E-Pembelajaran: Proprof’s Quizzes |
|
Tarikh |
: 08 Jun 2023 |
Masa |
: 11.30 Pagi - 12.00 Pagi |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Menggalakkan penggunaan ProProf’s Quiz kepada pelajar di Ulu Seperi untuk membolehkan pengguna meningkatkan produktiviti dalam aktiviti pembelajaran
- Menguntungkan kedua-dua belah pihak tenaga pengajar dan juga pelajar kerana ianya mudah digunakan oleh pengajar untuk membina kuiz dengan pantas dan juga mudah diakses oleh pelajar melalui rangkaian web yang terbuka
- Menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang menyeluruh termasuklah tutorial video, panduan subjek dan juga asas pengetahuan
- Pelajar juga boleh mendapat maklumbalas terhadap prestasi mereka setelah kuiz selesai dijalankan di ProProf’s Quizzes
AKTIVITI:
- Petugas mendaftar peserta dan memperkenalkan pelajar kepada platform ProProf’s Quizzes
- Seterusnya, petugas membuka kuiz-kuiz yang tersedia di laman ProProf’s mengikut kesesuaian umur dan subjek yang pelajar ingin kuasai
- Pelajar menggunakan ProProf’s Quizzes dan menjawab soalan-soalan yang terdapat di dalam laman web tersebut
- Di akhir kelas, pelajar mendapat analisis keputusan mereka hasil daripada kuiz-kuiz yang mereka jawab secara automatik