TAJUK : KEUSAHAWANAN

NAMA : Noorafidah Binti Kamarudin

UMUR : 42 Tahun

AHLI : 2023

LATAR BELAKANG :

Puan Noorafidah merupakan anak jati Kampung Seperi yang menjadi ejen produk kecantikan dan kesihatan daripada Jamu Ratu Malaya (JRM). Pengasas produk JRM adalah Bonda Rozita Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi & Jamu Ratu Malaya).  Di samping, produk JRM telah mendapat maklumbalas (feedback) positif dari pengguna-pengguna kecantikan dan kesihatan. Oleh hal yang demikian, Puan Noorafidah mengambil langkah dan peluang untuk menjadi ejen JRM bagi mencari pendapatan sampingan dan seterusnya membantu meringankan beban ekonomi keluarga beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Puan Noorafidah pada awalnya hanya menggunakan akaun Shopee untuk membeli barang-barang keperluan rumah dan peribadi. Namun demikian beliau berminat untuk membuka kedai di akaun Shopee bagi menjual pelbagai produk yang lain memandangkan produk JRM tidak boleh dijual di platform Shopee. Puan Noorafidah tidak begitu mahir untuk membuka kedai di akaun Shopee dan oleh hal yang demikian beliau berkunjung ke PEDi Ulu Seperi untuk meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas.

Selain itu, Puan Noorafidah juga agak kekok untuk menggunakan komputer dan internet kerana beliau lebih selesa untuk menggunakan telefon pintar bagi menyelesaikan pelbagai urusan peribadi dan perniagaan. Puan Noorafidah telah mendaftar menjadi ahli di PEDi Ulu Seperi pada bulan September 2023 kerana apabila menjadi ahli beliau dapat menyertai kelas-kelas keusahawanan dan bantuan khidmat nasihat daripada petugas secara percuma.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Puan Noorafidah telah hadir ke PEDi Ulu Seperi untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada petugas dan Rakan Digital bagi membuka kedai di platform Shopee. Selain itu, setelah berjaya membuka kedai di aplikasi Shopee petugas dan Rakan Digital memberikan tunjuk ajar cara-cara untuk memuatnaik produk, seller centre dan juga cara-cara untuk memeriksa jika mendapat pesanan daripada pelanggan.

Di samping itu, Puan Noorafidah juga diberikan pendedahan mengenai cara-cara untuk membuat posting yang menarik bagi mempromosikan produk jualan beliau. Puan Noorafidah mendaftarkan nama syarikat beliau iaitu Emerald Creation Resources. Setelah penglibatan di PEDI, Puan Noorafidah lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk mempromosikan produk jualan beliau dan jumlah pelanggan Puan Noorafidah juga semakin meningkat dari semasa ke semasa.

RAFIDA 1 RAFIDA 2 RAFIDA 3