Kelas Keusahawanan: Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 (MyIPO) |
|
Tarikh |
: 20 Mac 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 3 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan kepada usahawan di Ulu Seperi mengenai Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 berjumlah RM2 Juta bersama MyIPO
- Membantu usahawan membiayai fi bagi kesemua pemfailan komponen harta intelek termasuklah kos kerja yang memerlukan khidmat profesional dan teknikal
- Menerangkan manfaat kerajaan juga akan membiayai kos pemfailan cap dagangan, hak cipta dan reka bentuk perindustrian
AKTIVITI:
- Mengadakan kelas keusahawanan bersama usahawan-usahawan di Ulu Seperi
- Petugas menyatakan bahawa Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 boleh dibuat secara atas talian atau hadir ke ibu pejabat dan cawangan MyIPO berhampiran
- Petugas menerangkan mengenai kriteria pemilihan untuk permohonan dana iaitu:
-
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas
- Terbuka kepada individu, Syarikat PKS atau milikan tunggal atau perkongsian, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi atau kementerian, komuniti setempat, pelajar kolej atau institusi kemahiran atau politeknik atau IPT Tempatan dan setaraf, dan pelajar sekolah rendah atau menengah (mohon dibawah nama pihak seolah)
- Hanya boleh memohon satu dana setahun untuk permohonan pemfailan bagi salah satu komponen harta intelek iaitu cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan petujuk geografi
- Komuniti juga diajar oleh petugas mengenai skop pembiayaan, makluman sebelum mengisi borang secara atas talian melalui pautan https://tinyurl.com/DanaIP2bagiTahun2023
E-Pembelajaran: Aplikasi Jendela Map |
|
Tarikh |
: 14 Mac 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 6 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan aplikasi Jendela Map yang telah ditambah baik dan dimuatkan dengan ciri baharu iaitu ciri Rangkaian Pakej
- Ciri ini memudahkan pengguna menlakukan semakan lokasi kutipan atau penghantaran parcel melalui lokasi peti simpanan atau kaunter perkhidmatan di kawasan terpilih
- Jendela Map juga membolehkan komuniti membuat laporan berkenaan isu sambungan rangkaian internet di lokasi dikehendaki melalui fitur ‘Maklum Balas’
- AKTIVITI:
- Menjelaskan mengenai aplikasi Jendela Map kepada komuniti Ulu Seperi
- Petugas meminta komuniti untuk memuat turun aplikasi Jendela Map terlebih dahulu sebelum memulakan kelas
- Melalui aplikasi Jendela Map, petugas mengajar komuniti untuk menyemak lokasi kutipan atau penghantaran bungkusan, dan juga membuat maklum balas mengenai isu rangkaian internet
- Selain itu, petugas juga memaklumkan komuniti bahawa mereka boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di kawasan mereka melalui aplikasi Jendela Map
Kelas Keusahawanan: Skim Geran Pendigitalan PKS (RM100 Juta) |
|
Tarikh |
: 08 Mac 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 2 Orang |
TUJUAN:
- Membantu Peniaga Kecil dan Sederhana menggunapakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian
- Meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan usahawan di Ulu Seperi
- Memperkenalkan pelbagai bidang digitalisasi seperti:
-
- E-Dagang
- Sistem sumber manusia dan Payroll
- Sistem perakaunan
- Pemasaran Digital
- Sistem Elektronic Point of Sales dan Payment Gateway
AKTIVITI:
- Memberi pendedahan kepada usahawan Ulu Seperi mengenai Geran Pendigitalan PKS (RM100 Juta)
- Mengajar usahawan membuka mata meneroka strategi baharu untuk menjalankan perniagaan secara digital
- Usahawan Ulu Seperi mula beralih kepada pemasaran produk secara digital bagi meneruskan kelangsungan hidup
E-Pembelajaran: Fungsi Portal Menu Rahmah |
|
Tarikh |
: 13 Mac 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 2 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan portal menu rahmah yang dilancarkan oleh KPDN bagi memudahkan komuniti mengenalpasti premis yang menawarkan servis tersedia
- Membantu pihak komuniti Ulu Seperi melakukan carian mengikut kategori negeri atau jenis premis
- Sebagai pusat promosi premis Menu Rahmah serendah RM5.00 dengan mendaftar penyertaan di portal ini
AKTIVITI:
- Memperkenalkan Portal Menu Rahmah kepada komuniti Ulu Seperi melalui laman web https://menurahmah.kpdn.gov.my/
- Seterusnya, mengajar mereka untuk melakukan carian mengikut jenis dan negeri
- Penduduk boleh melakukan pencarian dengan menekan Negeri Sembilan dan jenis premis iaitu medan selera
- Hasil carian dipaparkan mengikut kehendak pelanggan melalui sistem direktori menu rahmah
E-Pembelajaran: Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
|
Tarikh |
: 07 Mac 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 14 Orang |
TUJUAN:
- Mengadakan servis terbuka kepada komuniti untuk mengemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah
- Membantu komuniti menghubungi pihak LHDN dan menyelesaikan masalah berkenaan akaun STR
- Membenarkan komuniti yang pernah menerima bantuan untuk terus layak mendapatkan bantuan yang diberikan kerajaan
AKTIVITI:
- Kelas diadakan berkenaan status pengemaskinian yang dibuka oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada bulan Mac
- Pengemaskinian status STR adalah untuk komuniti Ulu Seperi yang masih belum pernah mengemaskini borang selama 3 tahun berturut-turut
- Kemaskini ini perlu dibuat bagi mereka yang telah berkurang mahupun menambah bilangan ahli keluarga serta berubah jumlah pendapatan
- Selain itu, permohonan baru juga boleh dilakukan kepada mereka yang telah membina keluarga baharu