|
|
Tarikh |
: 05 Mac 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: NaDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Para pengguna menggunakan kemudahan komputer serta jaringan internet untuk mendapatkan maklumat
- Memberi rujukan kepada pengguna bahawa bahan ilmiah yang didapatkan adalah melalui sumber yang dipercayai
- Menambah ilmu pengetahuan para pengguna dengan carian yang dilakukan di internet
-
- Pengguna dapat mengurangkan kegiatan plagiat mencari sumber rujukan di internet
AKTIVITI:
- Pengguna hadir ke NaDi Ulu Seperi untuk meyelesaikan tugasan persekolahan dan juga kerja-kerja kursus mereka
- Mereka menggunakan kemudahan yang disediakan seperti jaringan internet, tablet dan juga komputer di NaDi Ulu Seperi
- Antara laman web yang digunakan untuk mencari bahan ilmiah adalah seperti Sribd, Anyflip.com, Google Scholar, eLib, eBook dan lain-lain
- Pelajar berjaya menyelesaikan tugasan mereka dengan maklumat tambahan yang diperoleh melalui laman internet
|
|
Tarikh |
: 04 Mac 2024 |
Masa |
: 02.30 Petang - 03.30 Petang |
Lokasi |
: NaDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mempelajari cara untuk menggunakan aplikasi canva
- Mendaftar akaun canva
- Memilih template yang sesuai untuk melakukan proses suntingan mengikut citarasa pengguna
-
- Menyimpan dan memuat naik hasil kerja
AKTIVITI:
- Petugas mengadakan kelas suntingan Canva bersama komuniti di PEDi Ulu Seperi
- Kelas suntingan ini adalah untuk menyunting kad ucapan ‘Selamat Berpuasa’ sempena sambutan di Bulan Ramadhan
- Peserta yang menghadiri kelas telah mempunyai akaun Canva mereka sendiri dan belajar menyunting kad ucapan melalui akaun masing-masing
-
- Di akhir kelas, mereka memuat turun kad ucapan yang telah siap dan menyimpannya di Whatsapp masing-masing untuk sedia dikongsikan kepada kenalan mereka
|
|
Tarikh |
: 02 Mac 2024 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: NaDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengukuhkan pengetahuan pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik
- Pelajar mengetahui bahan dan alatan yang diperlukan untuk menghasilkan tangan robotik yang berjaya
- Mempersiapkan diri pelajar untuk mempunyai kemampuan berfikir aras tinggi pada masa hadapan
- Meningkatkan tahap kreativiti peserta untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif
AKTIVITI:
- Petugas mengadakan kelas STEM Tangan Robotik untuk menekankan elemen praktikaliti dan realiti dalam diri peserta
- Petugas menjelaskan hubungkait pelajaran STEM Tangan Robotik dengan persekitaran dan kehidupan mereka seharian
- Para peserta menonton video di pautan Youtube https://www.youtube.com/watch?v=CzH9jSd2EAY yang ditayangkan oleh petugas
- Mereka memahami fakta-fakta sains, matematik dan juga mendalami fahaman mengguna dan merekacipta teknologi
|
|
Tarikh |
: 03 Mac 2024 |
Masa |
: 02.30 Petang - 03.30 Petang |
Lokasi |
: NaDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengajar para peserta untuk menerapkan kmahiran papan kekunci iaitu menaip tanpa melihat papan kekunci
- Boleh digunakan untuk melakukan perisian pemprosesan data, pangkalan data, pencarian maklumat, mengirim e-mel dan menghantar komunikasi pesanan segera
- Boleh digunakan sebagai satu kemahiran apabila memasuki alam pekerjaan kelak
-
- Meningkatkan kebolehan menggunakan komputer dengan cekap dengan meydiakan laporan yang sempurna
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan membuka laman web e-pembelajaran Turtle Diary di pautan https://www.turtlediary.com/game/rapid-typing.html
- Kemudian, peserta memahamkan arahan yang diberikan di ruang permulaan permainan pembelajaran Rapid Typing Game
- Setelah itu, mereka memilih ‘level 1’ sebagai permulaan pemanasan jari dan persediaan sebelum ke tahap yang lebih sukar
- Peserta menaip sebanyak 20 perkataan dengan cepat dan merekodkan masa, ketepatan, kelajuan serta perkataan yang tertinggal semasa mereka menaip
|
|
Tarikh |
: 01 Mac 2024 |
Masa |
: 02.30 Petang - 03.30 Petang |
Lokasi |
: NaDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memberi pendedahan awal kepada peserta tentang perkakasan komputer dan kegunaannya
- Mendedahkan peserta kepada kepentingan penggunaan komputer pada masa kini
- Mengetahui perkembangan pengetahuan peserta mengenai komponen komputer
- Memastikan para peserta mengetahui dan memahami setiap perkakasan komputer mempunyai peranan penting untuk keberfungsian komputer tersebut
AKTIVITI:
- Para peserta dipertontonkan dengan layar Youtube melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=lNr1QfZ-E6A bertajuk ‘Kenali Komputer’
- Peserta didedahkan dengan asas mengenai komponen-komponen komputer dan kegunaan komputer
- Mereka juga dididik untuk menjaga sikap ketika menggunakan komputer
- Kelas diakhiri dengan sesi soal jawab antara tenaga pengajar dan juga para peserta