Asas ICT: Virus Perisian Komputer |
|
Tarikh |
: 06 Julai 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan virus sebagai ancaman keselamatan komputer kepada peserta PEDi Ulu Seperi
- Menjelaskan ancaman virus mampu memusnahkan sesebuah program atau keseluruhan sistem komputer yang dipakai
- Mendedahkan kepada peserta cara-cara untuk sentiasa menyemak dan mengemaskini antivirus komputer agar dapat mengelakkan daripada ancaman virus
AKTIVITI:
- Pertama sekali, kelas dimulakan dengan memperkenalkan asal usul virus serta sejarah kedatangan virus yang pertama yang muncul dihasilkan oleh seorang penggodam
- Seterusnya, peserta mempelajari jenis-jenis virus yang boleh didapati dalam rangkaian komputer beserta tanda-tanda yang ditunjukkan oleh komputer yang dijangkiti virus
- Setelah memahami jenis-jenis dan tanda-tanda virus menjangkiti komputer, peserta seterusnya diajar cara-cara untuk mencegah ancaman-ancaman virus daripada membelenggu sistem komputer
- Peserta juga diingatkan untuk sentiasa mengemaskini komputer menggunakan Windows Defender dan juga memasang perisian-perisian antivirus seperti McAfee, Kaspersky, Avira, Trend Micro, Avast, ESET, BitDefender dan Noron