logo

Program "KAMPUNG By GDEX" ini adalah program usahasama diantara pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM), GD Express Sdn Bhd (GDEX) dan juga Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) bertujuan untuk mempromosi dan merangsang aktiviti e-dagang di kawasan luar bandar. Secara dasarnya, program ini membantu memudahkan penduduk atau komuniti yang menjalankan perniagaan atau industri kecil dan sederhana dari segi urusan logistik, dimana kami menawarkan perkhidmatan penghantaran secara cepat, termasuk menyediakan sampul produk khas, "KAMPUNG By GDEX" yang hanya boleh di dapati di Pusat Ekonomi Digital  sahaja. Pusat Internet erpilih telah dilantik untuk menjadi Pusat Jualan GDEX ataupun "GDEX Reseller Agency". Ini bermakna pusat internet adalah Ejen Kurier Luar Bandar GDEX. Terdapat 6 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) di Negeri Sembilan yang terpilih untuk perkhidmatan ini adalah seperti berikut :-

1.PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi) TAMAN DESA PUTERI

2.PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi) KUALA JEMPOL

3.PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi) ULU SEPERI

4.PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi) TAMPIN

5.PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi) PASOH 4

6.PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi) KAMPUNG SI RUSA