Kelas Keusahawanan: Asas pengetahuan Microsoft Excel 1: Carta |
|
Tarikh |
: 18 April 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 4 Orang |
TUJUAN:
- Berkongsi ilmu bersama usahawan di Ulu Seperi mengenai cara-cara membuat carta menggunakan Microsoft Excel
- Bertujuan supaya usahawan dapat mengemaskini untung dan rugi harian dalam perspektif mingguan, bulanan serta tahunan untuk dijadikan rujukan
- Usahawan dapat mengesan punca keuntungan dan kerugian melalui carta yang dibina dan melakukan penambahbaikan terhadap perniagaan mereka
AKTIVITI:
- Mengadakan kelas keusahawanan bersama usahawan-usahawan di Ulu Seperi
- Usahawan-usahawan yang hadir diarahkan membuka aplikasi Microsoft Excel di tempat duduk masing-masing
- Setelah itu, petugas berkongsi kaedah-kaedah mudah dan ringkas yang boleh digunapakai oleh setiap usahawan untuk mengira untung dan rugi perniagaan mereka hanya berpandukan carta
- Di akhir kelas, usahawan dapat mengemaskini untung dan rugi perniagaan mereka dan disimpan dalam rekod fail masing-masing