Kelas Keusahawanan – Sub Account Shopee Platform |
|
Tarikh |
: 18 Julai 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 20 Orang |
TUJUAN:
- Membuka kelas terbuka kepada usahawan komuniti Ulu Seperi untuk mengenai Akaun Kecil di Shopee
- Menggalakkan usahawan bekerjasama menguruskan akaun Shopee untuk mengelakkan urusan tergendala
- Dapat meneruskan urusan perniagaan seandainya akaun utama mempunyai masalah
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada apakah itu ‘Sub-Account’ shopee
- Memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai faedah-faedah yang boleh didapati melalui akaun penghubung ‘Sub Account’
- Petugas seterusnya mengajar para usahawan untuk membina akaun kecil ataupun ‘Sub Account’
- Setelah menagajar cara membuka ‘Sub Account’, petugas mengajar cara untuk menyambungkan (link) akaun tersebut dengan akaun utama (Main Account)
E-Kerajaan – Pendaftaran Sistem Janjitemu Klinik KKM |
|
Tarikh |
: 12 Julai 2022 |
Masa |
: 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 20 Orang |
TUJUAN:
- Memberi hebahan kepada komuniti Ulu Seperi berkenaan laman web Janji Temu Klinik melalui https://www.malaysia.gov.my/portal/index
- Laman web Janji Temu Klinik dapat membantu penduduk komuniti Ulu Seperi untuk menempah Janji Temu di klinik yang dikehendaki
- Aplikasi Janji Temu Klinik memudahkan pesakit untuk membuat tempahan tanpa perlu hadir di klinik dan menunggu giliran
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan memperkenalkan apakah itu laman web https://www.malaysia.gov.my/portal/index dan Aplikasi Janji Temu Klinik
- Aplikasi Janji Temu Klinik dijelaskan adalah untuk pesakit yang ingin ‘walk-in’ tanpa memerlukan rawatan susulan
- Seterusnya, petugas memberi tangkapan skrin (screenshot) bersama penjelasan ringkas bagaimana cara melakukan pendaftaran dalam Sistem Janji Temu Klinik KKM
- Selain itu, petugas juga berkongsi cara membuat tempahan janji temu di klinik bersama tangkapan skrin agar mudah difahami
E-Kerajaan: Pendaftaran Majlis Qurban Melalui eQurban |
|
Tarikh |
: 04 Julai 2022 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 20 Orang |
TUJUAN:
- Mempromosikan laman web yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
- Membuka ruang ppendaftaran kepada agensi terlibat sebelum menyambut perayaan Aidil Adha
- Memudahkan urusan kerja orang-orang masjid untuk mengisi borang dengan cepat dan mudah
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada laman web eQurban
- Seterusnya, petugas memberi tangkapan skrin (screenshot) bersama penjelasan ringkas kepada setiap langkah yang dikongsi kepada komuniti Ulu Seperi
- Petugas juga membuat satu contoh pendaftaran agar komuniti Ulu Seperi dapat memahami dengan mudah
- Akhir sekali, petugas mengajar cara mendapatkan borang status keputusan permohonan untuk tujuan cetakan dan dibawa semasa majlis qurban dijalankan
Kelas Keusahawanan: Kesilapan Dalam Perniagaan |
|
Tarikh |
: 05 Julai 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 15 Orang |
TUJUAN:
- Mendedahkan para usahawan supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan urusan perniagaan
- Menggalakkan para usahawan untuk lebih terbuka mempelajari ilmu-ilmu keusahawanan
- Mengelakkan para usahawan daripada melakukan kesilapan diawal perniagaan
Supaya usahawan dapat belajar daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan dan tidak mengulanginya semula
AKTIVITI:
-
-
- Petugas membuat perkongsian kepada para usahawan mengenai Kesilapan Dalam Bisnes
-
- Petugas berkongsi slaid yang telah disediakan oleh petugas PEDi Menteritip
- Terdapat 5 senarai kesilapan dalam perniagaan yang dikongsikan kepada komuniti Ulu Seperi
- Petugas menerangkan setiap senarai kesilapan bersama penjelesan pendek dan padat kepada para usahawan di Ulu Seperi
E-Kerajaan: Pembayaran Bil Menggunakan Touch N Go eWallet |
|
Tarikh |
: 21 Jun 2022 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 14 Orang |
TUJUAN:
- Memberi satu pilihan kepada penduduk cara untuk melangsaikan pembayaran bil menggunakan aplikasi Touch N Go eWallet
- Touch N Go eWallet menawarkan pelbagai jenis pembayaran bil seperti TNB, Unifi, ASTRO, bil air dan juga bil telco anda
- Memudahkan urusan pembayaran setiap bil hanya melalui satu aplikasi sahaja
AKTIVITI:
- Di permulaan kelas, petugas menjelaskan mengenai aplikasi Touch N Go eWallet
- Petugas berkongsi tangkapan skrin bahawa setiap pembayaran bil disediakan melalui aplikasi Touch N Go eWallet tersebut
- Petugas menjelaskan bahawa pembayaran bil boleh dilakukan memalui pelbagai cara iaitu perbankan diatas talian, debit atau kredit dan juga melalui Topup Touch N Go sahaja