TAJUK : SNACK SIHAT VIRAL & PEGAGA GORENG CILI PADI (GARING)

NAMA : KAMARIAH BT ABD AZIZ

UMUR : 42 TAHUN

AHLI   :  3 NOVEMBER  2017

LATAR BELAKANG :

Minat yang mendalam untuk menceburi bidang keusahawanan mendorong Puan Kamariah untuk mencuba menjual dan menghasilkan produk makanan kesihatan iaitu Pegaga  goring cili padi (garing). Produk ini dihasilkan sepenuhnya oleh beliau sendiri. Selain itu, beliau juga menjadi ejen untuk coklat sihat viral 100% keluaran Bumiputera dan dijamin halal. Di samping itu, snek ini juga boleh menjadi pemangkin tenaga dan tidak mempunyai sebarang gula tambahan. Sesungguhnya, produk yang dijual oleh Puan Kamariah sesuai untuk semua lapisan umur.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Puan Kamariah mengambil keputusan untuk mengikuti kelas kemahiran keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Puan Kamariah mempunyai semangat dan minat yang mendalam untuk belajar dan seterusnya menambahkan lagi bilangan pelanggan sedia ada beliau. Justeru dengan itu beliau dapat meningkatkan lagi pendapatan sampingan melalui perniagaan ini. Puan Kamariah mendapati bahawa petugas di Pusat Internet dapat membantu beliau dalam memantapkan kemahiran keusahawanan dan juga kemahiran penggunaan komputer dan internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Dengan pengetahuan tambahan yang beliau dapat melalui kelas keusahawanan, beliau kini boleh berdikari sendiri di rumah dengan menggunakan komputer riba beliau. Selain itu, Puan Kamariah juga dia untuk membuat iklan/promosi di media sosiual Facebook. Melalui posting iklan/promosi ini penduduk setempat dapat mengetahui tentang kewujudan produk yang diusahakan dan dijual oleh Puan Kamariah. Hasil jualan sebelum melakukan promosi di media sosial adalah tidak begitu memberangsangkan dan kurang mendapat permintaan daripada pelanggan. Namun demikian, dengan adanya promosi di media sosial Facebook Puan Kamariah lebih mudah untuk mengiklankan produk jualan beliau dan ternyata kini produk jualan Puan Kamariah mendapat permintaan yang agak memberangsangkan daripada para pelanggan.

 

38806638 10214165286099490 8754027206272876544 n 38792535 10214165287259519 1823302209442414592 n

TAJUK : REMPAH SUP HERBA POWER, CHICKEN CHOP POWER, NASI LEMAK CHICKEN CHOP SECARA CASH ON DELIVEY (COD)

NAMA : SUZANA BINTI MOHD SAMSI

UMUR : 39 TAHUN

AHLI   :  31 DISEMBER 2017

LATAR BELAKANG : 

Puan Suzana merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang menetap bersama suami di Kampung Ulu Jelebu. Puan Suzana mempunyai minat yang amat mendalam dalam bidang masakan. Memandangkan beliau mempunyai masa yang terluang beliau mengambil keputusan untuk membantu suami bagi menjana pendapatan smpingan. Oleh hal yang demikian, beliau mendapat idea untuk memulakan perniagaan secara Cash On Delivery (COD) iaitu merupakan perkhidmatan menghantar pesanan terus kepada pelanggan yang telah membuat tempahan.

Pada awalnya, beliau memproses bahan-bahan semulajadi untuk dijadikan rempah sup power dan produk ini mendapat tempahan yang amat menggalakkan. Bagi meluaskan perniagaan beliau, Puan Suzana telah membuat tempahan Chicken Chop dan juga Nasi Lemak Chicken Chop. Namun demikian, beliau merasakan bahawa beliau  perlu mempelajari lebih mendalam lagi cara-cara untuk menarik lebih ramai pelanggan dan seterusnya ingin mempromosikan produk jualan dengan lebih meluas lagi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet ini,beliau hanya mempromosikan produk jualan hanya di media sosial Facebook sahaja. Namun demikian, Puan Suzana berpendapat bahawa beliau harus melakukan perubahan agar produk jualan lebih dikenali oleh masyarakat luar. Hal ini demikian kerana, Puan Suzana tidak mahir menggunakan komputer dan internet kerana sebelum ini beliau hanya menggunakan telefon bimbit sebagai alat telekomunikasi.

Puan Suzana juga tidak mahir menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan juga Microsoft Office Excel. Pada dasarnya, Puan Suzana memerlukan kelas-kelas kemahiran keusahawanan seperti kelas Latihan Asas Media Baru, suntingan imej, sosial media dan lain-lain kelas keusahawanan.

Oleh hal yang demikian, Puan Suzana mengambil keputusan untuk menjadi ahli berdaftar Pusat Internet dan seterusnya mengikuti dan menyertai kelas-kelas atau program yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Memandangkan jarak rumah Puan Suzana dengan Pusat Internet Ulu Seperi agak jauh, maka beliau cuba untuk mengikuti beberapa siri latihan dan kelas yang diadakan mengikut kesesuaian masa beliau. Setelah mengikuti beberapa siri latihan dan kelas kemahiran keusahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet, Puan Suzana kini mampu untuk menggunakan komputer dan internet dengan hanya bimbingan yang minimal daripada petugas.

Selain itu, kini Puan Suzana juga telah mempelajari cara-cara untuk membuat posting yang menarik untuk mempromosikan produk jualan di media sosial Facebook. Terdapat perubahan yang begitu ketara yang dapat dilihat iaitu perubahan positif Puan Suzana sebelum dan selepas menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan.

 

rempah sup1  rempah sup2

 

TAJUK : MENCUCI KERETA DAN JUGA POLISH KERETA

NAMA : MOHAMAD HAFIZ B NASARUDIN

UMUR : 29TAHUN

AHLI   :  18 JANUARI 2018

LATAR BELAKANG : 

Encik Hafiz telah memulakan perniagaan mencuci kereta dan polish kereta pada Januari 2018 sebagai salah satu inisiatif beliau untuk menambah pendapatan sampingan bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan keluarga. Beliau menjalankan perkhidmatan mencuci kereta dan polish kereta ini di kawasan kediaman beliau sendiri iaitu di Taman Pembina Jaya Kuarters JKR Jelebu Kuala Klawang.

Encik Hafiz seringkali mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi kerana beliau mempunyai kenalan di sini yang boleh membantu beliau untuk mempromosikan perkhidmatan yang beliau tawarkan. Jarak perjalanan dari kediaman beliau ke Pusat Internet mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat internet :

Sebelum mengunjungi Pusat Internet dan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan Encik Hafiz hanya mempunyai pengetahuan asas dalam bidang teknologi maklumat. Selain itu,  Encik Hafiz hanya menggunakan media sosial Facebook   Encik Hafiz sebagai medium untuk menghubungi rakan-rakan sahaja.

 Di samping itu juga Encik Hafiz tidak begitu mahir menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan juga Microsoft Office Excel.  Encik Hafiz  juga tidak tahu cara-cara untuk membuat posting dan membuat iklan yang menarik bagi menarik orang ramai menggunakan perkhidmatan yang beliau tawarkan iaitu mencuci kereta dan polish kereta. Oleh hal yang demikian, beliau mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet dan mengikuti kelas-kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat internet :

Terdapat perubahan yang begitu ketara dapat dilihat kepada  Encik Hafiz setelah mengikuti beberapa siri latihan dan kelas yang telah disertai oleh beliau. Beliau kini boleh menggunakan komputer dan internet dengan hanya bimbingan minimal daripada petugas 

Di samping itu, dengan adanya ilmu keusahawanan yang diperoleh oleh Encik Hafiz, beliau kini lebih yakin untuk membuat iklan mengenai perkhidmatan mencuci kereta dan polish kereta di Facebook dan juga di aplikasi Whatsapp. Melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki juga, beliau mampu untuk menambah bilangan pelanggan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pendapatan sampingan beliau.

Jika terdapat sebarang permasalahan yang berkaitan dengan teknologi maklumat beliau akan segera merujuk kepada petugas Pusat Internet melalui aplikasi Whatsapp jika tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke Pusat Internet. Secara keseluruhannya, kini Encik Hafiz lebih berkeyakinan dan bersemangat bagi meneruskan perniagaan mencuci kereta dan polish kereta beliau.

 

polish polish2layer

 

TAJUK : CELIK IT

NAMA : AWAL AIZUL BIN KAMARULZAMAN

UMUR : 10 TAHUN

AHLI   :  24 JULAI 2016

LATAR BELAKANG : 

Beliau merupakan komuniti setempat yang menetap di Kampung Seperi Hulu bersama ibu, ayah dan adik beliau. Jarak dari rumah beliau ke Pusat internet Ulu Seperi dalam anggaran 3 Kilometer. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seperi Tengah.

Jika berkunjung ke Pusat Internet Beliau akan dihantar oleh ayah dan kadangkala Beliau akan menaikki basikal bersama adik beliau. Beliau dan adik beliau seringkali mengunjungi Pusat Internet jika terdapat masa terluang untuk mengikuti sebarang kelas atau aktiviti yang dianjurkan oleh petugas.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Secara umumnya, sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet beliau hanya mempelajari mengenai asas komputer dan internet hanya di sekolah sahaja. Oleh itu, banyak perkara dan aspek lain yang perlu dipelajari lagi untuk seiring dengan perkembangan dunia teknologi maklumat.

Selain itu, beliau jugak tidak mahir menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan juga Microsoft Office Excel. Pendek kata, terdapat pelbagai aspek yang perlu beliau pelajari bagi meningkatkan ilmu pengetahuan asas beliau dalam penggunaan komputer dan internet. Oleh hal yang demikian, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli pada 24 Julai 2016 dan mulai detik itu, beliau telah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti yang telah dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang komputer dan internet.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Selepas mengikuti beberapa siri latihan dan aktiviti yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet, beliau kini mampu ,menggunakan komputer dan internet dengan bimbingan minima daripada petugas. Pada dasarnya, saya merasakan Pusat Internet merupakan tempat yang selesa untuk menimba ilmu kerana dengan adanya kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan mampu menyelesaikan pelbagai perkara.

 

IMG 2395 db4

TAJUK : HABIBI BUNDLE

NAMA : NORHANIFAH BINTI AHMAD JAMARI

UMUR : 34 TAHUN

AHLI   :  26 OKTOBER 2015

LATAR BELAKANG : 

Puan Hanifah memulakan perniagaan atas talian menjual toys / permainan kanak-kanak yang diimport dari luar dan dalam negara pada tahun 2015. Syarikat didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan diberi nama Habibi Bundle di bawah nombor pendaftaran NS0145521-A.

Selain mengusahakan perniagaan atas talian menjual toys / permainan kanak-kanak, Puan Hanifah juga merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan menjual barangan terpakai (bundle)baru dan lama.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet, Puan Hanifah mempunyai asas kemahiran penggunaan komputer dan internet. Puan Hanifah juga mempunyai asas dalam penggunaan Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan juga Microsoft Office Excel. Namun demikian, Puan Hanifah merasakan beliau perlu belajar dengan lebih mendalam mengenai komputer dan internet memandangkan Puan Hanifah menjadikan media sosial Facebook dan Instagram sebagai satu medium untuk mempromosikan barangan yang dijual.

Oleh hal yang demikian, Puan Hanifah mengambil keputusan untuk menjadi ahli berdaftar Pusat Internet dan seterusnya mengikuti dan menyertai kelas-kelas atau program yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah mengikuti beberapa siri latihan dan aktiviti yang dianjurkan di Pusat Internet, Puan Hanifah kini telah mahir menggunakan komputer dan internet tanpa bimbingan petugas. Selain itu, Puan Hanifah juga telah mempelajari cara-cara untuk membuat posting yang menarik menggunakan media sosial Facebook dan Instagram. Terdapat perubahan yang begitu ketara yang dapat dilihat terdapat perubahan positif Puan Hanifah sebelum dan selepas menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan.

 

HABIBI 2 HABIBI 1