TAJUK : USAHAWAN

NAMA : FAZURA BINTI ABD GHANI

UMUR : 33 TAHUN

AHLI   :  17 NOV 2017

LATAR BELAKANG : 

Jarak di antara Pidengan rumah saya tidak melebihi 5 kilometer, maka mudah bagi saya untuk berkunjung ke Pusat Internet Ulu Sepri ini jika terdapat kelapangan pada hari biasa atau pada hujung minggu.Sebelum saya mengusahakan jualan kuih-kuih sejuk beku dan aneka jenis roti, saya adalah seorang pekerja swasta yang bekerja waktu shif. Ini agak menyukarkan saya untuk menjaga anak-anak memandangkan saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Saya tidak mendapat pendedahan yang mendalam mengenai ilmu kemahiran keusahawanan ini. Hal ini kerana, sebelum ini saya hanya mengetahui asas-asas keusahawanan sahaja dan tidak pernah mengikuti mana-mana kelas keusahawanan. Pendek kata, saya mempunyai ilmu yang agak cetek di dalam bidang ini dan berminat dan bersemangat untuk menimba sesuatu yang baru bagi menjamin masa depan saya di samping dapat menjana pendapatan sampingan kelak.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan kemahiran keusahawanan yang saya sertai di Pusat Internet Ulu Sepri ini. Atas usaha gigih dan dengan bantuan kemahiran keusahawanan yang dipelajari di Pi kini saya mampu untuk menambah lagi peralatan untuk memperbanyakkan lagi produk-produk sejuk beku saya.

Jika terdapat sebarang permasalahan yang berkaitan dengan teknologi maklumat saya akan segera merujuk kepada petugas Pi. Dengan adanya bantuan yang berterusan daripada pihak Pi secara tidak langsung, hasil jualan yang dahulunya hanya mencecah RM250 satu hari kini mampu mencecah RM500 kerana mendapat banyak tempahan dari pelanggan.

 

WhatsApp Image 2017 11 06 at 15.24.31 22554724 1511310942256214 9211761760552119384 n

TAJUK : CELIK IT

NAMA : PUTRI NUR FARHANA BINTI MOHD ROZINAWATI

UMUR : 13 TAHUN

AHLI   :  21 MAC 2016

LATAR BELAKANG : 

Saya mengetahui mengenai Pusat Internet  kerana ianya berhampiran dengan tempat tinggal saya. Oleh hal yang demikian, jika terdapat sebarang tugasan sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan internet saya akan terus berkunjung ke sana. Saya selalu menghadirkan diri ke kelas-kelas yang dianjurkan kerana saya berminat untuk mempelajari bidang ilmu teknologi maklumat.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum ini saya tidak begitu mahir menggunakan komputer dan internet dan hanya mengetahui secara asas sahaja. Setelah saya menyedari bahawa saya perlu membuat penambah baikkan dalam bidang ini menjadikan saya tidak teragak-agak menyertai kelas yang disediakan petugas. Bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh guru, ianya memerlukan saya untuk mempunyai kemahiran komputer dan internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Kini terdapat banyak perubahan pada diri saya terutamanya saya dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia teknologi maklumat. Selain itu, saya juga sudah mahir untuk menggunakan Microsoft Office Word. Kini saya lebih mudah untuk mencari maklumat dengan menggunakan enjin carian “Google” bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus saya dengan bantuan minima daripada petugas.

 

farahana  LDK klik dgn bijak 9

 USAHAWAN SUP WARISAN OMAK DEN

NAMA : MOHAMMAD SHAHRIL BIN MOHD SAMSI

UMUR : 28 TAHUN

AHLI : 21 APRIL 2015 

LATAR BELAKANG : 

Saya mula menjadi ahli Pi1M Ulu Sepri pada 21 April 2015. Jarak di antara Pi dengan rumah saya tidak melebihi 4 kilometer, maka mudah bagi saya untuk berkunjung ke Pusat Internet Ulu Sepri ini jika terdapat kelapangan pada hari biasa atau pada hujung minggu. Saya memilih untuk membuka kedai sup gearbox sebagai menu utama kerana saya inginkan kelainan dan seperti yang kita sedia maklum sup gearbox ini jarang dijumpai dan lain dari makanan yang terdapat di kedai biasa.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum mengikuti kelas kemahiran keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Ulu Sepri ini, saya hanya mempunyai ilmu keusahawanan yang minimal sahaja. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berkunjung ke Pi kerana saya mendapati petugas di sini dapat membantu saya dalam memantapkan kemahiran penggunaan komputer dan internet. Dalam erti kata lain, petugas di sini dapat memberikan latihan yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang dijalankan secara percuma kepada komuniti setempat.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan kemahiran keusahawanan yang saya sertai di Pusat Internet  Ulu Sepri ini. Hal ini demikian kerana pada tahun lepas saya hanya menumpang menyewa di tapak kedai peniaga lain. Namun, atas usaha gigih dan dengan bantuan kemahiran keusahawanan yang dipelajari di Pi kini saya mampu untuk menyewa sebuah premis kedai makan sendiri yang lebih besar dan selesa.

WhatsApp Image 2017 08 09 at 11.59.02 WhatsApp Image 2017 08 09 at 11.58.56

USAHAWAN YANG MEMBEKAL DAN MENJUAL PELBAGAI MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN

NAMA : ROSELIZA BINTI MOHD YUSOF

UMUR : 45TAHUN

AHLI : 13 APRIL 2014

LATAR BELAKANG :

Pada awal kewujudan Pusat Internet Ulu Sepri ini saya kurang berminat untuk berkunjung ke sana kerana merasakan tiada kepentingan untuk saya berbuat demikian. Namun, anak-anak saya sering berkunjung ke PI dan seringkali menceritakan pengalaman mereka ketika berkunjung ke PI.

Apabila anak-anak semakin teruja menceritakan mengenai perkhidmatan dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, saya mula berasa berminat dan merasakan bahawa petugas di sana dapat membantu saya dalam pelbagai aspek terutamanya dari aspek kemahiran keusahawanan. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berkunjung ke PI dan berjumpa dengan petugas di sana. Setelah mendengar penerangan dan taklimat ringkas daripada petugas, saya berasa amat teruja dengan perkhidmatan dan kelas-kelas latihan yang dijalankan di PI. Lantas saya mengambil keputusan untuk menjadi ahli PI dengan bayaran hanya RM5.00 untuk seumur hidup. Dengan menjadi ahli, saya dapat mengikuti pelbagai kelas dan latihan yang dianjurkan oleh petugas secara percuma.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum penglibatan dengan PI, saya sememangnya seorang yang tidak mahir menggunakan perkhidmatan internet mahupun komputer begitu juga ilmu keusahawanan yang saya miliki begitu cetek. Oleh hal yang demikian, saya membuat kunjungan ke PI  dan membuat temujanji bersama petugas di PI untuk berbincang mengenai kelas dan latihan yang bakal saya jalani.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Selepas selesai beberapa siri latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI, kini saya merasakan lebih berkeyakinan untuk meneruskan aktiviti keusahawanan yang sedang saya jalankan. Selain itu, terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan keusahawanan yang saya sertai di Pusat Internet Ulu Sepri ini. Hal ini demikian kerana, setelah menjalankan aktiviti promosi perniagaan saya, kini lebih ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan yang saya tawarkan. Begitu juga dengan pihak PI Ulu Sepri yang akan menggunakan perkhidmatan katering saya jika terdapat sebarang program yang dianjurkan oleh pihak PI.

katering  katering2

TAJUK : CELIK IT

NAMA : AINUL MAISARAH BINTI NOORZI

UMUR : 15 TAHUN

AHLI : 4 MAC 2017

LATAR BELAKANG : 

Saya mendapat maklumat mengenai Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) melalui Pengurus Pi1M berkenaan memandangkan Pengurus tersebut merupakan kakak saudara saya. Oleh hal yang demikian, jika terdapat sebarang tugasan sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan internet saya akan terus menghubungi Pengurus Pi1M dan membuat temujanji untuk berkunjung ke sana. Setelah mendengar penerangan daripada petugas Pi1M saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas-kelas yang dianjurkan kerana saya berminat untuk mempelajari bidang ilmu teknologi maklumat.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Kali pertama berkunjung ke Pi1M, saya terus membuat keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Pi1M dengan bayaran RM5.00. Hal ini demikian kerana, setelah menjadi ahli Pi1M saya berpeluang untuk mengikuti latihan dan bimbingan kelas secara percuma.

Sebelum kunjungan saya ke Pi1M, saya tidak tidak begitu mahir menggunakan komputer dan internet iaitu hanya mengetahui secara asas sahaja. Namun, saya menyedari bahawa saya perlu membuat anjakan paradigma memandangkan tidak lama lagi saya akan menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan memerlukan saya untuk mempunyai kemahiran komputer dan internet bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh guru.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Setelah mengikuti beberapa siri kelas dan latihan yang dianjurkan oleh pihak Pi1M, kini saya lebih mahir dan berkeyakinan menggunakan komputer dan melayari internet. Antara kelas yang telah saya ikuti adalah pembelajaran komputer Intel Easy Steps, Publishing, dan Microsoft Office. Selain itu, saya juga telah diberi penerangan dan taklimat cara-cara menggunakan internet dengan bijak mellaui modul MCMC iaitu Klik Dengan Bijak (KDB), Mobile E-Waste dan juga Check Your Label (CYL). Saya juga telah didedahkan dengan website terbaru untuk memastikan kesahihan sesuatu berita iaitu melalui website http://sebenarnya.my/ , “Tidak Pasti Jangan Kongsi”.

Kini saya dapat melihat banyak perubahan pada diri saya terutamanya saya mendapat ilmu pengetahuan mengenai dunia teknologi maklumat. Selain itu, saya juga sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office Word dengan lebih lancar dan kini juga saya telah mahir untuk menggunakan enjin carian “Google” untuk mencari maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus saya dengan bantuan minima daripada petugas Pi1M.