|
|
Tarikh |
: 15 Februari 2024 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengajar para usahawan mereka desain sticker yang menarik untuk menarik perhatian para pelanggan
- Mengurangkan kos perbelanjaan pemasaran untuk perniagaan para usahawan
- Untuk menjenamakan serta mempromosikan produk usahawan-usahawan Ulu Seperi
- Sebagai taktik pemasaran yang berkesan untuk menarik pelanggan ke bisnes
AKTIVITI:
- Petugas mengadakan kelas bimbingan rekabentuk label pelekat pada produk para usahawan
- Para usahawan diberi tunjuk ajar untuk menggunakan platform Canva untuk membuat rekacipta hasil tangan mereka
- Petugas memberi contoh maklumat yang perlu ada pada pelekat label mengikut kesesuaian sesebuah produk
-
- Akhir sekali, petugas juga menyediakan khidmat mencetak label produk mereka tersebut untuk ditampal pada produk jualan
|
|
Tarikh |
: 15 Februari 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 05.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mendapatkan maklumat motor halus peserta melalui kegiatan menganyam
- Mengadakan aktiviti yang menyenangkan untuk mengisi waktu lapang dan penghilang kebosanan
- Meningkatkan tahap kerajinan tangan peserta untuk menghasilkan anyaman
-
- Peserta belajar memiliki hobi yang mendatangkan faedah yang memilik nilai jual seperti hiasan dinding, beg, dompet dan sebagainya
AKTIVITI:
- Petugas membuka video tutorial cara membuat origami ikan dengan mudah dari laman Youtube dengan pautan https://www.youtube.com/watch?v=vv6I5so2nyQ
- Petugas seterusnya menyediakan kertas, gunting dan juga pensel kepada para peserta
- Para peserta membuat anyaman origami ikan mengikut tutorial daripada laman Youtube sebentar tadi
-
- Akhir sekali, peserta menambahkan corak seperti sirip, sisik, mata dan juga lukisan mulut pada ikan mereka
|
|
Tarikh |
: 12 Februari 2024 |
Masa |
: 02.30 Petang - 03.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Melatih pelajar menggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti memuat turun gambar melalui Google Image
- Memahirkan peserta menggunakan papan kekunci dan juga tetikus dalam proses pembelajaran
- Menyediakan kemudahan internet untuk membantu peserta mendapatkan gambar dari internet dengan mudah
- Menggalakkan pelajar menggunakan komputer dan jaringan internet yang disediakan di PEDi Ulu Seperi
AKTIVITI:
- Petugas mengadakan kelas asas ICT bersama-sama komuniti di Ulu Seperi untuk menambahkan ilmu kemahiran komputer
- Pertama sekali, petugas menerangkan intipati kelas yang diadakan pada hari ini
- Para petugas memberikan tunjuk ajar kepada para peserta cara untuk memuat turun gambar melalui Google Image
- Akhir sekali, peserta juga diajar menamakan semula imej yang dimuat turun dan disimpan di dalam folder yang dicipta oleh mereka sendiri
|
|
Tarikh |
: 14 Februari 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 05.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengajar usahawan membuat kad perniagaan menggunakan Canva
- Mendedahkan pengetahuan menyunting gambar dan merekabentuk menggunakan platform Canva
- Melahirkan usahawan kecil yang tampak lebih profesional dengan mencipta kad perniagaan untuk mereka
-
- Mencipta identiti usahawan di Ulu Seperi dengan menghasilkan kad perniagaan
AKTIVITI:
- Petugas mengadakan sesi merekabentuk kad nama dengan menggunakan Canva
- Usahawan dibimbing langkah demi langkah cara mencipta kad perniagaan mereka sendiri
- Usahawan juga diajar untuk mencipta keunikan pada kad perniagaan mereka dengan paparan Kod QR untuk mudah diakses oleh para pelanggan
- Kod QR tersebut membenamkan kad perniagaan dengan butiran seperti alamat e-mel, nombor telefon dan juga pautan media sosial perniagaan mereka
|
|
Tarikh |
: 07 Februari 2024 |
Masa |
: 02.30 Petang - 03.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Membantu menyusun dan mengatur nota dengan lebih efektif dan efisien
- Mengaitkan hubungan antara topik dan subtopik dalam sesuatu subjek pembelajaran melalui gambaran visual
- Menghubungkan bit untuk setiap topik dalam membentuk hierarki yang mudah untuk difahami dan diingati
-
- Membantu peserta untuk belajar secara visual atau pemerhatian
AKTIVITI:
- Petugas di PEDi Ulu Seperi mengadakan kelas pemantapan asas komputer bersama komuniti di PEDi Ulu Seperi
- Petugas mengajar para peserta untuk menggunakan platform Canva untuk mencipta peta minda yang menarik
- Seterusnya, petugas memberikan nota ringkas ‘Rukun Wudhu’ kepada para peserta untuk dijadikan peta minda
-
- Para peserta mencipta peta minda mereka sendiri dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas