Latihan Keusahawanan – Easyparcel.com

Tarikh

: 07 April 2021

Masa

: 4.00 Petang - 6.00 Petang

Lokasi

:  Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 9 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi penerangan kepada komuniti setempat mengenai perkhidmatan kurier Easyparcel
  • Memberi pendedahan mengenai kurier servis yang terdapat dibawah perkhidmatan Easyparcel
  • Memberi tunjuk ajar cara-cara untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi Easyparcel.com
  • Membantu para usahawan untuk memudahkan urusan mereka untuk pengeposan barang kepada pelanggan

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan kepada Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi iaitu kelas keusahawanan – Easyparcel.com
    Petugas memberi pendedahan mengenai aplikasi ini kepada komuniti setempat terutamanya para usahawan

Petugas juga menyediakan 2 link Youtube yang bertajuk Apa itu Easyparcel dan Cara pos barang menggunakan Easyparcel Malaysia bagi memudahkan kefahaman komuniti setempat

Galeri Gambar


Kelas Multimedia – Kad Kahwin Aplikasi Canva

Tarikh

: 05 April 2021

Masa

: 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi

:  Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan aplikasi atas talian iaitu Aplikasi Canva bagi membantu komuniti setempat untuk menghasilkan pelbagai jenis kad jemputan hanya secara atas talian
  • Dapat menambahkan ilmu multimedia kepada komuniti setempat
  • Dapat memahirkan komuniti setempat dalam penggunaan komputer dan tetikus
  • Dapat mencungkil kreativiti komuniti setempat dalam menghasilkan pelbagai jenis kad jemputan yang kreatif dan menarik

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan dan pendedahan mengenai aktiviti yang akan dijalankan ke dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi iaitu Kelas Multimedia – kad Kahwin Aplikasi Canva
  • Petugas menerangkan satu per satu langkah untuk menggunakan aplikasi ini bagi memastikan kefahaman komuniti setempat
    Petugas juga menghantar tangkapan skrin (screenshot) bagi memudahkan lagi urusan komuniti setempat untuk menggunakan aplikasi ini

    Galeri Gambar


 

Penipuan Kewangan – Setting Facebook Bagi Mengelakkan Scammers

Tarikh

: 19 Mac 2021

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

:  Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 16 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada komuniti setempat cara-cara untuk setting akaun Facebook bagi mengelakkan scammers
  • Membantu para komuniti setempat untuk “clear history” penggunaan data di dalam Facebook bagi mengelakkan kecurian data yang memanfaatkan scammers
  • Kaedah pengajaran melalui video di Youtube bagi memudahkan para peserta memahami teknik pembelajaran dan mengaplikasikannya sendiri
  • Memberikan tips-tips berguna kepada komuniti setempat cara-cara untuk lindungi akaun peribadi daripada diceroboh oleh scammers

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Penipuan Kewangan – Setting Facebook Bagi Menggelakkan Scammers
  • Kemudian, petugas memberikan video di Youtube sebagai panduan kepada komuniti setempat untuk “clear history” penggunaan data di Facebook

  • Petugas juga berkongsi tips untuk lindungi akaun peribadi daripada digodam

Galeri Gambar

E-Pembelajaran – Membina Jadual Kelas (classtools.net)

Tarikh

: 20 Mac 2021

Masa

: 11.30 Pagi – 1.30 Tengahari

Lokasi

:  Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan aplikasi secara atas talian untuk komuniti setempat menghasilkan jadual waktu yang lebih efisyen dan kemas
  • Dapat membantu komuniti setempat untuk mengurus masa dengan jadual waktu
  • Memberi tunjuk ajar komuniti setempat untuk menghasilkan jadual waktu secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Classtools.net

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petuas memberi penerangan dan pendedahan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu kelas E-Pembelajaran – Membina Jadual Kelas
  • Kemudian petugas menyediakan laman sesawang aplikasi classtool.net di https://www.classtools.net/
    Petugas menghantar tangkapan skrin (screenshot) dan memberi penerangan cara-cara untuk menggunakan aplikasi ini

    Galeri Gambar


 

Latihan Keusahawanan – Invoice Maker

Tarikh

: 17 Mac 2021

Masa

: 11.00 Pagi – 1.00 Tengahari

Lokasi

:  Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 7 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan mengenai maksud Invoice kepada komuniti setempat iaitu sebuah alat yang memuat daftar barang kiriman yang dilengkapi dengan keterangan nama, jumlah serta harga yang harus dibayar
  • Memberi penerangan mengenai fungsi pentingnya sebuah invoice di dalam urusan perniagaan
  • Menerangkan mengenai manfaat dan kebaikkan yang akan diperoleh sekiranya menggunakan invoice di dalam urusan perniagaan
  • Memberi tunjuk ajar kepada para usahawan cara-cara untuk menghasilkan invoice secara atas talian (online)

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi pendedahan mengenai kelas yang akan dijalankan iaitu Latihan Keusahawanan – Invoice Maker
  • Petugas memberi penerangan mengenai Aplikasi Invoice Generator yang boleh digunakan oleh para usahawan bagi menghasilkan invoice perniagaan secara atas talian
    Kemudian, petugas menghantar kiriman tangkapan skrin (screenshot) ke dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi mengenai cara-cara untuk menggunakan aplikasi Invoice Generator ini

Galeri Gambar