1. Asas Keusahawanan: Permohonan Cap Dagangan

Tarikh

: 21 April 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Menjelaskan maksud dan fungsi cap dagangan dalam sesebuah perniagaan
  • Mengajak usahawan beramai-ramai memohon label cap dagangan melalui laman web rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
  • Mengajar para usahawan menyenarikan spesifikasi barangan dan perkhidmatan yang berkaitan didalam permohonan
  • Menjelaskan kepada para usahawan mengenai 45 pengkelasan barangan dan perkhidmatan yang disediakan

 

AKTIVITI:

 

Galeri gambar


 

                                                  1. Asas Keusahawanan: Permohonan Paten

Tarikh

: 20 April 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Maklumat merangkumi informasi mengnai permohonan bagi melindungi harta intelek
  • Mencipta hak eksklusif ke atas sesuatu produk jualan atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah
  • Mendedahkan para usahawan kepada laman web Myipo bagi permohonan paten di pautan https://www.myipo.gov.my/ms/memohon-paten-inovasi-utiliti/
  • Membimbing usahawan menyediakan pemfailan permohonan paten untuk dimuat naik semasa proses pemfailan

 

AKTIVITI:

  • Menyediakan semua dokumen seperti Data Prioritu, Borang 17, Borang 5 atau Borang 5A dan lain-lain dalam format digital
  • Memuat naik dokumen Penerangan dan Tuntutan semasa pemfailan dilakukan
  • Mengasingkan spesifikasi seperti Tuntutan, Abstrak, Penerangan dan Lukisan ke dalam fail yang berasingan
  • Memasukkan ID Digital untuk disertakan sekali dengan permohonan para usahawan

 

Galeri gambar


 

                                                  1. Asas Keusahawanan: Pelesenan Perniagaan

Tarikh

: 18 April 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memastikan semua kegiatan perniagaan usahawan di Ulu Seperi dilesenkan untuk tujuan pengawalan dan pematuhan syarat perniagaan
  • Memastikan peniaga mematuhi syarat pelesenan bagi menjamin kualiti pkhidmatan yang disediakan
  • Merancang dan mengawal aktiviti pelesenan para usahawan supaya mencapai tahap pengurusan yang cekap dan berkualiti
  • Memperkasa penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan yang berkesan

 

AKTIVITI:

  • Mendedahkan para usahawan ke laman web pelesenan di portal rasmi MalaysiaBiz
  • Membantu pendaftaran perniagaan para usahawan sebelum memohon lesen perniagaan mereka
  • Memohon lesen perniagaan mengikut kategori kumpulan yang terdiri daripada lesen-lesen am, lesen khusus industri/sektor dan juga lesen khusus aktiviti

 

Galeri gambar


 

                                                    1. Soft Skills: Strategi Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Tarikh

: 19 April 2024

Masa

: 02.30 Petang – 03.30 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang berkesan
  • Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri
  • Mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri
  • Mendedahkan peserta dengan pemikiran tentang maklumat dan penyaringan antara maklumat yang sahih dan tidak benar

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penjelasan maksud istilah maklumat dan juga ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah maklumat
  • Peserta juga didedahkan dengan set kemahiran literasi maklumat seperti tutorial dalam talian, penggunaan teknik bekerja dalam kumpulan dan lain-lain
  • Terdapat tiga komponen asas yang menjadi piawaian literasi maklumat iaitu akses, penilaian dan juga penggunaan maklumat
  • Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran

 

Galeri gambar


 

                                                  1. STEM iOT: Membina Self Balancer

Tarikh

: 17 April 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 5 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pengalaman kepada peserta bagaimana self balancer boleh seimbang walaupun ada pemberat
  • Menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui model binaan self balancer peserta
  • Memperkasakan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
  • Menyampaikan idea dan mencuba secara praktikal dalam menyelesaikan masalah bukan setakat menghafal fakta atau teori saintifik semata-mata

 

AKTIVITI:

  • Petugas membuka video tutorial bertajuk ‘Cara Buat Self Balancer Tahun 6’ di laman Youtube melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=I3Utn7gZOIk
  • Para peserta menonton video tutorial terlebih dahulu sebelum mula membina binaan self balancer mereka untuk mendapatkan idea
  • Antara bahan yang digunakan adalah lidi, getah, pita pelekat dan juga duit syiling
  • Peserta menguji self balancer mereka masing-masing sama ada mencapai keseimbangan ataupun tidak semasa diletakkan di hujung jari

 

Galeri gambar