|
|
Tarikh |
: 07 Ogos 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan inisiatif penambahan caruman ke dalam Akaun 1 KWSP melalui Belanjawan 2023
- Menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri usia persaraan untuk menyimpan secara berterusan
- Membantu mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan ahli KWSP
- Memberi manfaat kepada ahli di bawah i-Saraan seperti suri rumah
AKTIVITI:
- Petugas meminta peserta mendaftar masuk i-akaun KWSP melalui aplikasi i-akaun yang dimuat turun di dalam telefon pintar
- Di aplikasi i-akaun, terdapat paparan untuk membuat tambahan simpanan KWSP iaitu ‘Tambah Caruman’ / ‘Add Contribution’.
- Peserta diminta untuk klik pada butang ‘‘Tambah Caruman’ / ‘Add Contribution’
- Peserta seterusnya menetapkan amaun pilihan, dan meneruskan transaksi seperti biasa
- Petugas mengingatkan peserta supaya sentiasa memuat turun resit bayaran setelah transaksi berjaya dilakukan