SEJARAH KAMPUNG SEPERI

 

PETEMPATAN

Asal nama Kampung Seperi adalah daripada sebuah perkampungan di Daerah Rembau yang juga dinamakan dengan Kampung Seperi, tidak berapa jauh daripada pekan kecil pedas.

   Penduduk dari kampung seperi, rembau, seramai empat keluarga telah berhijrah ke jelebu dan membuka penempatan baru setelah berlaku bencana. Adalah dipercayai kampung ini dibuka pada penghujung tahun 1800 Masihi. Bukti pembukaan kampung ini berdasarkan sebuah batu nisan di tanah perkuburan tahun 1800 Masihi.

   Bukti ini bertulisan jawi dan ada tercatat tahun 1915. Penduduk di sini pada ketika itu tidak memberikan nama kepada penempatan ini, namun penduduk di sekitar yang berhampiran menamakan kampung ini sebagai Kampung Orang Seperi Rembau.

   Setelah meneroka dan menetap di penempatan ini, barulah orang Asli tempatan dan orang Kampung Seperi Rembau hidup bersama dalam keadaan aman dan damai. Ketika itu juga kebnayakkan penduduk kampung berkahwin sesama sendiri iaitu dalam kalangan mereka yang menetap di sini. Sehingga kini, penduduk Kampung Seperi berhubung dengan saudara mereka di Rembau. Tanah yang pertama sekali diterokai ialah pertemuan dua sungai iaitu Sungai Jelondong dan Sungai Seperi. Kini, tanah tersebut telah diambil alih oleh felda dan mewujudkan penempatan baru dinamakan Felda Titi.

    Walau bagaimanapun terdapat makam-makam lama berhampiran lombong biji timah. Lokasi tersebut yang kini dikenali dengan Lombong Makam. Kampung Seperi sekarang ini terletak di antara sempadan dua mukim iaitu Mukim Ulu Triang dan Mukim Glami Lemi. Kawasan Kampung Seperi Tengah dan sebahagian Kampung Seperi Ulu terletak di Mukim Ulu Triang dan Kampung seperi.