E-Pembelajaran: Carta Gantt (Gantt Chart)

Tarikh

: 20 Mac 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pengajaran kepada golongan belia dan pelajar di Ulu Seperi mengenai Gantt Chart
  • Menerangkan fungsi Gantt Chart kepada target dalam urusan kerja harian mereka
  • Menjelaskan komponen-komponen utama yang terdiri dalam carta Gantt
  • Memudahkan urusan semua belia dan pelajar untuk melakukan rekod sesuatu proses pekerjaan

 

AKTIVITI:

  • Petugas menjelaskan mengenai apakah itu Gantt Chart dan kebaikannya kepada penduduk Ulu Seperi
  • Seterusnya, komponen-komponen yang terdiri di dalam carta gantt dikongsikan secara ringkas dan padat kepada komuniti
  • Satu contoh Gantt Chart dalam bentuk gambar juga dikongsikan agar mudah difahami dengan pandangan visual komuniti
  • Penduduk Ulu Seperi mengucapkan terima kasih atas ilmu carta gantt di akhir kelas

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: e-Perkhidmatan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Sembilan (e-PTGNS)

Tarikh

: 18 Mac 2022

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan portal e-perkhidmatan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan kepada komuniti Ulu Seperi
  • Mengajar cara-cara membuat semakan hak milik tanah melalui portal e-PTGNS
  • Menerangkan manual pembayaran cukai tanah yang boleh dilakukan melalui e-PTGNS

 

AKTIVITI:

  • Petugas memperkenalkan laman web e-PTGNS yang disediakan oleh kerajaan bagi membuat semakan dan bayaran cukai tanah secara atas talian
  • Petugas berkongsi pautan link kepada komuniti untuk memudahkan urusan carian komuniti
  • Setelah itu, petugas memberi tunjuk ajar cara membuat semakan dengan mengisi ruang-ruang tersedia berdasarkan resit cukai tanah

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)

Tarikh

: 05 Mac 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 14 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi galakan kepada usahawan di Ulu Seperi untuk memohon Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)
  • Memberi penerangan cara membuat permohonan melalui laman web tuns.my
  • Berkongsi pdf manual permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)

 

AKTIVITI:

  • Kelas keusahawanan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dimulakan dengan penjelasan mengenai TUNS
  • Seterusnya, kelas diteruskan dengan perkongsian pautan portal TUNS kepada para usahawan di Ulu Seperi
  • Rujukan manual pengguna bagi permohonan TUNS juga dikongsikan kepada komuniti sebagai panduan untuk melakukan sebarang permohonan
  • Akhir sekali, usahawan Ulu Seperi dipinta untuk menilai kelayakan sebelum melakukan permohonan agar permohonan tidak ditolak

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Pembayaran Online Cukai Melalui PBTPAY

Tarikh

: 11 Mac 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Menerangkan fungsi portal pembayaran PBTPAY kepada komuniti Ulu Seperi
  • Menjelaskan cara-cara membuat semakan cukai taksiran melalui PBTPAY
  • Mengajar penduduk Ulu Seperi membuat pembayaran cukai melalui portal PBTPAY yang telah disediakan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)

AKTIVITI:

  • Menerangkan kepada belia-belia di Ulu Seperi mengenai e-kemudahan perkhidmatan PBTPAY secara atas talian bagi urusan pembayaran cukai taksiran
  • Petugas telah menjelaskan kepada target kebaikan yang diperolehi daripada hasil pembayaran cukai taksiran
  • Setelah itu, petugas mengajar cara membuat semakan cukai taksiran melalui laman web PBTPAY
  • Cara-cara membuat semakan dan pembayaran telah diajar oleh petugas satu persatu dilampirkan bersama tangkapan skrin (screenshot)

 

Galeri gambar


 

ICT: Shortcut Keys System

Tarikh

: 21 Februari 2022

Masa

: 1.00 Tengahari - 3.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar di Ulu Seperi mengenai sistem pintasan papan kekunci
  • Memudahkan urusan guru dan pelajar untuk melakukan prosedur pengajaran dan pembelajaran diatas talian
  • Kerja-kerja menggunakan laptop ataupun komputer boleh dilakukan dengan cekap dan pantas

 

AKTIVITI:

  • Petugas menjelaskan mengenai fungsi Shortcut Keys System kepada komuniti Ulu Seperi
  • Setelah itu, petugas berkongsi sebanyak 34 pintasan papan kekunci yang boleh digunakan melalui laptop dan juga komputer bagi memudahkan urusan kerja harian
  • Setiap pintasan (shortcut) yang dikongsi sertakan bersama penjelasan fungsi daripada tindakan tersebut

 

Galeri gambar