Kelas Keusahawanan – Youtube + Ice Cream Maker | |
Tarikh | : 11 September 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 13 Orang |
TUJUAN:
- Para peserta dapat menjadikan Youtube sebagai saluran untuk mendapatkan sumber maklumat dan sumber untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan sesuatu yang diingini
- Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan aiskrim Malaysia yang mudah dan ringkas
- Dapat mencungkil minat para peserta untuk menceburi bidang keusahawanan di usia muda
- Dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan para peserta
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka aplikasi Youtube dan membuka video cara-cara membuat aiskrim Malaysia
- Seterusnya, petugas menerangkan bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan 3 jenis perasa aiskrim Malaysia iaitu perasa coklat, oreo dan jelly
- Aktiviti diteruskan lagi dengan petugas membahagikan para peserta kepada 3 kumpulan
- Aktiviti membuat aiskrim dimulakan dengan petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk membuat bancuhan susu bagi ketiga-tiga jenis perasa aiskrim
- Kemudian,petugas memberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan topping aiskrim dan memasukkan ke dalam plastik aiskrim
- Aktiviti menghasilkan aiskrim Malaysia dijalankan sehingga selesai dan para peserta berjaya membawa pulang hasil aiskrim mereka