TAJUK : BROWNIES HOMIE

NAMA : SUHAILA BINTI MOHD RASHID

UMUR : 25 TAHUN

AHLI : 2019

LATAR BELAKANG :

Puan Suhaila merupakan penaung bagi syarikat Brownies Homie dan syarikat ini merupakan perniagaan dari rumah dan juga mempunyai delivery service. Perniagaan yang diusahakan oleh Puan Suhaila telah dimulakan semenjak tahun 2016. Puan Suhaila memulakan perniagaan ini kerana mempunyai minat yang mendalam dalam menghasilkan kek . Puan Suhaila memulakan perniagaan ini daripada rumah dan semakin hari mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat setempat dan masyarakat luar.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Puan Suhaila mengakui bahawa beliau sememangnya kurang menggunakan komputer. Hal ini demikian kerana, Puan Suhaila lebih selesa menggunakan telefon bimbit sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau.

Puan Suhaila sememangnya jarang menggunakan komputer dan internet. Oleh sebab itu, Puan Suhaila mengambil keputusan untuk berkunjungi ke Pusat Internet Ulu Seperi dan  ingin mempelajari mengenai asas komputer dan keusahawanan kerana beliau merasakan Pusat Internet Ulu Seperi merupakan institusi yang sesuai bagi mempelajari mengenai komputer dan internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Jika mempunyai masa yang terluang, Puan Suhaila akan mempelajari mengenai asas komputer dan internet. Di samping itu juga, Puan Suhaila juga telah mempelajari tentang ilmu keusahawanan daripada petugas. Selepas mengikuti beberapa siri latihan dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, petugas kini bertambah yakin untuk menggunakan komputer dan internet dengan hanya bantuan yang minimal daripada petugas.

Selain itu, terdapat permintaan yang begitu memberangsangkan terhadap kek Puan Suhaila kini dan dalam masa satu minggu sekurang-kurangnya beliau akan mendapat lima orang pelanggan  . Hal ini kerana, Puan Suhaila mengaplikasikan ilmu keusahawanan yang beliau peroleh daripada Pusat Internet ke dalam perniagaan beliau.

WhatsApp Image 2020-02-03 at 3.07.37 PM (1).jpeg  WhatsApp Image 2020-02-03 at 3.07.37 PM (4).jpeg

 

TAJUK : TELAGA EMAS CHE’PAH ENTERPRISE

NAMA : SHARIFAH ROHAIZAH AL QADRY

UMUR : 36 TAHUN

AHLI : 2020

LATAR BELAKANG :

Puan Sharifah lebih dikenali sebgai Kak pah merupakan seorang wanita yang telah berkeluarga dan mempunyai tiga  orang cahaya mata dan kini menetap di Taman Klawang Jaya bersama suami dan anak-anak beliau. Kak pah bekerja sepenuh masa sebagai peniaga.

Kak Pah juga membantu peniaga lain untuk meletakkan barang jualan mereka di gerai Kak pah. Gerai kak pah sememangnya menjadi tumpuan kerana bersebelahan dengan Maybank. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum ini Kak pah hanya menggunakan telefon bimbit sebagai medium untuk mempromosikan produk jualan beliau ,kemudian  beliau mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet. Selain itu, Kak pah sememangnya tidak mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet. Sebelum berkunjung ke Pusat Internet juga, aktiviti promosi dan jualan produk kurang mendapat sambutan daripada para pelanggan.

Oleh hal yang demikian, memandangkan Kak pah dan petugas Pusat Internet Ulu Sepri merupakan rakan kenalan, maka Kak pah mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet dan mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti kelas keusahawanan bagi menambahkan pengetahuan sedia ada beliau.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Kak pah akan mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi jika mempunyai kelapangan masa ekoran kekangan waktu bekerja. Namun demikian, Kak pah merupakan seorang yang cepat belajar dan sentiasa fokus dalam kelas yang beliau ikuti. Terdapat perubahan yang begitu ketara yang dapat dilihat pada Kak pah setelah mengikuti beberapa siri latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Kak pah kini telah mampu untuk menggunakan media sosial baru iaitu Facebook dan Instagram sebagai medium mempromosikan produk jualan beliau. Dengan ilmu kemahiran keusahawanan yang diperoleh daripada petugas Pusat Internet, Kak pah dapat meningkatkan hasil jualan dan seterusnya produk jualan beliau kini lebih dikenali oleh komuniti setempat dan komuniti luar. Di samping itu, Kak pah juga kini lebih berkeyakinan untuk membuat aktiviti promosi di akaun Facebook beliau. Kak pah juga kini mampu untuk menggunakan komputer dan internet dengan hanya bantuan minimal daripada petugas.

 

WhatsApp Image 2020-03-11 at 3.43.22 PM (3).jpeg  WhatsApp Image 2020-03-11 at 3.43.21 PM (1).jpeg

 

 

TAJUK : CELIK IT

NAMA : NUR SYAFIQAH

UMUR : 20 TAHUN

AHLI : 1 SEPTEMBER 2013

LATAR BELAKANG :

Syafiqah merupakan seorang pelajar yang bakal menamatkan pendidikan Diploma di Kolej Vokasional Kuala Klawang. Syafiqah menetap di Kampung Seperi Ulu bersama keluarga beliau. Kediaman beliau dengan Pusat Internet Ulu Seperi hanya 1.5 Kilometer sahaja dan ini memudahkan Syafiqah untuk lebih kerap mengunjungi Pusat Internet untuk menyelesaikan tugasan kolej yang diberikan oleh pensyarah beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum penglibatan di Pusat Internet, Syafiqah sudah mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer dan internet. Namun demikian, terdapat tugasan daripada pensyarah yang memerlukan Syafiqah untuk mengunjungi Pusat Internet dan memerlukan bantuan daripada petugas untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Oleh hal yang demikian, Syafiqah mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi memandangkan terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan bagi memudahkan beliau untuk menyelesaikan pelbagai urusan. Selain itu, walaupun mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer dan internet, Syafiqah merasakan beliau perlu mempelajari mengenai ilmu-ilmu teknologi maklumat yang lain bagi persediaan masa hadapan beliau untuk menceburi bidang kerjaya kelak. Oleh itu, Syafiqah mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet dan mendaftar sebagai ahli bagi mengikuti siri latihan dan kelas yang dianjurkan oleh petugas.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Setelah mengikuti beberapa siri latihan dan kelas di Pusat Internet Ulu Seperi, Syafiqah kini mampu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tepat pada waktunya dengan menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Syafiqah seringkali mengunjungi Pusat Internet dengan ditemani oleh rakan kolej beliau bagi memudahkan urusan perbincangan tugasan.

Terdapat perubahan ketara yang dapat dilihat pada diri Syafiqah setelah mengikuti beberapa siri latihan dan kelas yang dianjurkan oleh petugas. Hal ini demikian kerana, Syafiqah lebih berkeyakinan ketika melayari internet dan hanya memerlukan bantuan yang minimal daripada petugas. Selain itu, Syafiqah juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan kolej yang lain jika mereka memerlukan bantuan.

       

TAJUK : KEYCHAIN SULAM KAIT & DROPSHIP MENJUAL BISKUT-BISKUT TRADISIONAL

NAMA : ZALIAH BINTI SUMERI

UMUR : 30 TAHUN

AHLI : 2019

LATAR BELAKANG :

Puan Zaliah berasal dari Teluk Panglima Garang, Selangor dan kini menetap di Kampung Seperi Tengah setelah mendirikan rumah tangga. Puan Zaliah kini menetap bersama suami dan keluarga mertua beliau di Kampung Seperi Tengah. Pada awalnya, ibu mertua Puan Zaliah terlebih dahulu mengusahakan Keychain Sulam Kait. Namun demikian, Puan Zaliah berminat untuk mempelajari cara-cara untuk menghasilkan keychain sulam kait juga bagi mengisi masa yang terluang.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet Ulu Seperi, Puan Zaliah hanya menggunakan telefon bimbit sepenuhnya bagi tujuan promosi dan juga berhubung dengan pelanggan. Puan Zaliah sememangnya tidak mahir dalam menggunakan komputer dan internet begitu juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan teknologi maklumat.

Oleh hal yang demikian, Puan Zaliah seringkali mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi jika terdapat masa yang terluang untuk mempelajari mengenai komputer dan internet. Di samping itu, Puan Zaliah turut berminat untuk mempelajari kemahiran keusahawanan dan juga berminat untuk mempelajari mengenai Dashboard Komuniti terutamanya bagi kategori My Shop kerana kategori ini dicpta khas untuk para usahawan tempatan mempromosikan produk jualan mereka.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Setelah mengikuti beberapa siri latihan di Pusat Internet, terdapat perubahan yang dapat dilihat pada Puan Zaliah iaitu beliau kini sudah mampu untuk menggunakan komputer dan internet sebagai platform untuk mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu, di Facebook milik Puan Zaliah juga dapat dilihat rakan-rakan beliau di media sosial berkenaan seringkali berkongsi gambar-gambar sulam kait yang menarik untuk dikongsi bersama Puan Zaliah dan secara tidak langsung Puan Zaliah dapat menjana idea untuk menghasilkan keychain sulam yang lebih kreatif dan menarik.

Selain itu, Puan Zaliah turut mengambil bahagian di dalam aktiviti keusahawanan  yang dianjurkan oleh Pusat Internet semasa Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan pada bulan Ogos yang lalu. Semasa program tersebut Puan Zaliah berpeluang untuk mempromosikan dan memasarkan produk jualan beliau iaitu keychain sulam kait dan juga biskut-biskut tradisional. Pada 31 Ogos yang lalu juga, Puan Zaliah telah mengambil peluang untuk berniaga sempena Program Sambutan Kemerdekaan komuniti Peringkat Daerah Dan Kenduri Kampung Seperi anjuran MPKK Kg Seperi. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan Puan Zaliah untuk terus menceburi bidang keusahawanan.

 

    

TAJUK : SURPRISE DELIVERY (AL ZAHRA GIFT JELEBU)

NAMA : HAFIRA BINTI MAURIS

UMUR : 38 TAHUN

AHLI   :  12 JULAI 2014

LATAR BELAKANG :

Puan Hafira merupakan penaung bagi syarikat Al Zahra Gift Jelebu dan syarikat ini merupakan perniagaan berbentuk Surprise Delivery. Perkhidmatan Surprise Delivery yang diusahakan oleh Puan Hafira merupakan perkhidmatan yang pertama di Jelebu dan perniagaan ini telah dimulakan semenjak tahun 2017. Puan Hafira memulakan perkhidmatan Surprise Delivery ini kerana mempunyai minat yang mendalam dalam menghasilkan gubahan yang pelbagai. Puan Hafira memulakan perniagaan ini daripada rumah dan semakin hari perkhidmatan Surprise Delivery ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat setempat dan masyarakat luar.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Puan Hafira mengakui bahawa beliau sememangnya tidak begitu mahir menggunakan komputer dan internet. Hal ini demikian kerana, Puan Hafira lebih selesa menggunakan telefon bimbit sebagai medium mempromosikan perkhidmatan Surprise Delivery beliau.

Puan Hafira sememangnya jarang menggunakan komputer dan internet. Oleh sebab itu, Puan Hafira mengambil keputusan untuk berkunjungi ke Pusat Internet Ulu Seperi dan  ingin mempelajari mengenai asas komputer dan keusahawanan kerana beliau merasakan Pusat Internet Ulu Seperi merupakan institusi yang sesuai bagi mempelajari mengenai komputer dan internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Jika mempunyai masa yang terluang, Puan Hafira akan mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi dan akan mempelajari mengenai asas komputer dan internet. Di samping itu juga, Puan Hafira juga telah mempelajari tentang ilmu keusahawanan daripada petugas. Selepas mengikuti beberapa siri latihan dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, petugas kini bertambah yakin untuk menggunakan komputer dan internet dengan hanya bantuan yang minimal daripada petugas.

Selain itu, terdapat permintaan yang begitu memberangsangkan terhadap perkhidmatan Surprise Delivery ini dan pendapatan kasar Puan Hafira boleh mencecah RM2500.00 sebulan. Dalam masa satu minggu sekurang-kurangnya beliau akan mendapat lima orang pelanggan yang menggunakan perkhdimatan Surprise Delivery Puan Hafira. Hal ini kerana, Puan Hafira mengaplikasikan ilmu keusahawanan yang beliau peroleh daripada Pusat Internet ke dalam perniagaan beliau.

delivery 1 delivery 2

delivery 3 delivery 4