Kelas Multimedia – Youtube & Video Kraftangan Merdeka |
|
Tarikh | : 2 Ogos 2020 |
Masa | : 3.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 5 Orang |
TUJUAN:
-
- Dapat menggalakkan komuniti terus aktif dengan Pusat Internet
- Merapatkan hubungan bersama organisasi kampung dan Pusat Internet
- Para peserta dapat mengitar semula barangan terpakai
- Para peserta dapat menghasilkan kraftangan yang kreatif dan inovatif mengikut idea masing-masing
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai tujuan aktiviti yang akan dilakukan
-
- Seterusnya , petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian Google dan mencari contoh-contoh kraftangan menerusi saluran Youtube bagi menjana idea para peserta
-
- Aktiviti diteruskan dengan para peserta mengumpulkan barangan terpakai untuk dikitar semula bagi menghasilkan kraftangan yang menarik
-
- Aktiviti menghasilkan kraftangan dimulakan dengan bantuan daripada petugas
-
- Kemudian, petugas membantu para peserta untuk menghasilkan video menerusi aplikasi Movie Maker
- Setelah video selesai dihasilkan, petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk memuatnaik video berkenaan di Facebook Page Pusat Internet Ulu Seperi