TUJUAN:

  • Menawarkan pendidikan alaf baru yang telah diperkasakan dengan datangnya norma baru bagi kemudahan komuniti setempat
  • Pusat Internet Komuniti bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen Online dengan harga yang berpatutan
  • Mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di PIK Ulu Seperi iaitu bilik latihan yang sangat kondusif dan dilengkapi dengan penghawa dingin
  • Memberikan perkhidmatan E-Tuisyen kepada para pelajar Tahun 6
  • Pelajar dapat mengikuti 4 Kelas E-Tuisyen iaitu bagi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada pelajar yang terlibat mengenai Kelas E-Tuisyen akan berlangsung iaitu dengan menggunakan Aplikasi Zoom Meeting 
  • Petugas memberi tunjuk ajar dan penerangan cara-cara untuk menggunakan Aplikasi Zoom Meeting
  • Petugas menyediakan nota kelas sebagai rujukan kepada pelajar yang terlibat
  • Petugas memantau sepanjang kelas E-Tuisyen ini berlangsung

 

Galeri Gambar


 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan aplikasi atas talian bagi menghasilkan sebuah video yang menarik dan ringkas
  • Dapat membantu komuniti setempat untuk mendalami bidang multimedia iaitu menghasilkan video
  • Para peserta dapat menghasilkan video yang menarik dan mudah mengikut kreativiti masing-masing

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Kelas Multimedia – Video Make
  • Petugas menyediakan link laman sesawang https://clideo.com/ bagi memudahkan para peserta untuk memulakan proses mengedit video
  • Kemudian, petugas memberi penerangan ringkas mengenai tools yang terdapat di dalam sesawang ini seperti crop video dan reverse video
  • Petugas menghantar tangkapan skrin (screenshot) bagi memudahkan pemahaman para peserta

 

Galeri Gambar


 

TUJUAN:

  • Melalui laman web yang disediakan ini, dapat memberi idea tentang perancangan tanaman kebun secara kecil-kecilan
  • Memperkenalkan idea cara penambahan sistem penyiraman yang mudah kepada para pekebun
  • Dapat menggalakkan usahawan yang ingin memulakan perniagaan pertanian untuk menambahkan lagi ilmu di dalam bidang ini

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Latihan Keusahawanan – Ideas For My Dream Garden
  • Kemudian, para peserta diajar menggunakan laman sesawang https://www.gardena.com/int/garden-life/garden-planner/ bagi menjana idea bagaimana untuk menghasilkan sebuah kebun yang lebih sistematik dan terancang mengikut kapasiti kawasan tanaman yang ada
  • Petugas telah menyediakan video ringkas dan mudah bagaimana untuk melayari laman sesawang ini seperti cara pemilihan luas kawasan tanaman, jenis tanaman yang diperlukan, sistem pemasangan air siraman dan sebagainya
  • Sesi soal jawab turut dijalankan bagi menambahkan pemahaman peserta.

Galeri Gambar


 

TUJUAN:

  • Menjadi salah satu kaedah untuk melatih kemahiran menaip dengan lebih pantas
  • Meningkatkan kemahiran penggunaan tetikus dan papan kekunci
  • Dapat  melatih para peserta teknik menaip dengan pantas tanpa mencari dan melihat papn kekunci
  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai fungsi Pusat Internet

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Kelas Mahir Menaip dengan menggunakan aplikasi secara atas talian
  • Kemudian petugas menghantar link laman sesawang yang perlu dilayari untuk menyertai aktiviti ini iaitu di https://www.kidztype.com/
  • Petugas memberi cadangan agar para peserta yang ingin memyertai aktiviti ini agar bermula dengan tahap 1 bagi mereka yang baru belajar menaip

 

Galeri Gambar


 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan laman sesawang https://cardgames.io/checkers/ kepada komuniti setempat
  • Dapat melatih para peserta untuk menjadi seseorang yang hebat dalam permainan Dam Haji dan Chess secara atas talian
  • Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk memenangi pertandingan Dam Haji
  • Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu permainan Dam dan Chess secara atas talian
  • Petugas memperkenalkan laman sesawang https://cardgames.io/checkers/ kepada komuniti setempat
  • Petugas menghantar tangkapan skrin (screenshot) sebagai rujukan kepda para peserta yang ingin mengambil bahagian

 

Galeri Gambar