E-Kerajaan: Semakan Scammer Diatas Talian |
|
Tarikh |
: 23 Ogos 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 20 Orang |
TUJUAN:
- Mendewasakan pemikiran penduduk Ulu Seperi terutamanya belia yang sedang mencari pekerjaan agar tidak mudah tertipu dengan penipuan kerja diatas talian
- Memperkenalkan portal CCID kepada komuniti untuk membuat semakan Scammer secara atas talian
- Mudah menjejak scammer seandainya mendapat mesej serta pangggilan daripada nombor yang tidak dikenali
AKTIVITI:
- Menjelaskan fungsi laman CCID dibangunkan diawal kelas dimulakan
- Seterusnya, petugas berkongsi pautan laman CCID kepada peserta Ulu Seperi untuk mereka gunakan dimasa akan datang
- Petugas menggalakkan peserta untuk menggunakan laman CCID sekiranya menerima tawaran kerja ataupun mesej dan panggilan yang mencurigakan unutk melakukan semakan
- Petugas juga mengajar peseerta cara-cara untuk melakukan semakan scammer di laman CCID dengan ringkas
Kelas Keusahawanan – Jual Di TikTok Shop |
|
Tarikh |
: 22 Ogos 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 19 Orang |
TUJUAN:
- Usahawan di Ulu Seperi dapat belajar untuk mengembangkan lagi aktiviti jualan mereka secara atas talian
- Ramai pengguna menggunakan TikTok sebagai platform digital sebagai daya tarikan yang sesuai untuk digunakan sebagai akaun jualan para usahawan
- TikTok juga boleh menyediakan pelbagai fitur menarik dalam mempromosikan produk jualan seperti video pendek dan efek-efek menarik
AKTIVITI:
- Petugas mengajar usahawan cara mendaftar akaun TikTok Shop dan mula menjual sebagai Seller
- Petugas menerangkan syarat-syarat untuk mendaftar sebagai penjual di TikTok Shop terlebih dahulu sebelum memulakan perkongsian
- Setelah itu, barulah petugas berkongsi tatacara pendaftaran di TikTok Shop
- Tatacara yang dikongsikan kepada para usahawan adalah mudah untuk diikut dan difahami
E-Kerajaan: Pendaftaran Kali Pertama Portal mySIKAP
|
|
Tarikh |
: 05 Ogos 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 17 Orang |
TUJUAN:
- Petugas mendidik komuniti Ulu Seperi untuk mendaftar di Portal mySIKAP bagi memudahkan urusan kerja penduduk
- Portal mySIKAP boleh digunakan oleh pihak komuniti untuk melakukan pelbagai urusan seperti pembaharuan lesen dan cukai jalan, menyemak saman dan lain lain
AKTIVITI:
- Petugas memulakan kelas dengan pengenalan kepada portal mySIKAP
- Seterusnya, petugas berkongsi layar mengenai cara-cara mendaftar dalam portal mySIKAP sebagai pengguna
- Petugas juga mengajar cara melakukan semakan saman melalui portal mySIKAP
- Petugas mengakhiri kelas dengan perkongsian pautan portal bagi pendaftaran pengguna mySIKAP
E-Kerajaan: Penabungan myASNB untuk Tujuan Simpanan Masa Hadapan |
|
Tarikh |
: 19 Ogos 2022 |
Masa |
: 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 19 Orang |
TUJUAN:
- Penabungan myASNB dapat membantu penduduk untuk lebih bersedia menghadapi menghadapi masa hadapan
- Penabungan menggunakan ASNB adalah percuma dan lebih mudah serta pantas melalui myASNB
- myASNB juga mudah diakses untuk membuat semakan maklumat akaun serta memuat turun dokumen pelaburan
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan perkongsian kepada komuniti mengenai myASNB
- Petugas mengesyorkan penduduk untuk menggunakan myASNB sebagai laman penabungan mereka kerana sistem yang disediakan adalah lebih selamat
- Seterusnya, petugas berkongsi tutorial untuk menetapkan potongan simpanan bulanan melalui auto-labur ASB
- Tutorial yang dikongsikan diperjelas dengan mudah dan padat untuk rujukan penduduk Ulu Seperi
Kelas Keusahawanan: Taklimat Pendaftaran Perniagaan (SSM) |
|
Tarikh |
: 01 Ogos 2022 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pautan Google Meet |
Peserta |
: 20 Orang |
TUJUAN:
- Petugas menyertai Taklimat Pendaftaran Perniagaan (SSM) untuk mempelajari tatacara pendaftaran perniagaan pengguna demi usahawan kelak
- Taklimat yang dipelajari akan diturunkan kepada para usahawan di komuniti Ulu Seperi
- Dapat berhubung secara terus dengan pegawai SSM dalam mendalami ilmu Pendaftaran Perniagaan (SSM)
- Dapat bertanya pelbagai soalan yang dipersoal oleh komuniti kepada pegawai
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan pendaftaran peserta yang terlibat dengan taklimat pendaftaran perniagaan SSM
- Seterusnya, kami menyertai taklimat tersebut secara atas talian melalui pautan Google Meet yang diberikan
- Setelah itu, taklimat dijalankan selama 3 jam bersama pegawai yang terlibat pada setiap sesi
- Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab untuk menjawab kerunsingan peserta yang menyertai taklimat