TAJUK : CELIK IT

NAMA : SITI NUR BAYA BINTI YUSMAHAZLIN

UMUR : 12 TAHUN

AHLI   :  19 JANUARI 2018

LATAR BELAKANG : 

Merupakan komuniti setempat yang menetap di Kg Seperi bersama keluarga. Beliau berumur 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seperi Tengah dan pada tahun ini dan bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Beliau seringkali mengunjungi Pusat Internet bersama-sama rakan-rakan yang lain. Beliau hanya berjalan kaki ketika mengunjungi Pusat Internet memandangkan jarak Pusat Internet dengan rumahnya hanya 2 kilometer sahaja.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Pada dasarnya, sememangnya beliau tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai ilmu teknologi maklumat terutamanya penggunaan komputer dan internet. Walaupun dunia teknologi maklumat semakin moden dan canggih, disebabkan beliau masih kanak-kanak beliau tidak mempunyai telefon bimbit sebagai alat telekomunikasi. Oleh hal yang demikian,beliau tidak mempunyai kemahiran asas penggunaan alat telekomunikasi dan internet.

Sesungguhnya, beliau tidak mahir dengan penggunaan ICT kerana beliauhanya belajar secara asas sahaja di sekolah. beliau jugak tidak mempunyai ilmu pengetahuan asas  menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan juga Microsoft Office Excel.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Sesungguhnya, selepas mengikuti beberapa siri latihan dan aktiviti yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet, beliau kini mampu ,menggunakan komputer dan internet dengan bimbingan minima daripada petugas. Pada 18 dan 19 Ogos yang lalu beliau ada menyertai Program Multimedia dan melalui aktiviti tersebut beliau dapat mempelajari pelbagai perkara seperti membuat video, menghasilkan penanda buku mengikuti kreativiti sendiri, mengedit gambar menggunakan Power Point, mempelajari asas teknologi maklumat, asas komputer dan juga pelbagai aktiviti multimedia yang lain.

 

bookmark 11 sijil 9

TAJUK : WANIYZA HENNA ART

NAMA : NORHANIZA BINTI NASIR

UMUR : 28 TAHUN

AHLI   :  2018

LATAR BELAKANG :

Waniyza Henna Art menawarkan perkhidmatan mengukir henna/inai untuk majlis nikah/perkahwinan/pertunangan/majlis makan malam dan majlis-majlis tertentu. Di samping itu, turut menjual pelbagai jenis inai yang berkualiti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet saya sememangnya kurang berkemahiran dan kurang berkeyakinan jika urusan yang melibatkan komputer dan internet. Oleh hal yang demikian, saya mengambil keputusan untuk berkunjung ke Pusat Internet dan membuat temu janji bersama petugas untuk berbincang mengenai kelas atau latihan yang bakal saya jalani.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti beberapa siri latihan yang dianjurkan di Pusat Internet, saya kini lebih berkeyakinan tinggi untuk menggunakan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan saya. Selain itu, terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat apabila tamat latihan keusahawanan yang saya sertai di Pusat Internet  Ulu Sepri ini. Hal ini demikian kerana, setelah melakukan pelbagai promosi yang lebih menarik secara dalam talian, kini perkhidmatan mengukir inai saya lebih dikenalai dan mendapat permintaan yang begitu tinggi terutamanya tempahan mengukir inai untuk majlis pertunangan, pernikahan dan juga persandingan. Terdapat juga pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mengukir inai saya sebagai hobi mereka yang menggemari hasil seni ukiran inai.

 

waniyza henna 1 waniyza henna 9

TAJUK : USAHAWAN ONLINE

NAMA : MAIZATUL SYAZWANIE BT MOHAMAD DESA

UMUR : 22 TAHUN

AHLI   :  31 DISEMBER 2017

LATAR BELAKANG :

Perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa kini. Kaedah perniagaan ini mudah dimulakan dan dijalankan dengan modal yang rendah. Selain itu, risikonya juga lebih rendah dan peniaga dapat menguruskan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah pekerja. Perniagaan dalam talian turut memberi peluang kepada peniaga beroperasi selama 24 jam setiap hari. Teknologi yang canggih kini membolehkan pengguna internet membeli-belah dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Dengan kemajuan teknologi, banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh generasi sekarang berbanding generasi dulu. Segala maklumat boleh didapati melalui pencapaian internet. Dalam dunia bisnes dan perniagaan pula, kemajuan teknologi membolehkan lebih ramai peniaga menjual barangan mereka dengan lebih mudah dan berkos rendah.

Oleh hal yang demikian, saya membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan atas talian ( Business Online ) sebagai landasan untuk menambahkan pendapatan sampingan memandangkan saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Diploma.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya  menceburi bidang perniagaan atas talian disebabkan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan di samping dapat menambah pendapatan sampingan dan melalui perniagaan atas talian juga saya dapat menambah pengetahuan saya dalam bidang ini terutamanya mempelajari ilmu perniagaan atas talian dengan lebih mendalam.

Oleh hal yang demikian, saya mengambil inisiatif untuk mempelajari dan memahirkan diri dalam bidang yang saya ceburi dan minati ini. Saya mengambil keputusan untuk berkunjung dan belajar di Pusat Internet 1Malaysia Ulu Seperi memandangkan petugas di sana merupakan kenalan saya dan ini bagi memudahkan urusan pembelajaran saya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beberapa siri kelas dan latihan yang saya ikuti, terdapat banyak perubahan yang dapat saya lihat pada perniagaan atas talian saya. Di atas ilmu yang saya perolehi di Pi, kini saya mampu menjana pendapatan sekitar RM800 – RM1000 sebulan.

Selain itu, dengan adanya ilmu keusahawanan yang saya peroleh saya kini lebih yakin untuk membuat iklan produk jualan saya di Facebook mahupun di Instagram. Di samping itu, melalui ilmu pengetahuan yang saya miliki kini, saya mampu untuk menambah bilangan pelanggan saya dan secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi pendapatan bulanan saya.

mai Wani

 

TAJUK : HAZIQ HOMESTAY

NAMA : KAMARIAH BT ABD AZIZ

UMUR : 42 TAHUN

AHLI   :  03 NOV 2017

LATAR BELAKANG :

Ibu kepada  seorang anak ini merupakan seorang surirumah. Pada mulanya beliau sekadar menemani anak untuk menyelesaikan tugasan sekolah. Dalam pada masa yang sama beliau sangat berminat untuk belajar mempromosikan homestay menggunakan internet.Beliau sangat berminat untuk belajar sesuatu yang baru yang boleh mengembangkan perniagaan beliau.Melihat potensi berniaga atas talian kini meledak dengan pelbagai perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menceburkan diri di dalam mempromosikan homestay atas talian, beliau hanya mempromosikan tanpa bantuan media sosial dan memperoleh pendapatan yang tidak menentu.Beliau hanya mempunyai ilmu keusahawanan yang minimal sahaja. Beliau mendapati petugas di sini dapat membantu beliau dalam memantapkan kemahiran penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan homestay melalui media sosial. Dengan bantuan petugas PI1M, homestay beliau kini sering menjadi tumpuan pada pengunjung-pengunjung luar yang ingin menginap di sekitar jelebu.

 Dengan latihan yang diberi oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Ulu Sepri, beliau kini telah memiliki page facebook & blog sendiri dimana dapat mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh beliau. Berkat latihan dan bimbingan tersebut, beliau kini telah mahir untuk mempromosikan lagi homestay milik beliau.

homestay 6 homestay 8

TAJUK : CELIK IT

NAMA : SITI NUR AISHAH BINTI MOHD RIZAL

UMUR : 12 TAHUN

AHLI   :  2 FEBRUARI 2012

LATAR BELAKANG : 

Saya merupakan komuniti yang menetap di Kg Seperi bersama keluarga saya. Oleh hal yang demikian, jarak di antara Pusat internet  Ulu Sepri  dengan rumah saya hanya 2 kilometer sahaja yang membolehkan saya berkunjung ke Pi berjalan kaki mahupun membonceng basikal. Saya seringkali berkunjung ke Pi1M bersama-sama dengan kawan-kawan saya untuk mengulangkaji pelajaran disamping mengikuti setiap kelas atau latihan ICT yang dijalankan oleh petugas.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Memandangkan saya baru sahaja berusia 12 tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, saya merasakan saya perlu mempelajari menggunakan komputer dan internet. Hal ini demikian kerana, di sekolah guru-guru seringkali memberi tugasan yang memerlukan saya untuk mencari maklumat atau bahan-bahan pelajaran melalui internet.

Namun demikian, saya tidak mahir menggunakan komputer dan internet pada usia saya sekarang. Atas galakan keluarga dan kawan-kawan akhirnya saya berkunjung ke Pi untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas. Setelah mendapat kata putus, saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Pi dengan bayaran RM5.00 untuk seumur hidup. Dengan mendaftar menjadi ahli saya kini boleh mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan secara percuma.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Setelah mengikuti beberapa siri latihan dan program yang dianjurkan di Pi, saya kini lebih berkeyakinan untuk menggunakan komputer dan internet dengan bantuan yang minima daripada petugas. Antara kelas yang telah saya ikuti adalah pembelajaran komputer Intel Easy Steps, Publishing, Klik Dengan Bijak dan Microsoft Office.

Terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat terutamanya saya mendapat ilmu pengetahuan mengenai dunia teknologi maklumat. Selain itu, saya juga sudah boleh menggunakan Microsoft Office Word dengan lebih lancar dan kini saya sudah mahir menggunakan enjin carian “Google” untuk mencari maklumat yang saya perlukan. Di samping itu, saya juga telah mahir menggunakan web browser Youtube untuk menonton video-video yang berkaitan dengan pelajaran saya dan yang berkaitan dengan isu semasa.

 

IMG 2315  IMG 2340