DRMIND FARM

DRmindFarm 1  DRmindFarm 2 

DRmindFarm 3  DRmindFarm 5

  • Sebuah rumah tamu yang selesa di pinggir hutan dan terletak di Lorong Ulu Renai, Kampung Peradong, Jelebu. Semua pembuatan pembinaan penginapan.🍂🍂Drmind Farm🍂🍂 adalah dari buluh.
  • Setiap bilik hanya dilengkapi dengan pengudaraan semula jadi, cahaya matahari secara langsung dan dikelilingi pemandangan semulajadi tetapi pengunjung jangan risau, setiap bilik turut dilengkapi kipas siling. Terdapat juga tempat tidur gantung (hammock) untuk tidur yang lebih santai atau khemah bagi mereka yang gemarkan suasana yang lebih mencabar.
  • Kemudahan seperti kafe, WiFi percuma di kawasan awam serta ke semua bilik dan tempat letak kenderaan percuma juga disediakan. Kemudahan lain yang turut ada termasuklah kemudahan dobi , perkhidmatan bilik (semasa waktu terhad), air botol percuma, bilik mandi yang dilengkapi pancuran mandian dan lain-lain lagi.
  • Antara aktiviti rekreasi yang terdapat di sini adalah seperti sewa basikal,’barbeque grill’, berkelah di kawasan air terjun dan kebun tanaman organik. Sesuai untuk kunjungan keluarga dan 🍂🍂Drmind Farm🍂🍂 menyediakan pakej yang berpatutan.
  • Bagi mereka yang ingin keluar dari kesibukan kerja seharian atau ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, 🍂🍂Drmind Farm🍂🍂 adalah salah satu destinasi yang perlu ada dalam senarai perancangan percutian anda.


Alamat: Lot 2056, Lorong Ulu Renai, Bt 4 ¾ Kampung Peradong, Titi, Negeri Sembilan

Facebook: https://www.facebook.com/clarice173/

No. telefon: 012-367 1173

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.