Kelas Keusahawanan – Donut Maker | |
Tarikh | : 16 Oktober 2020 |
Masa | : 3.00 Petang – 6.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
:21 Orang |
TUJUAN:
- Para peserta dapat mempelajai pelbagai menu ringkas yang lain menggunakan saluran Youtube
- Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan makanan yang ringkas dan mudah
- Dapat membantu para peserta menjana idea perniagaan melalui Youtube
- Menggalakkan para peserta untuk bersifat berdikari dan tidak mengharapkan ibu bapa bagi menyediakan makanan yang ringkas
AKTIVITI:
- Petugas membuka laman Youtube dan membuka contoh-contoh resepi yang berkaitan
- Setelah menonton video di laman Youtube, petugas memberi penerangan bagaimana untuk menghasilkan menu ringkas juadah minum petang iaitu donut
- Para peserta diperkenalkan dengan satu persatu bahan-bahan yang diperlukan
- Petugas mencetak resepi untuk membuat donut bagi memudahkan pemahaman para peserta untuk menghasilkan donut mengikut citarasa mereka sendiri
- Petugas membahagikan para peserta kepada dua kumpulan iaitu peserta lelaki dan perempuan
- Aktiviti membuat donut dimulakan