TAJUK : PEGAGE CRISPY, GARLIC CRISPY DAN PERIA CRISPY

NAMA : HAFIRA BINTI MAURIS

UMUR : 39 TAHUN

AHLI : 2014

LATAR BELAKANG :

Puan Hafira merupakan penaung kepada perkhidmatan Suprise Delivery di bawah Syarikat Al Zahra Gift Jelebu. Kini, Puan Hafira telah mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan menjual pelbagai snek kesihatan antaranya Pegaga Crispy, Garlic Crispy dan Peria Crispy. Puan Hafira mendapat idea untuk menghasilkan snek kesihatan ini kerana Puan Hafira ingin menitikberatkan pemakanan yang sihat dalam kalangan masyarakat setempat. Tambahan pula, dengan adanya sayur-sayuran di dalam bentuk snek ini dapat memudahkan orang ramai untuk mendapatkan makanan yang sihat dengan mudah dan secara tidak langsung dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Puan Hafira telah beberapa kali berkunjung ke PIK Ulu Seperi untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di sini. Puan Hafira juga telah mempelajari cara-cara untuk menggunakan komputer dan internet namun demikian Puan Hafira masih memerlukan bantuan yang minima daripada petugas. Sebelum ini, Puan Hafira telah mempelajari asas komputer dan internet, mempelajari asas kemahiran keusahawanan dan juga mempelajari cara-cara menggunakan Dashboard Komuniti terutamanya aplikasi My Shop. Kini, Puan Hafira mengambil satu lagi inisiatif iaitu untuk mempelajari kemahiran perniagaan secara atas talian iaitu aplikasi Shopee.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Puan Hafira telah menyertai Pertandingan Usahawan Online Pusat Internet bersama 5 orang peserta yang lain. Melalui pertandingan ini Puan Hafira perlu menyertai 3 siri bengkel yang dianjurkan oleh petugas. Menerusi bengkel ini, Puan Hafira telah berjaya mempunyai kedai secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Shopee. Dengan adanya kedai secara atas talian ini, kini Puan Hafira dapat mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih meluas lagi. Selain itu, Puan Hafira lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk terus mempelajari mengenai ilmu kemahiran keusahawanan. Di samping mempelajari mengenai aplikasi Shopee, Puan Hafira juga diberi pendedahan cara-cara untuk mempromosikan produk jualan di platform media sosial seperti Facebook.

hafira mauris. 1jpg.jpg  hafira mauris.jpg