TARIKH : 6 NOVEMBER 2017 (ISNIN)
MASA : 3.45 PETANG – 5.45 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA ULU SEPRI
PESERTA : 7 ORANG
TUJUAN :
- Mendedahkan kepada peserta mengenai jenis-jenis email yang mudah digunakan seperti Gmail & Yahoo mail
- Membina akaun yahoo sendiri bagi kemudahan masa hadapan.
- Mempraktiskan akaun yang telah siap dibina
AKTIVITI :
- Petugas menerangkan mengenai jenis-jenis emel kepada para peserta
- Petugas menerangkan cara-cara mencipta akaun Yahoo yang baharu :
- Buka browser yahoo(yahoo.com.my)
- Pilih “CREATE NEW ACCOUNT”
- Isi borang yang disediakan.
- “CREATE ACCOUNT”
- Petugas menerangkan item-item yang terdapat di dalam Gmail (Compose, Inbox, Sent Item)
- Peserta menghantar email sesama sendiri menggunakan gmail yang telah di bina
TARIKH : 27 OKTOBER 2017
MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG
LOKASI : PI1M ULU SEPERI
PESERTA : 5 ORANG
TUJUAN :
- Membanding bezakan ciri-ciri luaran antara haiwan,.
- Mengelaskan haiwan-haiwan yang mempunyai ciri-ciri luaran yang sama dalam satu kumpulan.
AKTIVITI :
- Petugas menerangkan ciri-ciri haiwan yang ada.
- Peserta diminta mengelaskan haiwan di kelas ciri –ciri yang betul.
- Petugas meminta peserta menggunakan jadual untuk membantu merekod ciri-ciri luaran haiwan.
TARIKH : 20 OKTOBER 2017
MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG
LOKASI : PI1M ULU SEPERI
PESERTA : 9 ORANG
TUJUAN :
- Peserta didedahkan dengan aplikasi terbaru yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti iaitu My Health
- Untuk melahirkan komuniti sihat disamping berpengetahuan IT.
AKTIVITI :
- Petugas memberi penerangan mengenai aplikasi My Health kepada peserta
- Petugas membuat pemeriksaan kesihatan iaitu pemeriksaan tekanan darah kepada peserta
TARIKH : 27 OKTOBER 2017
MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG
LOKASI : PI1M ULU SEPERI
PESERTA : 5 ORANG
TUJUAN :
- Mendedahkan jenis-jenis bank yang terdapat di Malaysia disamping memperkenalkan perbankan dalam talian.
AKTIVITI :
- Petugas menerangkan tentang bank-bank yang terdpat di Malaysia.
- Petugas memnita peserta mencari senarai-senarai nama bank.
- Peserta di tunjukkan perbankan dalam talian seperti Maybank2u.
TARIKH : 18 OKTOBER 2017
MASA : 7.00 PAGI – 2.00 PETANG
LOKASI : PERKARANGAN BILIK KOSPEN & PI1M ULU SEPERI
PESERTA : 84 ORANG
TUJUAN :
- Program yang dijalankan dengan kerjasama KOSPEN & PI1M Ulu Seperi.
- Untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat dengan KOSPEN & PI1M Ulu Seperi.
- Untuk melahirkan komuniti sihat perkasa disamping berpengetahuan IT.
AKTIVITI :
- Program ini dimulakan dengan pendaftaran Pengunjung.
- Aktiviti diteruskan dengan Senaman Aerobik yang diketuai oleh pelatih Zumba kg seperi.
- Selepas itu program diteruskan pula dengan aktiviti berjalan 10 000 langkah diikuti sarapan pagi selepasnya.
- Bagi kanak-kanak bawah 6 tahun aktiviti mewarna dijalankan,manakala kanak-kanak bawah 7-9 tahun dan kanak-kanak 10-12 tahun pula menyertai aktiviti Jigsaw puzzle yang telah dijalankan di Pi1m Ulu Seperi.
- Selepas tamat aktiviti kanak-kanak, taklimat advokasi klik dengan bijak & keusahawanan telah disampaikan oleh Pi1M Ulu Sepri dan dibantu oleh Pi1m Felda Titi dan Pi1m Kuala Klawang.
- Kemudian aktiviti diteruskan pula dengan ceramah “Penyakit Tidak berjangkit” oleh Dr Nadiah Bt Damanhur dari Klinik Kesihatan Jelebu.
- Nyanyian lagu “Negaraku”,Bacaan Doa oleh Imam Masjid Qariah Kg Seperi diikuti dengan ucapan pengerusi KOSPEN Kg Seperi & ucapan pengerusi pegawai Kesihatan Daerah Jelebu selepas ketibaan YB Dato’ Hj Jalaluddin Hj Alias.
- YB Dato’ Hj Jalaluddin Hj Alias. Telah merasmikan Program “MOH SIHAT”.
- Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.