E-Kerajaan: Semakan Blacklist CCRIS dan CTOS

Tarikh

: 08 Februari 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Menerangkan fungsi laman web CCRIS dan CTOS kepada penduduk Ulu Seperi
  • Menjelaskan maksud CCRIS dan CTOS serta perbezaan kedua-dua sistem kepada komuniti
  • Mengajar penduduk Ulu Seperi membuat semakan senarai hitam CCRIS dan CTOS
  • Berkongsi pautan borang semakan manual senarai hitam bagi CCRIS dan pautan senarai hitam bagi CTOS

 

AKTIVITI:

  • Menerangkan kepada penduduk komuniti Ulu Seperi mengenai maksud CCRIS dan CTOS, perbezaan antara CCRIS dan CTOS, serta kepentingan mengetahui ilmu CCRIS dan CTOS
  • Seterusnya, petugas menjelaskan maksud disebalik senarai hitam CCRIS dan CTOS kepada penduduk Ulu Seperi
  • Petugas mengajar cara membuat semakan senarai hitam CCRIS melalui dua cara iaitu dengan mendaftar eccris di mana-mana cawangan Bank Negara ataupun dengan mengisi borang daripada pautan yang dikongsi
  • Akhir sekali, petugas juga mengajar cara menyemak senarai hitam CTOS melalui pautan link yang telah disediakan

 

Galeri gambar