e rezeki

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat , terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital.

Peserta akan dilatih, berkelayakan dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai untuk bekerja.

eRezeki membuka saluran alternatif kepada rakyat untuk menjana pendapatan tambahan melalui peluang-peluang pekerjaan online.

Program eRezeki diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah naungan Suruhanjaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).