TUJUAN:

  • Meningkatkan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan lebih lancar
  • Memperkukuhkan pengetahuan peserta dalam tatabahasa Bahasa Melayu
  • Menyediakan akses kepada pelbagai sumber pembelajaran termasuk latihan-latihan interaktif, video pengajaran dan bahan-bahan bantu pembelajaran melalui laman web tcer.my
  • Menyokong pembelajaran sendiri peserta dengan menyediakan platform yang fleksibel dan boleh diakses pada bila-bila masa

 

AKTIVITI:

  • Petugas memulakan kelas dengan penjelasan tentang tujuan serta struktur tugasan yang akan dilaksanakan
  • Peserta diberi latihan membaca dan menulis ayat-ayat ringkas dalam Bahasa Melayu
  • Peserta diarahkan untuk mengambil bahagian dalam sesi perbincangan, di mana mereka berkongsi pandangan mereka mengenai topik yang dipelajari
  • Kelas ditutup dengan ringkasan mengenai pembelajaran hari itu diikuti dengan penilaian ringkas bagi mengukur pemahaman peserta

 

Galeri gambar