Microsoft Office: Data Validation With Error Alert (MS Excel) 

Tarikh

: 19 April 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pengajaran kepada golongan belia dan pelajar di Ulu Seperi mengenai Microsoft Excel
  • Mengajar mereka mengumpulkan data dengan memberi pilihan kepada responden
  • Menjelaskan komponen-komponen yang digunakan untuk membuat Data Validation With Error Alert berpandukan video yang dikongsi

 

AKTIVITI:

  • Petugas menjelaskan mengenai apakah itu Pengesahan Data Bersama Maklumat Ralat kepada belia di Ulu Seperi
  • Seterusnya, petugas memberi contoh situasi mengenai cara-cara mendapatkan Data Validation (Pengesahan Data) melalui responden menggunakan Microsoft Excel
  • Setelah itu, petugas meneruskan kelas dengan mengajar cara mengadakan Error Alert (Makluman Ralat) bagi melengkapkan sesi kelas
  • Di akhir kelas, petugas berkongsi video cara-cara melakukan Data Validation With Error Alert untuk memudahkan kefahaman pihak belia

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 

Tarikh

: 15 April 2022

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi hebahan kepada komuniti Ulu Seperi berkenaan kebenaran Pengeluaran Khas KWSP
  • Mengajar cara-cara melakukan Permohonan Pengeluaran Khas simpanan KWSP https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi hebahan mengenai Pengeluaran KWSP dengan kadar minimum sebanyak RM50 dan maksimum sebanyak RM10,000
  • Seterusnya, petugas mengajar komuniti cara-cara melakukan permohonan Pengeluaran Khas KWSPCara-cara melakukan permohonan dijelaskan mengikut turutan yang betul dan teliti
  • Di akhir kelas, satu templat infografik mengenai cara-cara melakukan permohonan pengeluaran khas KWSP dikongsi bagi memudahkan kefahaman komuniti

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Mencipta Akaun Shopee Bagi Usahawan 2022 

Tarikh

: 07 April 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Membuka kelas kepada usahawan Shopee PEDi Ulu Seperi
  • Membuka akaun Shopee bagi penjual-penjual berdaftar sebagai usahawan PEDi Ulu Seperi
  • Menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh usahawan semasa mencipta akaun Shopee melalui Shopee Seller Centre

 

AKTIVITI:

  • Kelas keusahawanan Penciptaan Akaun Shopee bagi usahawan-usahawan yang berdaftar dengan PEDi Ulu Seperi
  • Petugas memulakan kelas dengan melakukan pendaftaran peserta
  • Seterusnya, petugas memulakan sesi pengajaran mengikut turutan modul Shopee
  • Di akhir kelas, peserta berjaya membuka akaun Shopee masing-masing dan diminta agar sering aktif diatas talian

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Semakan Rekod Wang Tidak Dituntut (WTD) Di E-Gumis) 

Tarikh

: 11 April 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Menerangkan fungsi portal e-Gumis kepada komuniti
  • Menjelaskan cara-cara membuat semakan Wang Tidak Dituntut kepada komuniti Ulu Seperi

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan perkongsian pautan laman web e-Gumis
  • Petugas menjelaskan cara-cara melakukan semakan Wang Tidak Dituntut di portal e-Gumis
  • Setelah itu, petugas mengajar cara mendaftar dan log masuk kepada komuniti Ulu Seperi
  • Di akhir kelas, komuniti mendapat pengetahuan untuk melakukan semakan di carian wang tidak dituntut melalui portal e-Gumis

 

Galeri gambar


 

E-Pembelajaran: Education.com

Tarikh

: 21 Mac 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 23 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan laman web education.com kepada komuniti Ulu Seperi
  • Bertujuan menarik minat komuniti untuk mempelajari sesuatu yang baharu
  • Seterusnya, menjelaskan pelbagai platform tersedia di dalam laman web education.com

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai laman web education.com
  • Petugas juga menjelaskan motif dan tujuan kelas diadakan adalah kerana perkembangan teknologi dimana pelajar banyak menghabiskan masa bersama media elektronik
  • Setelah itu, petugas menjelaskan langkakh-langkah pendaftaran kedalam laman education.com
  • Penjelasan langkah-langkah mendaftar disertakan dengan tangkapan skrin bagi membantu komuniti memahami dengan lebih mudah

 

Galeri gambar