|
|
Tarikh |
: 21 Mei 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memahami dengan lebih baik keperluan dan preferensi pasaran berdasarkan faktor geografi seperti lokasi, iklim dan budaya tempatan
- Usahawan dapat menyesuaikan produk mereka dengan keperluan tempatan
- Mengurangkan risiko kerana mereka dapat membuat keputusan perniagaan yang lebih tepat berdasarkan pemahaman mendalam tentang keadaan geografi setempat
- Meningkatkan penyampaian produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih cekap, mengoptimalkan rangkaian bekalan dan pengedaran untuk mencapai pelanggan secara lebih efisien.
AKTIVITI:
- Petugas menerangkan konsep petunjuk geografi termasuklah penekanan pada pentingnya memahami faktor-faktor geografi seperti lokasi, iklim dan budaya dalam perniagaan
- Peserta mengenal pasti pasaran berpotensi berdasarkan petunjuk geografi yang diberikan
- Peserta mengadaptasi produk mereka untuk menyesuaikan dengan keperluan dan budaya tempatan berdasarkan petunjuk geografi
- Aktiviti terakhir melibatkan perbincangan dalam kumpulan tentang strategi pemasaran dan jualan berdasarkan petunjuk geografi tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengoptimalkan penjualan di pasaran sasaran
|
|
Tarikh |
: 19 Mei 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Menyediakan perlindungan dari segi fizikal produk dan juga keselamatan sesuatu produk
- Memasarkan produk perniagaan dengan cara yang betul dan sah dengan menyediakan label yang betul pada pembungkusan makanan
- Usahawan belajar memaparkan logo-logo yang perlu ada pada pelabelan makanan seperti pensijilan Halal, Mesti, HACCP dan lain-lain
- Mematuhi peraturan pembungkusan makanan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985
AKTIVITI:
- Petugas memberi galakan dan dorongan kepada usahawan kecil berkaitan inovasi pembungkusan produk makanan
- Para usahawan belajar meningkatkan nilai produk dengan membezakan pembungkusan yang mempunyai ciri-ciri unik dan kreatif untuk menarik emosi pengguna
- Usahawan juga didedahkan untuk membandingkan tawaran produknya daripada pesaing dengan menonjolkan keunikan tersendiri serta menguasai pasaran
|
|
Tarikh |
: 17 Mei 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengadakan aktiviti kraftangan mencipta frame gambar menggunakan batang aiskrim
- Memupuk daya imginasi yang tinggi kepada peserta
- Peserta belajar menggunakan bahan terpakai untuk menghasilkan sesuatu kraftangan yang menarik
- Dapat menjimatkan kos daripada membeli terus di kedai untuk memiliki frame gambar
AKTIVITI:
- Para peserta menonton tutorial ‘DIY photo frame with popsicle sticks’ melalui laman Youtube iaitu https://www.youtube.com/watch?v=lWEex1dOuVo
- Seterusnya, petugas membahagikan batang aiskrim kepada para peserta untuk dijadikan frame gambar
- Para peserta melekatkan batang aiskrim mereka seperti yang ditunjukkan di dalam video tutorial
- Mereka mencipta frame gambar yang cantik dengan menambah sedikit lukisan mengikut kreativiti mereka sendiri
|
|
Tarikh |
: 18 Mei 2024 |
Masa |
: 02.30 Petang – 03.30 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Meningkatkan daya saing produk para usahawan melalui rekaan yang inovatif dan menarik
- Mengeksplitasi peluang pasaran yang lebih luas, menjadikan produk lebih menonjol di pasaran
- Meningkatkan pengalaman pengguna melalui rekaan produk yang lebih ergonomik, berfungsi dengan baik dan menarik secara estetik
- Usahawan dapat meningkatkan reputasi dan cipta jenama mereka, menjadikan mereka lebih diiktiraf dan diingati oleh pelanggan
AKTIVITI:
- Petugas menerangkan mengenai konsep rekabentuk perindustrian dan pentingnya rekabentuk dalam memperkasa produk dan jenama perniagaan
- Peserta mula menganalisis produk sedia ada dalam pasaran untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan rekabentuk mereka
- Petugas memperkenalkan pelbagai pilihan rekabentuk yang boleh digunakan untuk menilai kebolehgunaan dan estetika dalam pembangunan produk
- Aktiviti terakhir melibatkan pembangunan prototaip produk berdasarkan konsep rekabentuk perindustrian yang dipilih
|
|
Tarikh |
: 15 Mei 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Membantu individu membangunkan kefahaman mendalam tentang identiti, nilai dan matlamat peribadi mereka
- Meningkatkan kemahiran dalam berinteraksi dengan orang lain dengan lebih yakin dan efektif
- Memupuk kepercayaan diri yang kukuh dalam individu untuk menghadapi cabaran dengan lebih yakin
- Meningkatkan kesediaan mereka dalam menangani cabaran kehidupan dengan ketabahan dan penyesuaian yang positif
AKTIVITI:
- Peserta melakukan refleksi diri terhadap nilai-nilai, kekuatan dan kelemahan diri mereka sendiri
- Petugas membantu para peserta menetapkan matlamat peribadi yang realistik
- Petugas juga memfokuskan kepada aspek-aspek tertentu seperti pembangunan diri, kerjaya, atau hubungan interpersonal
- Peserta didedahkan dengan aktiviti latihan keterampilan komunikasi seperti perbincangan berpasangan di akhir kelas