jelebu

Daerah Jelebu mempunyai keluasan 136,751.49 hektar iaitu 20.4% daripada keluasan keseluruhan Negeri Sembilan. Jelebu juga merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas daerah Jempol. Keadaan muka bumi di Jelebu kebanyakannya berbukit bukau terutama dikawasan sebelah utara yang merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa. Kebanyakan kawasan-kawasan di Jelebu masih dilitupi oleh kawasan hutan dengan keluasan 84,556.25 hektar iaitu 61.83% daripada keluasan keseluruhan Jelebu. Jumlah penduduk ialah 40,000 orang. Sumber ekonomi utama ialah pertanian dengan keluasan 30,743.103 iaitu 22.481 hektar.

Pekan Kuala Klawang merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Jelebu yang menempatkan pejabat-pejabat penting seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Muzium Budaya Jelebu dan Perpustakaan daerah. Pekan-pekan utama yang turut menjadi nadi penting Daerah Jelebu adalah Titi, Simpang Durian, Simpang Pertang, Pertang dan Sungai Lui.

Jelebu turut dikenali sebagai Luak Jelebu yang dikepalai oleh Datuk Undang Jelebu.

Menurut cerita orang-orang tua yang diceritakan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi, kisah mengenai seorang Tok Batin yang telah membuka sebuah ladang labu dan tanaman labunya cukup subur sehingga akar labunya menjalar ke Ulu Klawang. Kerana kesuburan labu Tok Batin itu, maka ramai orang datang ke ladang labu Tok Batin tersebut.Mereka menamakan tempat itu sebagai ‘Jalar Labu' sehingga lama-kelamaan bertukar menjadi Jelebu.

Sejarah pembukaan Jelebu selalu dikaitkan dengan kedatangan orang Minangkabau. Pada asalnya Jelebu didiami oleh kaum orang asli keturunan Temuan dari suku Biduanda. Kisah bermula apabila Batin Terjali anak kepada Maharaja Alif yang memerintah kerajaan Pagar RuyungMinangkabau, pergi mengembara untuk mencari pengalaman dan meluaskan lagi pemerintahan ayah baginda. Setelah jauh mengembara Batin Terjali dan pengikut-pengikutnya sampai di Bukit Kundik di Jelebu. Kedatangan mereka disambut baik oleh orang-orang asli di kawasan tersebut.

Semasa di Jelebu, isteri Batin Terjali iaitu Puteri Embong Sari melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja Sehari. Sebelum meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembarannya, Batin Terjali telah mewariskan putera baginda kepada ketua suku orang asli supaya menjaga puteranya dan apabila besar kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu. Ketua orang asli itu bersetuju dan berjanji akan patuh dengan apa yang telah diperintahkan.

Ketua orang asli telah menepati janjinya dan Datok Niko Menteri Shah Maku Alam Raja Sehari dilantik menjadi penghulu Jelebu. Maka wujudlah pemerintahan putera Batin Terjali dan hubungan antara orang Minangkabau dan orang asli pun terjalin dan sejak itulah orang Minangkabau mula berhijrah ke Jelebu. Dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu, orang pertama dicatat namanya sebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak, kemudian Datok Metunggang dan diikuti oleh Datok Moyang Salleh.

Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan. Kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan dan penanaman tumbuhan di Jelebu adalah sangat subur.

 SEJARAH KAMPUNG SEPERI

 

PETEMPATAN

Asal nama Kampung Seperi adalah daripada sebuah perkampungan di Daerah Rembau yang juga dinamakan dengan Kampung Seperi, tidak berapa jauh daripada pekan kecil pedas.

   Penduduk dari kampung seperi, rembau, seramai empat keluarga telah berhijrah ke jelebu dan membuka penempatan baru setelah berlaku bencana. Adalah dipercayai kampung ini dibuka pada penghujung tahun 1800 Masihi. Bukti pembukaan kampung ini berdasarkan sebuah batu nisan di tanah perkuburan tahun 1800 Masihi.

   Bukti ini bertulisan jawi dan ada tercatat tahun 1915. Penduduk di sini pada ketika itu tidak memberikan nama kepada penempatan ini, namun penduduk di sekitar yang berhampiran menamakan kampung ini sebagai Kampung Orang Seperi Rembau.

   Setelah meneroka dan menetap di penempatan ini, barulah orang Asli tempatan dan orang Kampung Seperi Rembau hidup bersama dalam keadaan aman dan damai. Ketika itu juga kebnayakkan penduduk kampung berkahwin sesama sendiri iaitu dalam kalangan mereka yang menetap di sini. Sehingga kini, penduduk Kampung Seperi berhubung dengan saudara mereka di Rembau. Tanah yang pertama sekali diterokai ialah pertemuan dua sungai iaitu Sungai Jelondong dan Sungai Seperi. Kini, tanah tersebut telah diambil alih oleh felda dan mewujudkan penempatan baru dinamakan Felda Titi.

    Walau bagaimanapun terdapat makam-makam lama berhampiran lombong biji timah. Lokasi tersebut yang kini dikenali dengan Lombong Makam. Kampung Seperi sekarang ini terletak di antara sempadan dua mukim iaitu Mukim Ulu Triang dan Mukim Glami Lemi. Kawasan Kampung Seperi Tengah dan sebahagian Kampung Seperi Ulu terletak di Mukim Ulu Triang dan Kampung seperi.