TEBAT SANCTUARY

Sekali pandang macam di Bukit Tinggi, Indonesia. Tapi hakikatnya, lokasi ini terletak di Peradong, Jelebu , Negeri Sembilan. Berkonsepkan melepak santai dan relaks kampung 'style'. Penginapan 'open air', boleh tidur beramai-ramai di atas hamparan tikar, ala-ala balik kampung rumah atok pada hari raya. Tempat ini juga sesuai untuk geng-geng 4 WD serta kelab-kelab 'hiking' untuk bermalam. Terdapat juga kemudahan seperti dorm khas lelaki dan perempuan. Jika anda ingin berendam ,terdapat kolam yang dipenuhi air sungai dan jika anda ingin sesuatu yang lebih mencabar, anda boleh 'hiking' selama 20 minit ke air terjun terdekat.

 kredit : https://www.facebook.com/tebatsanctuary/

LAMAN PADI KG.GAGU.

Antara salah satu tempat dimana terdapatnya rumah kayu yang tesergam indah yang masih mengekalkan reka bentuk Minangkabau.

Pemandangan kawasan kampung ini amat indah dengan diapit oleh bukit bukau, hamparan tanaman padi dan kawasan kebun getah serta dusun.

Kampung Gagu juga lebih terkenal dengan kebudayaan unik yang kebanyakkannya masih mengekalkan adat dan tradisi dari Minangkabau seperti tarian randai, cak lempong dan tari piring (tarinai) untuk upacara nikah kahwin dan menyambut tetamu serta pengunjung.

Laman Padi ini juga sering kali menjadi tempat untuk pasangan pengantin & pengunjung abadikan moment2 yang indah.

kredit : https://www.facebook.com/menarikdijelebu/

PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI JELEBU

 Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Pelancongan telah menjadi aktiviti masa lapang yang popular di seluruh dunia.

 


HOMESTAY KAK YAM

   homestay kak yam

Homestay ini sesuai untuk mereka yang mencari rumah untuk seketika bagi kawasan Titi, pekan Kuala Klawang, Seremban dan kawasan Jeram Gading. Ini membolehkan mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan, percutian keluarga, bilik rehat, merentas hutan di Gunung Besar Hantu dan Gunung Telapak Buruk dan sebagainya di sekitar Negeri Sembilan.

Daftar masuk: 2-6 pm
Semak: 12 tengah hari
** Boleh dipertimbangkan sekiranya daftar masuk awal

- Mingguan dan Bulanan memberi Kadar DISKAUN
- Lebih daripada 3 Malam stay- 10% daripada diskaun

Homestay berdekatan dengan : 

Jeram Toi
Jeram Gading
Pekan Kuala Klawang
Kolej Komuniti Jelebu
MRSM Kuala Klawang
Kolej Vokasional Kuala Klawang
Penjara Jelebu
UPNM Jelebu (KEM TENTERA SG MUNTOH. JELEBU)
UM Jelebu
Seremban
Simpang Durian/Sg Buloh

Homestay is close to:
retail stores, clinics, restaurants, CIMB BANK

sumber : http://www.1malaysiahomestay.com/negeri-sembilan/kuala-klawang/homestay-kak-yam.html

JAFNI VILLAGE HOMESTAY

jafni homestay

jafni picture

ALAMAT :

No. 78, kampung larong, kuala klawang,
Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia
NO TELEFON :
019-212 4224
 

RASA SAYANG ARTISAN INN

rasa sayang inn

13062290 541677816021337 4742432984389260137 n

ARTISAN INN adalah salah satu tempat penginapan yang terdapat di Jelebu Negeri Sembilan.

ALAMAT :

LOT 2074 LADANG JELEBU,TITI NEGERI SEMBILAN

NO TELEFON :

012-3515737

HOURS :

ALWAYS OPEN

TITI ECO FARM

Bagi peminat kepada alam semulajadi dan ingin mencari makanan berasaskan herba anda boleh singgah sebentar di TITI Eco Farm yang terletak tidak jauh dari Hotel Sri Klawang. Kira-kira dalam 15 minit dari hotel. Di TITI Eco Farm terdapat pelbagai tanaman herba dan buah-buahan yang boleh anda lihat. Disini mata anda akan dijamukan dengan panorama bandar Jelebu dari atas bukit.

Di TITI Eco Farm juga ada menjual pelbagai makanan dan minuman berasaskan herba. Jadi ianya sesuai untuk anda yang mementingkan kesihatan tubuh badan. Mungkin kesini juga dapat mencari penawar kepada penyakit yang menghantui diri anda.

sumber : http://www.titieco.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=74&Itemid=75


GUNUNG BEREMBUN, NEGERI SEMBILAN

23 Ogos 1945, pesawat pengebom B-24 berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi 'resupply' pasukan 'Force 136' , namun seminggu kemudian mereka telah dilaporkan terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti (dan mengorbankan semua krew). 
Sebahagian pesawat telah ditemui ada tahun 1996 di Negeri sembilan sebelum 'pencarian rasmi' pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi kedua pada 29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang diserahkan kepada Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dandisemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga krew terlibat.
Gunung Telapak Buruk yang berketinggian 1193meter (3913kaki).Ia terletak di negeri Negeri Sembilan, di timur lebuh raya 86 berhampiran dengan Air Terjun Jeram Toi, kira-kira separuh jalan antara Seremban dan Kuala Klawang.
The path up Gunung Telapak Buruk
Kesan peninggalan sejarah

GUNUNG BESAR HANTU

Gunung Besar Hantu yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 1,461 meter (4,794 kaki).

Gunung Besar Hantu mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora digunung ini yang mempunyai nilai perubatan.


 MUZIUM ADAT

Penubuhan Muzium Adat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Majlis perasmian pembukaan Muzium Adat ini telah diadakan pada 2 Februari 2008 oleh Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Musa bin Wahab bersama-sama dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan. Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu ini terletak kira-kira 30km dari bandar Seremban. Muzium ini mempunyai empat buah galeri utama yang memberi penekanan kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah Beradat".

Koleksi dan Galeri


Galeri Pertama

Galeri Aras Bawah – Pengenalan Adat di Malaysia

Galeri ini menyentuh secara umum tentang pengenalan, definisi dan konsep adat, kategori adat serta masyarakat beradat pelbagai kaum di Malaysia.

Galeri Aras Satu – Kitar Hidup

Paparan tentang adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia termasuk kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta amalan ritual masyarakat di Malaysia serta muzik sebagai manifestasi adat.

.

Galeri Kedua

Galeri Aras Dua – Tradisi Intelektual / Kerajaan dan Kuasa

Aras ini mempamerkan tentang kegiatan intelektual di istana dan rakyat serta institusi Kesultanan Raja-raja Melayu.

Galeri Aras Tiga – Adat Perpatih

Merupakan segmen khusus tentang adat merantau masyarakat Minang dari Tanah Minangkabau sehingga bertapak di Negeri Sembilan dan keutuhan Adat Perpatih dari sudut struktur sosial.

Hari dan Masa Lawatan

Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Bayaran Masuk

Percuma

Lawatan Berpandu

Lawatan berpandu percuma selama satu jam diberi oleh staf Muzium berdasarkan jadual. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan & rombongan sekolah. Sila hubungi 06-6136621 untuk makluman lanjut.

 sumber : http://www.mdjelebu.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/muzium-adat

KUALA KLAWANG INGGERIS MEMORIAL (BATU PERINGATAN INGGERIS)

memorial   

KUALA KLAWANG MEMORIAL (Batu PeringatanInggeris).....satu monumen batu marmar yang dipahatkan dalam ingatan.

"Tapak ini telah dibersihkan oleh orang2 Eropah, Melayu, Jawa, China, Tamil, India dan Singhalese (Ceylon) di Jelebu sebagai tanda sanjungan dan taat setia yang tidak sepertinya kepada Yang Maha Mulia Ratu Great Britain dan Maharani India. Batu peringatan Inggeris Kuala Klawang Jelebu diasaskan secara bergotong royong pada bulan JUN tahun 1807.

Batu peringatan ini didirikan di atas sebuah bukit yang dinamakan bukit undang dan terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Kuala Klawang dan kediaman Dato Undang Abu Bakar Maamor. Dari atas bukit ini dapat dilihat keseluruhan pekan Kuala Klawang.

MAKAM MOYANG SALLEH

. .

Makam Moyang Salleh

              Pada masa Moyang Salleh menjadi Undang Jelebu putuslah perhubungan di antara Jelebu dengan Johor. Jelebu bertukar kepada sebuah luak yang merdeka dan tidak lagi tertakluk di bawah kuasa kerajaan Johor. Zaman Moyang Salleh bin Datuek Matunggang mengandungi banyak cerita lisan, terutama yang layak dikategorikan sebagai lagenda.  

             Sekitar tahun 1725, Datuk Undang Rembau (Orang Kaya Kecil) mempunyai seorang anak perempuan yang sangat jelita bernama Seri Banun dan kecantikannya itu telah termasyhur ke merata-rata tempat. Apabila Sultan Johor mendengar berita kecantikan Seri Banun itu, baginda pun melahirkan hajat untuk meminang si jelita Rembau itu lalu menghantar utusan ke Rembau meminang Seri Banun untuk dijadikan isteri baginda. Tetapi apabila utusan Sultan Johor itu sampai ke Rembau, mereka diberitahu bahawa pinangan Sultan Johor itu tidak dapat diterima kerana Seri Banun telah ditunangkan dengan seorang pemuda di Rembau. Utusan Sultan Johor balik ke Johor lalu mempersembahkan ke bawah Sultan Johor bahawa Seri Banun telah bertunang. Sultan Johor pun murka lalu memerintahkan Orang Kaya Kecil Undang Rembau itu datang menghadap baginda. Undang Rembau enggan mematuhi perintah Sultan Johor dihantarnya seorang anak lelakinya bernama Si Amat menghadap Sultan Johor.

            Apabila Si Amat sampai di Johor dia pun menghadap Sultan Johor tetapi beliau serta-merta dibunuh oleh Sultan itu kerana perintah baginda berkehendakkan Undang Rembau datang sendiri ke Johor telah diabaikan. Berita Si Amat dibunuh Sultan itu menggemparkan seluruh Luak Rembau dan luak-luak yang lain. Apabila berita itu terdengar oleh Moyang Salleh di Jelebu beliau berasa amat aib kerana salah seorang undang luak telah dianiaya dan diberi malu bagaikan ‘dipalit arang di muka'. Setelah memaklumkan pendiriannya kepada Orang Kaya Kecil, Undang Rembau, Undang Jelebu itu lalu mengarahkan angkatannya pergi ke negeri Johor dengan membawa empat orang hulubalang gagahnya yang bernama Tok Beruang Hitam, Tok Laut Api, Tok Bauk dan Tok Gagah Lela Perkasa. Tujuan Moyang Salleh ialah hendak menuntut bela seperti yang disebut dalam Adat Perpatih "Cincang mampas, bunuh beri balas".

            Akhirnya Moyang Salleh pun sampai di Johor Lama lalu menuju ke istana sultan. Rombongan dari Jelebu itu pada awalnya tidak diperkenankan oleh Sultan Johor. Moyang Salleh terus membawa rakan-rakannya duduk di atas sebuah busut di hadapan istana. Sultan tidak membenarkan juga mereka masuk ke dalam istana. Khabar berkata, pada masa itu juga turunlah hujan tidak berhenti-henti. Sultan Johor hairan melihatkan Moyang Salleh mencampakkan bajunya ke udara dan baju itu terus kembang menjadi payung melindungi mereka daripada hujan. Oleh sebab Sultan Johor takut melihat kesaktian itu baginda pun membenarkan rombongan dari Jelebu masuk dan duduk di Balai Melintang. Baginda masih enggan juga membenarkan mereka masuk menghadap.

            Tok Beruang Hitam yang meradang telah memamah-mamah tiang-tiang di istana itu. Tok Laut Api terbatuk-batuk sambil mengeluarkan api berkepul-kepul dari mulutnya. Hingga semua penghuni istana Sultan Johor pedih mata dan cemas. Tok Bauk pula menggoncang-goncangkan istana itu sehingga penghuni istana merasa bagai digoncang gempa bumi. Kerana ketakutan, Sultan Johor lantas meminta supaya Moyagn Salleh serta hulubalangnya masuk menghadap. Anehnya, Moyang Salleh tidak pula membangkitkan isu berkaitan pembunuhan Si Amat anakanda Undang Rembau. Sebaliknya Moyang Salleh menyatakan bahawa kedatangannya itu keran menuntut merdeka supaya Jelebu tidak lagi berada di bawah naungan Johor.

            Keesokan hari dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh Orang Besar-Besar dari Jelebu serta Orang Besar-Besar Johor, Sultan Johor pun mengistiharkan Moyang Salleh menjadi raja dengan gelaran Datuk Mendalika Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu. Mulai dari itu juga Moyang Salleh tidak perlu menyembah mana-mana raja. Moyang Salleh boleh mengeluarkan perintahnya sendiri dalam wilayah perintahnya di Jelebu dan tidak perlu lagi menerima naungan atau perintah daipada Sultan Johor.

 

MASJID KAMPUNG KUALA DULANG

masjid kuala dulang

Masjid Kariah Kampung Kuala Dulang adalah suatu nama yang terkenal dengan sejarah yang unik dan masjid yang tertua di daerah Jelebu, Negeri Sembilan.Lokasi masjid yang dibina pinggir tebing sungai di Kampung Peninjau kira-kira 1 kilometer dari bandar Kuala Klawang. Ia merupakan masjid yang tertua di daerah Jelebu. Dato’ Nika dan Mudin Katib Raja dikatakan sebagai pengasas dan pendakwah dari Minangkabau yang mula-mula menyebarkan agama Islam di Jelebu. Kedua-duanya juga dianggap peneroka yang membuka Kampung Peninjau.Masjid Kuala Dulang yang asalnya sebuah bangsal beratapkan ijok yang menjadi tempat pendakwah itu berteduh. Didirikan pada abad ke-16, iaitu zaman awal kedatangan Islam ke Jelebu. Pada awalnya, sudah tentu pembinaannya tanpa menggunakan paku.Masjid lama ini juga mempunyai kisah misteri yang melibatkan asal usul nama masjid Kuala Dulang ini. Peristiwa kehadiran dulang yang berisi makanan dan tidak diketahui siapa yang menghidangkannya. Yang anehnya, seramai manapun jemaah yang hadir, makanan itu tetap cukup tanpa perlu ditambah untuk semua termasuk musafir. Kejadian itu berlarutan berberapa tahun sehinggalah kemudiannya dulang itu hilang begitu sahaja tanpa diketahui siapakah empunyanya.Pada hari ini, masjid ini masih lagi digunakan dengan aktif. Walaupun beberapa perubahan telah dilakukan terhadap masjid ini, keaslian struktur asalnya masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini.Cerita lama yang diperkatakan mengenai keistimewaan masjid berkenaan hingga menyebabkan ramai orang datang termasuk dari luar negeri ini yang singgah dan bermusafir di masjid ini.Setakat ini, tidak ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti berbentuk khurafat di masjid dan kawasan sekitarnya, sebaliknya kebanyakan yang datang hanya untuk beribadat.Penulis mendengar sendiri kisah yang diceritakan oleh Mat Zain Yaacob selaku Pengerusi Masjid dan Imam II Kariah Kuala Dulang, Abu Zarin Maarof. Tabuh yang diperbuat daripada kayu hutan dan kulit lembu untuk diketuk bagi memberitahu masuk waktu sembahyang juga masih dikekalkan. Usia peralatan tabuh itu dikatakan sama dengan usia masjid iaitu pada abad ke-16.Penulis juga bertanya kepada Pengerusi Masjid Kuala Dulang mengenai banjir yang melanda kawasan itu pada masa dulu. Banjir besar berlaku dua kali iaitu sebelum merdeka dan pada awal tahun 70-an. Ramai penduduk yang pelik dengan keajaiban itu kerana masjid berkenaan terletak di tepi tebing sungai sedangkan semua rumah penduduk ditenggelami air hingga paras pinggang.“Ada seperti ranting kayu di sungai ketika itu. Ia seolah-olah mengalihkan air banjir dari masuk ke kawasan masjid”.Begitulah kisahnya rumah Allah yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Apa yang perlu dilakukan adalah terus beribadat di rumah Allah. Jagalah hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan Manusia..

sumber :http://denai.my/masjid-kampung-kuala-dulang/


STUMBLE UPON STREET ART TITI

Tanda utama yang pertama tamadun kita dihadapi apabila menuruni gunung adalah bandar kecil yang dinamakan Titi. Ini kawasan kediaman yang terdiri dari majoriti Hakka seperti mana-mana bandar-bandar Cina lama yang lain di Malaysia di mana jalan utama dipenuhi dengan deretan rumah kedai sebelum perang di mana kopitiam sentiasa dipenuhi dengan penduduk tempatan melepak dari sarapan pagi untuk sarapan lewat pagi. tanglung merah yang menghiasi jalan-jalan menunjukkan bahawa suasana Tahun Baru Cina masih sekitar manakala seni jalanan lagi menaungi politik yang dilaksanakan dengan baik (lihat galeri di sini) menghidupkan dan watak untuk sebuah bandar dengan masa lalu yang huru-hara.

"Boy Pulling A Giant Pineapple," one of the many street art found in Titi.

“Boy Pulling A Giant Pineapple,” salah satu street art yang ada di Titi.

sumber : https://danontheroad.wordpress.com/2015/03/09/jelebu-negeri-sembilan-a-drive-to-the-other-minang-hinterland/

KEM BUKIT PERJUANGAN

kem bukit pejuang

Kem Bukit Perjuangan atau dahulunya dikenali sebagai Kem Rumah Bukit, Chalin dimiliki sepenuhnya oleh Bukit Perjuangan Enterprise yang diuruskan oleh En. Rosmadi Bin Ariff.

Pada asalnya, masyarakat sekitar mengenali tempat ini dengan nama Dusun Bakhil, Kem Bukit Chalin dan Kem Rumah Bukit sebelum ianya ditukar kepada Kem Bukit Perjuangan.

Pada pemulaannya, kawasan ini hanyalah merupakan kawasan penternakan kambing dan juga tempat berkumpul kaum keluarga ketika musim cuti persekolahan dan juga musim buah.

Beberapa pandangan telah dilontarkan agar kawasan ini dibuka kepada orang lain yang berminat untuk mengalami pengalaman perkhemahan. Oleh sebab itulah, tempat yang asalanya kandang kambing ini dinaiktaraf dengan beberapa kemudahan dan seterusnya dijadikan sebagai salah satu tempat pilihan untuk aktiviti rekreasi. Secara tidak lansung, masyarakat dapat mengalami sendiri suatu pengalaman yang berbeza semasa berada disini.

Kem Bukit Perjuangan menyediakan kemudahan:
*4 Buah Chalet
*1 Dewan Terbuka
*Tapak Perkheman
*Tandas Awam
*Pengangkutan

Para pengunjung boleh memilih sama ada untuk melakukan aktiviti darat atau air. Antara aktivitinya adalah :
*Bermain Pelampong(Tubing)
*Berakit(Rafting)
*Berkayak(Canoe)
*Jungle Trekking ke Air Panas
*Mendaki Gunung Besar Hantu
*Eksplorasi Gua
*Ikhtiar Hidup(Survivor)
*Melawat Air Terjun Lata Kijang
*Bersama Masyarakat Orang Asli
*BBQ, Unggun api & lain-lain aktiviti yang bersesuaian

Maklumat lanjut boleh hubungi :

Alamat lokasi :

Kem Bukit Perjuangan Kampung Chalin,

71650 Kenaboi, Jelebu Negeri Sembilan

No. Telefon : 013-6121031(En. Rosmadi Bin Ariff)

sumber : https://www.facebook.com/Kem-bukit-perjuangan-404351933088162/

RENAL PARK

renal

taman rekreasi yg mempunyai suasana hutan sebenar. ‪#‎mandisungai‬ ‪#‎atv‬ Rm25 ‪#‎paintball‬ Rm30 ‪#‎memanah‬ Rm10 ‪#‎mountainbike‬ Rm10 eratkan hubungan kekeluargaan anda. Track kami mmg lasak giler. Renal park, jelebu,n.sembilan.

Alamat :

Renal Park kg Renal Ulu klawang, 71600 Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Telefon :

019-682 1220

sumber :  https://www.facebook.com/Renal-Park-1107574102597625/

JERAM ENGGANG

JERAM ENGGANG WATERFALL

Nama Tempat : Jeram Enggang, Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan

Jarak Perjalanan : 12KM dari Pekan Kuala Klawang.

Masa Perjalanan : 1/2 jam dengan menaiki 4WD (4 x 4)

Laluan : Melalui perkampungan Melayu, Perkampungan Orang Asli, Dusun dan Hutan Semulajadi

Aktiviti : Perkemahan, Berkelah, Menjala di kawasan Jeram, Membuat Unggun Api, Trekking ke Gunung
Telapak Buruk dan juga Trekking ke Air Terjun Jeram Enggang.

Aktiviti Tambahan : Karaoke, Acara Sukaneka, Trek 4 x 4 (Bagi group 4x4), Menikmati buah-buahan tempatan(durian yang baru jatuh dari pokok (mengikut musim)),Belajar mengenali hutan, belajar ikhtiar untuk hidup didalam hutan seperti membina  pondok dari kayu hutan, belajar menyumpit (survivor cara orang asli), mengenali pokok yang boleh diminum airnya dan macam-macam lagi.

Tempat ini sesuai untuk sesiapa sahaja termasuklah bayi yang masih lagi didalam buaian.

Acara perjumpaan yang lazim dilakukan seperti Family Gathering, Reunion, Kelab,Persatuan, Syarikat-Syarikat, Kilang-Kilang, Pejabat dan Hari Keluarga juga boleh di jalankan disini. Ianya dapat membawa kelainan lain dari yang lain.

Tapak Khemah :
Di Bahagian Bawah dikenali sebagai ~ Jeram / Air Terjun 3 Lapis
Di Bahagian Atas dikenali sebagai ~ Jeram / Air Terjun Enggang
Di Bahagian Tengah dikenali sebagai ~ Jeram / Air Terjun Anak Kecil

Makanan juga disediakan oleh pembantu kami iaitu:
* Puan Rudiah Binti Hj Abd Kadir
* Puan Rudiah Binti Mat Nor
(anda tidak perlu risau tentang perut anda kerana semuanya ada di sediakan...heheheh)

Aktiviti seperti sukaneka pula di kendalikan oleh  Encik Kamaruzaman Bin Abd Latip (Orang Belia kwsn)

Pembantu Pengangkutan dikendalikan oleh  Encik Azman Bin Mat Taib dan Encik Azlan Bin Mohd Ali.

Pembantu Arah (Trekking) dikendalikan oleh Encik Ery Hunter berserta dengan yang lain.

sumber : http://jeramenggang.blogspot.co.uk/p/informasi-penuh-jeram-enggang.html

TAMAN ALAM LIAR LEMBAH JEMALOI

      Slide2 

Taman Alam Liar Negeri terletak di Lembah Jemaloi yang meliputi kawasan Hutan Simpan Kenaboi mempunyai keluasan kira-kira 9 450 ha. Kawasan ini dimonopoli oleh dirian Hutan Dipterokarp Tanah Tinggi dan Hutan Buluh. Kawasan hutan terutama di persekitaran Lata Kijang Masih lagi berstatus hutan dara yang mempunyai ketinggian 400 – 500m dari paras laut. Lembah Jemaloi dilihat sebagai kawasan tadahan air yang penting untuk komuniti di hiliran yang majoritinya terdiri daripada Orang Asli. Terdapat 3 buah perkampungan orang asli di taman ini iaitu Kg Tohor, Kg London dan Kg Bertam

Konsep Pembangunan:
Secara keseluruhannya konsep pembangunan dan rekabentuk yang dirancang adalah berdasarkan kepada gabungan elemen-elemen semulajadi dan bersesuaian dengan konsep “Wilderness Exposure and Experience” di mana bahan-bahan pembinaan yang digunakan lebih berasaskan kepada penggunaan kayu dari jenis Kayu Keras Berat [Heavy Hard wood (HHW)] agar pembinaan yang dibangunkan lebih harmoni dengan persekitaran semulajadi. Namun begitu, penyelenggaraan yang kerap masih perlu dilakukan agar kemudahan yang disediakan sentiasa dalam keadaan selesa dan selamat

Aktiviti/Perkhidmatan:
Tandas, Pejabat, Kantin, Penginapan, Bangunan Pameran, Ruang Pembelajaran, Air Terjun Lata Kijang setinggi 80m, Gua Semong, Gua Harimau, Gunung Besar Hantu, Habitat Rama-rama Rajah Brooke, Jeram Berungut (tagal kelah), Perkampungan Orang Asli, PerkhemahanUntuk ke sini:Pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri/teksi/bas sehingga ke Pekan Kuala Klawang. Hanya kenderaan 4x4 sahaja yang boleh memasuki kawasan ini

Sebarang Pertanyaan sila hubungi:
Rejabat Renjer Hutan Jelebu
71600 Kuala Klawang,
JelebuTel : 06-6136500

  

JERAM GADING RESORT

          

 Pengenalan

 Jeram Gading Resort terletak di Mukim Kenaboi, daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Nama Jeram Gading diperolehi bersempena dengan gading-gading  gajah yang dipercayai banyak ditemui di situ suatu ketika dahulu.

 Jeram Gading Resort dikelilingi oleh hutan hujan tropika dan juga jeram dengan air yang mengalir jernih dan nyaman.  Suasana tenang dan damai yang boleh diperolehi disitu amat sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan minda.

 Untuk anda yang sukakan cabaran, Jeram Gading Resort juga turut menyediakkan “jungle trekking” bagi anda menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di sekitar tempat itu. Malah “trek” tersebut juga boleh membawa anda ke kawasan air terjun yang terletak tidak jauh daripada Resort.

 Bagi anda yang berkeluarga, yang ingin mencari tempat yang sesuai untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan keluarga anda, maka Jeram Gading Resort adalah salah satu destinasi pilihan yang sesuai.  Kedudukannya yang terletak jauh dari kesibukkan kota amat sesuai dijadikan sebagai destinasi percutian ataupun “family retreat”.  Anak-anak anda sudah tentu pasti suka dengan air jeram yang sejuk dan nyaman di samping mendedahkan mereka dengan keindahan serta kepentingan menjaga alam sekitar daripada pencemaran.  Walau bagaimanapun sila pastikan anak-anak anda berada dibawah pengawasan anda sepanjang masa, baik semasa mandi-manda ataupun semasa melakukan aktiviti-aktiviti lain di sekitar kawasan ini.

 Jeram Gading Resort juga turut menyediakan chalet bagi mereka yang ingin bercuti disamping merasai suasana bermalam di dalam hutan dan sudah pastinya anda akan mendapat pengalaman baru apabila bermalam di sini.

 Antara aktiviti-aktiviti lain yang sesuai di adakan di jeram Gading Resort adalah seperti berikut ;

  • Hari Keluarga
  • Kem Motivasi
  • Team Building
  • Outdoor Activity

Jeram Gading Resort merupakan milik Majlis Daerah Jelebu dan operator pengendali kepada resort ini adalah Biduanda Holiday Sdn Bhd.

   

sumber : http://jeramgadingresort.com.my/ 

JERAM LATA KIJANG

  Image may contain: 2 people, plant, sky, tree, outdoor, nature and water

Sekiranya anda mahu pengalaman yang lebih mencabar, Hutan Lipur Lata Kijang boleh dimasukkan dalam senarai lokasi wajib dilawat. Untuk info, Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha. Terletak 48 km dari pekan Kuala Klawang dan 78 km dari Seremban, tarikan utama lokasi ini adalah air terjun setinggi 80 meter yang merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan. Juga diletakkan dibawah seliaan  Pejabat Hutan Daerah, produk pelancongan ini menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang serta dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Amat sesuai bagi pencinta alam dan para penyelidik berikutan keunikan Hutan Lipur ini  adalah dari sudut spesies tumbuhan-tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain.

 sumber :http://sungaikenaboi.blogspot.my/2009/07/lata-kijang.html

KEM D'AGROLOKA: KONSEP PELANCONGAN DUA DALAM SATU.

JELEBU  - Kem D'Agroloka memiliki keunikan tersendiri dengan menawarkan konsep pelancongan dua dalam satu iaitu agro dan eko kepada para pengunjungnya.

Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Zaidi Kasim berkata, kem tersebut merupakan salah satu produk pelancongan tumpuan yang popular di negeri ini.

"Kem ini bukan sahaja terletak di lokasi amat strategik bagi pengunjung menikmati persekitaran yang kaya dengan kehijauan, malah dikelilingi dusun buah-buahan.

"Apa yang menarik, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis buah-buahan khususnya ketika musim durian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, produk pelancongan itu semakin mendapat sambutan menggalakkan terutamanya daripada pelajar, penuntut universiti serta sektor swasta dan kerajaan.

"Kem ini juga mempunyai kemudahan lengkap untuk kumpulan peserta terbabit melakukan pelbagai aktiviti riadah.

"Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan termasuk rentas hutan, rentas alam semula jadi, Gladiator Game, berakit, berkolek, memancing, menyeberang sungai, roda cabaran, lubuk harta karun, terowong katak kongkong serta titian getir," katanya.

, aktiviti lain yang boleh dijalankan di kem D'Agroloka adalah merentas belantara pada waktu siang dan malam, berakit, memancing dan sebagainya.

Difahamkan, purata pengunjung yang datang ke kem ini dalam setahun antara 6,000 dan 7,000 orang.

Pemilik kem, Datuk Shamsul Bahari Mat berkata, tempahan untuk program hujung minggu sudah pun penuh sehingga bulan Jun ini.

Katanya, pihaknya turut menyediakan khidmat fasilitator, jurulatih dan urus setia dalam mengendalikan program.

"Ada juga pihak institusi pengajian tinggi datang ke sini untuk menjalankan kajian terhadap tumbuhan, khususnya buah-buahan dan menulis jurnal untuk bacaan ilmiah," katanya.

JELEBU ATV PARK

 jelebu atv

Perkataan ATV ini adalah singkatan kepada All-Terrain Vehicle yang merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak. Kadang-kadang ATV juga didatangkan dengan enam tayar selain empat tayar yang kebiasaannya korang lihat. Kalau korang nak tau, ATV juga dikenali sebagai Quad, Quad Bike, Three Wheeler atau Four Wheeler yang telah didefinisikan sebagai sebuah kenderaan menggunakan tayar yang bergerak pada tekanan rendah. Seperti namanya iaitu ATV, ia direka untuk menanggani pelbagai cabaran yang berbeza daripada kenderaan-kenderaan lain. Walaupun ia merupakan kenderaan yang dilarang untuk digunakan di atas jalan raya, namun di sesetengah negara barat, walaupun diharamkan tapi masih boleh digunakan di atas jalan raya contohnya di negara Australia, Amerika, Kanada dan United Kingdom. 

Untuk maklumam , sebenarnya ATV telah lama bertapak di Malaysia dan jika korang perasan semakin hari, semakin banyak tempat-tempat rekreasi yang menawarkan perkhidmatan untuk aktiviti ATV ini. Bukan hanya pengusaha pusat rekreasi, malah pengusaha hotel dan resort juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan aktiviti ekstrem ATV ini sebagai salah satu tarikan yang ditawarkan di tempat mereka. Seperti mana negara lain, ATV juga dilarang untuk dipandu di atas jalan raya Malaysia.

ATV dilihat kian menjadi satu trend kepada anak-anak muda yang gilakan cabaran dan kepuasan melalui aktiviti ekstrem seperti ini.

ALAMAT :

BATU 18 1/4 KAMPUNG ULU KLAWANG, JELEBU NEGERI SEMBILAN

NO TELEFON :

014-2229127

 sumber :https://www.facebook.com/Jelebu-ATV-Park-1008629405837180/

 

MINI STADIUM

        Maklumat :

Pembinaan Mini Stadium yang masih sedang berjalan dijangka siap pada bulan Ogos 2007 bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50.
Berkonsepkan kesinambungan warisan yang mengekalkan ciri-ciri Minangkabau sebagai imej utama, ia bukan sahaja bakal memberi keselesaan kepada orang ramai malah memberi kebanggaan kepada warga Jelebu di atas pembinaannya.

sumber : http://www.mdjelebu.gov.my/web/guest/kemudahan