama pihak AMWAY iaitu Kelas Keusahawanan bagi menghasilkan pelbagai jenis roti dengan mudah menggunakan gajet-gajet moden dari AMWAY. Selain itu, menerusi program ini juga, Puan Norlia juga dapat mempelajari cara-cara untuk mendaftar menjadi ahli AMWAY dan seterusnya menghasilkan pendapatan sampingan dengan AMWAY.

Seterusnya, Puan Norlia juga telah menyertai Program Pembangunan Sosial (Komputer) anjuran KEMAS Jelebu dan PEDi Ulu Seperi. Menerusi aktiviti ini Puan Hazlina dan para peserta yang lain telah didedahkan dengan Advokasi Buli Siber, Mencipta kad perniagaan menggunakan aplikasi Canva dan juga mempelajari mengenai Tiktok Affiliate.

Pada 30 September 2023 pula, Puan Norlia dan komuniti setempat yang lain telah menyertai program Wanita Sihat Cantik anjuran bersama PEDi Ulu Seperi dan juga Wanita Kampung Seperi. Menerusi program ini, para peserta didedahakan dengan cara-cara untuk membuat cucian muka dengan betul menggunakan produk dari ATOMY. Selain itu melalui program ini juga dapat mendorong para peserta untuk menjana pendapatan dengan menjadi ahli ATOMY kerana terdapat pelbagai manfaat dan faedah yang akan diperoleh jika menjadi ahli ATOMY.

LIA 1 LIA 2 

LIA 3 LIA 4


 

TAJUK : PEGAGE CRISPY, GARLIC CRISPY DAN PERIA CRISPY

NAMA : HAFIRA BINTI MAURIS

UMUR : 39 TAHUN

AHLI : 2014

LATAR BELAKANG :

Puan Hafira merupakan penaung kepada perkhidmatan Suprise Delivery di bawah Syarikat Al Zahra Gift Jelebu. Kini, Puan Hafira telah mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan menjual pelbagai snek kesihatan antaranya Pegaga Crispy, Garlic Crispy dan Peria Crispy. Puan Hafira mendapat idea untuk menghasilkan snek kesihatan ini kerana Puan Hafira ingin menitikberatkan pemakanan yang sihat dalam kalangan masyarakat setempat. Tambahan pula, dengan adanya sayur-sayuran di dalam bentuk snek ini dapat memudahkan orang ramai untuk mendapatkan makanan yang sihat dengan mudah dan secara tidak langsung dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Puan Hafira telah beberapa kali berkunjung ke PIK Ulu Seperi untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di sini. Puan Hafira juga telah mempelajari cara-cara untuk menggunakan komputer dan internet namun demikian Puan Hafira masih memerlukan bantuan yang minima daripada petugas. Sebelum ini, Puan Hafira telah mempelajari asas komputer dan internet, mempelajari asas kemahiran keusahawanan dan juga mempelajari cara-cara menggunakan Dashboard Komuniti terutamanya aplikasi My Shop. Kini, Puan Hafira mengambil satu lagi inisiatif iaitu untuk mempelajari kemahiran perniagaan secara atas talian iaitu aplikasi Shopee.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Puan Hafira telah menyertai Pertandingan Usahawan Online Pusat Internet bersama 5 orang peserta yang lain. Melalui pertandingan ini Puan Hafira perlu menyertai 3 siri bengkel yang dianjurkan oleh petugas. Menerusi bengkel ini, Puan Hafira telah berjaya mempunyai kedai secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Shopee. Dengan adanya kedai secara atas talian ini, kini Puan Hafira dapat mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih meluas lagi. Selain itu, Puan Hafira lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk terus mempelajari mengenai ilmu kemahiran keusahawanan. Di samping mempelajari mengenai aplikasi Shopee, Puan Hafira juga diberi pendedahan cara-cara untuk mempromosikan produk jualan di platform media sosial seperti Facebook.

hafira mauris. 1jpg.jpg  hafira mauris.jpg