E-Kerajaan: Sistem Janjitemu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) |
|
Tarikh |
: 20 September 2022 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 20 Orang |
TUJUAN:
- Memudahkan urusan penduduk komuniti untuk berurusan dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Memperkenalkan portal MyTemujanji yang disediakan oleh JPN untuk mengelakkan urusan tergendala
- Sistem MyTemujanji membantu perjalanan waktu setiap pengguna lebih efektif dan menjimatkan waktu dengan adanya tempahan janji temu
AKTIVITI:
- Menjelaskan fungsi laman web MyTemujanji JPN dibangunkan diawal kelas dimulakan
- Seterusnya, petugas berkongsi pautan laman MyJanjiTemu JPN kepada peserta Ulu Seperi untuk mereka gunakan melakukan tempahan urusan di JPN
- Petugas juga mengajar peseerta cara-cara untuk melakukan tempahan melalui laman https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/ ini
Kelas Keusahawanan: Digital Marketing Bersama Google Primer |
|
Tarikh |
: 17 September 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 19 Orang |
TUJUAN:
- Usahawan di Ulu Seperi dapat belajar untuk mengembangkan lagi aktiviti jualan mereka secara atas talian
- Google Primer membantu usahawan belajar dalam bentuk modul secara percuma sebagai panduan mereka
- Setiap langkah yang ingin dipelajari oleh usahawan dalam bahagian pemasaran digital boleh dibantu oleh Google Primer
- Memudahkan usahawan untuk memahami langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya ingin membuka platform digital
AKTIVITI:
- Petugas mendedahkan aplikasi Google Primer kepada usahawan-usahawan PEDi Ulu Seperi
- Google Primer boleh digunakan sebagai panduan usahawan untuk setiap kerunsingan yang bermain di kepala usahawan
- Petugas menerangkan cara-cara membuat pendaftaran di Google Primer dan menetapkan cara untuk menggunakannya dengan betul
- Akhir sekali, petugas menggalakkan usahawan belajar ilmu yang boleh didapati melalui Google Primer kerana modul dan penerangan yang disediakan adalah sangat padat dan berguna
Kelas Keusahawanan: Permulaan Langkah Sebagai Seorang Usahawan |
|
Tarikh |
: 09 September 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 20 Orang |
TUJUAN:
- Petugas mendidik komuniti Ulu Seperi untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan
- Bertujuan menambah kos sara diri komuniti Ulu Seperi bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka
- Berkongsi kisah kejayaan seorang usahawan sebagai motivasi diri usahawan baru di PEDi Ulu Seperi
Menanam keyakinan dalam diri usahawan bahawasanya setiap orang boleh berjaya jika berusaha dengan cara yang betul
AKTIVITI:
- Petugas berkongsi petua kepada bakal usahawan untuk bersedia melangkah kealam perniagaan
- Seterusnya, petugas berkongsi layar mengenai ikon usahawan yang menjadi contoh kepada para usahawan yang sedang giat mempelajari ilmu keusahawanan
- Petugas mengakhiri kelas dengan perkongsian pautan sumber positif ikon usahawan tersebut dan berharap perkongsian adalah bermanfaat kepada para usahawan
Kelas Multimedia: Suntingan Video Menggunakan Movavi Clips |
|
Tarikh |
: 13 September 2022 |
Masa |
: 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 20 Orang |
TUJUAN:
- Berkongsi idea menggunakan aplikasi Movavi Clips untuk suntingan video
- Movavi Clips mempunyai fitur yang lebih banyak, efektif dan mudah diaplikasikan dalam setiap video suntingan
- Mengembangkan ilmu pengetahuan setiap penduduk dalam daya kekreativitian mereka untuk mencipta sesuatu video melalui Movavi Clips
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan perkongsian kepada komuniti mengenai aplikasi Movavi Clips
- Petugas mengesyorkan penduduk untuk menggunakan Movavi Clips sebagai aplikasi menyunting video kerana ia menyediakan banyak fitur menarik
- Seterusnya, petugas berkongsi tutorial menggunakan aplikasi Movavi Clips bersama layar tangkap (screenshot) sebagai rujukan
- Tutorial yang dikongsikan diperjelas dengan mudah dan padat untuk rujukan penduduk Ulu Seperi
Kelas Multimedia: Resume Mudah Dicipta Menggunakan cvmaker.com |
|
Tarikh |
: 06 September 2022 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Petugas mengadakan kelas mencipta resume untuk tujuan persediaan penduduk komuniti menghadapi alam pekerjaan
- Cvmaker menyediakan templat yang percuma dan mudah untuk dihubungsuai dengan citarasa pengguna
- Komuniti dapat mencipta resume yang memuaskan berikutan resume dibuat menggunakan idea kretiviti sendiri
- Dapat mengelakkan daripada menghabiskan wang dan masa dengan mengupah agen untuk menyediakan resume
AKTIVITI:
- Petugas memulakan kelas dengan memperkenalkan aplikasi Cvmaker kepada komuniti terutamanya lepasan graduan yang sedang giat mencari kerja
- Seterusnya, petugas mengajar langkah-langkah mencipta resume mengikut urutan yang betul
- Setiap langkah yang diajar dikongsikan bersama layar tangkap (screenshot) untuk rujukan komuniti
- Kelas diakhiri dengan pengajaran untuk memuat turun resume yang telah siap dicipta dan digunakan untuk dihantar kepada bakal majikan yang ingin dilamar