TAJUK : CELIK IT

NAMA : Muhammad Faizie B Mohd Saizee

UMUR : 14 Tahun

AHLI : 2018

LATAR BELAKANG :

Muhammad Faizie Bin Mohd Saizee merupakan seorang ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Ulu Seperi sejak tahun 2018. Beliau dikenali dengan panggilan Fizi oleh rakan-rakan dan jga penduduk kampung. Beliau kini merupakan pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu. Beliau seorang yang aktif menggunakan NADI sejak tahun 2018 lagi terutamanya semasa cuti hujung minggu dan cuti persekolahan. Jika ada waktu terluang, Fizi dan rakan-rakan akan berkunjung ke NADI untuk bermain kuiz pembelajaran dan juga melayari internet. Beliau turut mengikuti kelas dan program yang diadakan di NADI. Sebelum penglibatan beliau di NADI, beliau sering menghabiskan masa di rumah atau bermain bersama kawan-kawan beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum penglibatan di NADI, Fizi hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai ICT. Pada permulaannya beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Oleh hal yang demikian beliau mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai ahli baru NADI Ulu Seperi dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan oleh petugas. Melalui kelas tersebut, beliau diberikan pendedahan dan diajar cara untuk menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya dapat membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer dan internet untuk kegunaan harian dan juga untuk pembelajaran.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Dengan adanya NADI, beliau kini banyak meluangkan masa lapang beliau di NADI dengan melayari internet serta menyertai latihan dan program yang diadakan di NADI. Sebelum ini beliau kurang pengetahuan tentang ICT tetapi melalui kelas dan program pelbagai modul diberikan kepada beliau bagi meningkatkan Kemahiran dan pengetahuan dalam pembelajaran beliau.

Di samping itu, apabila tiba musim persekolahan atau cuti hujung minggu, beliau dan rakan-rakan akan datang ke NADI bagi memenuhi masa lapang dengan melayari internet, media sosial serta mengikuti kelas atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak NADI. Beliau kini semakin mahir dalam menggunakan komputer serta perisiannya dan beliau sedar betapa pentingnya Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang siber terutamanya dalm zaman teknologi dan maklumat pada masa kini yang semakin berkembang pesat.

Fizi dan kawan-kawan beliau telah mengikuti beberapa siri kelas yang dianjurkan oleh petugas NADI. Antaranya ialah perkongsian advokasi Positif & Produktif, Kelas E-Pembelajaran Rapid Typing Fast, Kelas STEM IOT Air Honker Project, STEM IOT Cargo PlaneChallange, STEM IOT Cup Stack Challange dan Wordwall STEM Quiz (Science).

celik it faizie celik faizie