APA ITU PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) ULU SEPERI:

Selamat Datang dan Terima kasih kami ucapkan kerana sudi melawat laman portal Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Ulu Seperi, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini adalah anjuran bersama di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

 

OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI):

  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan pelan Jalur lebar Kebangsaan
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan  luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
  • Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet
  • Meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang  dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

 

SENARAI PERKHIDMATAN: 

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • e-Pembelajaran (e-Learning)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • Pusat peperiksaan dan persijilan
  • Pusat pendidikan berasaskan komputer dan teknologi maklumat
  • Perkhidmatan percetakan
  • Program Klik Dengan Bijak (KDB)

 

WAKTU OPERASI: 

  WAKTU OPERASI  WAKTU REHAT
 

 ISNIN - AHAD
JAM 9.00 PAGI - 6.00 PETANG

TUTUP CUTI UMUM

 

ISNIN - AHAD
JAM 1.00 TENGAHARI - 2.00 PETANG

JUMAAT
JAM 12.30 TENGAHARI - 2.30 PETANG

 

 

NAMA PETUGAS:

 PENGURUS:  PENOLONG PENGURUS:
 

NUR FARAZIAH BT MD JAMIL

Jadual Bertugas:

Rabu & Khamis

 

NURZULAIKHA HUZMA BT ROMLEE

Jadual Bertugas:

Isnin & Selasa

Jumaat, Sabtu & Ahad:

Pengurus & Penolong Pengurus

 

HUBUNGI KAMI:  

 EMAIL :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. & Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
ALAMAT PORTAL:

 

      Screenshot 2024 03 16 144556

kgseperi.pjk.com.my

 MEDIA SOSIAL:

 

      Screenshot 2024 03 27 093827

FB: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Ulu Seperi

 

 

GAMBAR PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) ULU SEPERI TAHUN 2024:   

WhatsApp Image 2024 03 16 at 14.28.40

 GAMBAR 1: PANDANGAN HADAPAN @ LUAR PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) ULU SEPERI

 

 WhatsApp Image 2024 03 16 at 14.22.36

GAMBAR 2: KAUNTER PENDAFTARAN & PEMBAYARAN NADI ULU SEPERI

 

WhatsApp Image 2024 03 16 at 14.29.19

GAMBAR 3: RAK DISPLAY

 

WhatsApp Image 2024 03 16 at 14.28.41

 GAMBAR 4: SURFING AREA NADI ULU SEPERI

 

WhatsApp Image 2024 03 16 at 14.28.41 1

 GAMBAR 5: BILIK LATIHAN NADI ULU SEPERI