Asas Keusahawanan: Tips Pengurusan Sumber Manusia Bagi IKS |
|
Tarikh |
: 15 Jun 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Pagi |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Berkongsi kepada peserta mengenai tanggungjawab majikan, pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan dan juga pengurusan gaji pekerja
- Mendedahkan peserta dengan realiti proses pengambilan pekerja bermula daripada pengiklanan jawatan kosong, pra temuduga, semakan permohonan calon, temuduga pekerja, pemilihan dan keputusan pengambilan pekerja, penawaran kerja serta induksi
- Menerangkan klausa-klausa penting dalam kontrak perkhidmatan pekerja
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan pendaftaran masuk peserta melalui pautan link yang diberikan di emel
- Peserta menyertai kelas bersama Puan Juliana menggunakan emel PEDi Ulu Seperi bagi mengurangkan trafik peserta dalam kelas tersebut
- Seterusnya, peserta mendengar dengan terperinci perkongsian daripada Puan Juliana mengenai tanggungjawab majikan, pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan dan juga pengurusan gaji pekerja
- Puan Juliana telah menjawab setiap persoalan yang telah diajukan oleh peserta dengan baik dan beliau juga telah berkongsi video kelas beserta slaid kelas tersebut melalui emel PEDi Ulu Seperi