TARIKH : 18 OKTOBER 2017
MASA : 7.00 PAGI – 2.00 PETANG
LOKASI : PERKARANGAN BILIK KOSPEN & PI1M ULU SEPERI
PESERTA : 84 ORANG
TUJUAN :
- Program yang dijalankan dengan kerjasama KOSPEN & PI1M Ulu Seperi.
- Untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat dengan KOSPEN & PI1M Ulu Seperi.
- Untuk melahirkan komuniti sihat perkasa disamping berpengetahuan IT.
AKTIVITI :
- Program ini dimulakan dengan pendaftaran Pengunjung.
- Aktiviti diteruskan dengan Senaman Aerobik yang diketuai oleh pelatih Zumba kg seperi.
- Selepas itu program diteruskan pula dengan aktiviti berjalan 10 000 langkah diikuti sarapan pagi selepasnya.
- Bagi kanak-kanak bawah 6 tahun aktiviti mewarna dijalankan,manakala kanak-kanak bawah 7-9 tahun dan kanak-kanak 10-12 tahun pula menyertai aktiviti Jigsaw puzzle yang telah dijalankan di Pi1m Ulu Seperi.
- Selepas tamat aktiviti kanak-kanak, taklimat advokasi klik dengan bijak & keusahawanan telah disampaikan oleh Pi1M Ulu Sepri dan dibantu oleh Pi1m Felda Titi dan Pi1m Kuala Klawang.
- Kemudian aktiviti diteruskan pula dengan ceramah “Penyakit Tidak berjangkit” oleh Dr Nadiah Bt Damanhur dari Klinik Kesihatan Jelebu.
- Nyanyian lagu “Negaraku”,Bacaan Doa oleh Imam Masjid Qariah Kg Seperi diikuti dengan ucapan pengerusi KOSPEN Kg Seperi & ucapan pengerusi pegawai Kesihatan Daerah Jelebu selepas ketibaan YB Dato’ Hj Jalaluddin Hj Alias.
- YB Dato’ Hj Jalaluddin Hj Alias. Telah merasmikan Program “MOH SIHAT”.
- Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.