Kelas Keusahawanan: Facebook Page Untuk Keusahawanan

Tarikh

: 20 Disember 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Meluaskan platform digital para usahawan komuniti di Ulu Seperi
  • Facebook page merupakan tarikan yang masih digunakan oleh pihak pengunjung untuk berkunjung ke sesuatu tempat
  • Menggalakkan promosi produk, kedai makan, dan lain-lain di Facebook Page para usahawan
  • Memudahkan pengunjung untuk mengetahui maklumat-maklumat tarikan di Ulu Seperi

 

AKTIVITI:

  • Menawarkan khidmat membuka akaun Facebook Page kepada usahawan di Ulu Seperi
  • Seterusnya, petugas berkongsi pautan untuk digunakan membuka Facebook Page kepada setiap usahawan
  • Petugas juga mengajar usahawan cara-cara untuk mencipta halam Facebook mereka mengikut turutan yang betul bersama tangkapan layar skrin

 

Galeri gambar


 

Kelas Multimedia: Menukarkan PDF ke Excel

Tarikh

: 19 Disember 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 19 Orang

 

TUJUAN:

  • Ramai pengguna datang bertanya cara-cara untuk menukarkan dokumen bernetuk pdf ke Excel kepada para petugas
  • Oleh itu, petugas mengadakan kelas secara umum kepada komuniti bagi mengelakkan komuniti melakukan kerja menaip semula dokumen-dokumen tersebut
  • Petugas bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan ICT kepada komuniti serta menjimatkan masa kerja

 

AKTIVITI:

  • Petugas mendedahkan platform smallpdf https://smallpdf.com/pdf-converter kepada komuniti di Ulu Seperi
  • Seterusnya, petugas meneruskan kelas dengan berkongsi cara-cara menukarkan fail pdf ke Excel menggunakan laman web smallpdf
  • Petugas menerangkan cara-cara menukarkan dokumen tersebut bersama tangkapan skrin bagi setiap langkah agar difahami oleh komuniti
  • Akhir sekali, petugas berkongsi fakta menarik dimana smallpdf juga boleh digunakan untuk menukarkan fail kepada Word dan Powerpoint

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Permohonan Debit Terus Pinjaman Pendidikan

Tarikh

: 12 Disember 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 19 Orang

 

TUJUAN:

  • Petugas berkongsi mengenai cara-cara mengelakkan tunggakan bayaran Pinjaman Pendidikan PTPTN
  • Bertujuan mengurangkan risiko disenarai hitam kerana terlupa ataupun lalai melakukan bayaran balik
  • Penolakan yang dilakukan pada setiap bulan adalah bergantung kepada akaun bank yang dipersetujui oleh pihak peminjam
  • Oleh itu, tutorial ini akan dikongsikan cara untuk memilih akaun bank yang ingin ditolak melalui permohonan debit terus (direct debit)

 

AKTIVITI:

  • Petugas berkongsi mengenai apakah itu Direct Debit ataupun Debit Terus
  • Seterusnya, petugas berkongsi syarat-syarat melakukan permohonan debit terus bayaran PTPTN secara atas talian
  • Petugas juga berkongsi maklumat kemudahan Debit Terus kepada pihak peminjam
  • Langkah Permohonan Debit Terus dikongsikan kepada komuniti bersama tangkapan skrin agar mudah difahami

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Affiliate Marketing (TikTok)

Tarikh

:  13 Disember 2022

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan satu platform menjalankan perniagaan gabungan bermodal kecil
  • Usahawan ataupun pihak yang ingin menambah pendapatan sampingan boleh menggunakan platform affiliate marketing daripada TikTok
  • TikTok merupakan salah satu platform terbesar yang digunapakai oleh masyarakat dimana ianya sesuai untuk menjana pendapatan buat masa sekarang

 

AKTIVITI:

  • Petugas membantu usahawan dna komuniti di Ulu Seperi untuk menjana pendapatan melalui pemasaran gabungan (Affiliate Marketing) di TikTok
  • Petugas berkongsi berkongsi manfaat yang boleh didapati melalui platform beli-belah sehenti di TikTok
  • Seterusnya, petugas menjelaskan cara-cara mendaftar akaun TikTok Seller dan pautkan bersama akaun TikTok yang sedia ada
  • Tutorial yang dikongsikan diperjelas dengan mudah dan padat bersama tangkapan skrin untuk rujukan komuniti Ulu Seperi

 

Galeri gambar

 


 

E-Kerajaan: Permohonan Kad Debit Maybank

Secara Atas Talian

Tarikh

: 09 Disember 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Petugas berkongsi cara untuk memohon Kad Debit Maybank secara atas talian
  • Permohonan ini memudahkan komuniti yang telah melepasi tarikh luput kad debit mereka
  • Permohonan yang dilakukan secara atas talian adalah sangat mudah dan ringkas

Komuniti dapat menguruskan pembaharuan kad debit dalam masa yang singkat dan mendapatkan kad debit mereka secara pos dalam masa 9 hari bekerja

AKTIVITI:

  • Petugas memulakan kelas dengan pendahuluan mengenai jenis-jenis kad debit Maybank yang boleh ditukar ganti secara atas talian
  • Petugas menegaskan bahawa kad debit Maybank yang hilang, dicuri ataupun terlupa nombor pin tidak boleh ditukar ganti secara atas talian
  • Seterusnya, petugas mula mengajar cara untuk memohon kad debit bank secara online mengikut turutan yang betul
  • Kelas diakhiri sesi soal jawab bersama komuniti yang mempunyai kemusykilan terhadap kelas yang diadakan

 

Galeri gambar