TAJUK : KEUSAHAWANAN

NAMA : Norlia Binti Iberahim

UMUR : 44 Tahun

AHLI : 2022

LATAR BELAKANG :

Puan Norlia merupakan salah seorang penduduk yang menetap di Kampung Seperi bersama keluarga beliau. Puan Norlia menjalankan perniagaan produk kecantikan, Suprise Gift dan pelbagi produk jualan yang lain. Puan Norlia telah membuka gerai jualan di Perhentian Bas Kuala Klawang. Puan Norlia telah mengikuti kelas dan program di PEDi Ulu Seperi semenjak tahun 2022. Pada awalnya Puan Norlia merupakan suri rumah sepenuh masa namun minat yang amat mendalam dalam bidang keusahawanan mendorong Puan Norlia untuk membuka perniagaan beliau sendiri.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum penglibatan Puan Norlia di PEDi Ulu Seperi, beliau agak kekok untuk menggunakan peralatan seperti komputer. Hal ini demikian kerana, sudah pastinya Puan Norlia lebih selesa menggunakan telefon pintar untuk menjalankan aktiviti promosi beliau. Puan Norlia telah menjadi ahli di PEDi Ulu Seperi pada September 2022 dan dengan menjadi ahli PEDi Puan Norlia berpeluang untuk menyertai kelas dan program anjuran PEDi Ulu Seperi secara percuma sahaja.

Sebelum berkunjung ke PEDi, Puan Norlia hanya menggunakan medium Facebook dan Whatsapp sebagai platform untuk mempromosikan dan menjual produk beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Semenjak mendaftar menjadi ahli di PEDi, Puan Norlia tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai program-program anjuran PEDi. Pada 19 Mei 2023 Puan Norlia bersama usahawan-usahawan yang lain telah menyertai Kelas bersama pihak AMWAY iaitu Kelas Keusahawanan bagi menghasilkan pelbagai jenis roti dengan mudah menggunakan gajet-gajet moden dari AMWAY. Selain itu, menerusi program ini juga, Puan Norlia juga dapat mempelajari cara-cara untuk mendaftar menjadi ahli AMWAY dan seterusnya menghasilkan pendapatan sampingan dengan AMWAY.

Seterusnya, Puan Norlia juga telah menyertai Program Pembangunan Sosial (Komputer) anjuran KEMAS Jelebu dan PEDi Ulu Seperi. Menerusi aktiviti ini Puan Hazlina dan para peserta yang lain telah didedahkan dengan Advokasi Buli Siber, Mencipta kad perniagaan menggunakan aplikasi Canva dan juga mempelajari mengenai Tiktok Affiliate.

Pada 30 September 2023 pula, Puan Norlia dan komuniti setempat yang lain telah menyertai program Wanita Sihat Cantik anjuran bersama PEDi Ulu Seperi dan juga Wanita Kampung Seperi. Menerusi program ini, para peserta didedahakan dengan cara-cara untuk membuat cucian muka dengan betul menggunakan produk dari ATOMY. Selain itu melalui program ini juga dapat mendorong para peserta untuk menjana pendapatan dengan menjadi ahli ATOMY kerana terdapat pelbagai manfaat dan faedah yang akan diperoleh jika menjadi ahli ATOMY.

LIA 1 LIA 2 

LIA 3 LIA 4