Microsoft Powerpoint: Powerpoint Netflix Inspired |
|
Tarikh |
: 15 November 2021 |
Masa |
: 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 17 Orang |
TUJUAN:
- Berkongsi idea-idea kreatif untuk menyediakan pembentangan Powerpoint kepada pelajar-pelajar dan tenaga pengajar di Ulu Seperi
- Mengajar kandungan-kandungan yang tersedia di dalam Microsoft Powerpoint untuk digunakan agar slaid bertambah menarik
- Memberi penerangan yang jelas dan ringkas mengenai cara-cara menyediakan Powerpoint berdasarkan inspirasi daripada platform Netflix
AKTIVITI:
- Pertama sekali, kelas dimulakan dengan petugas memberi penjelasan mengenai tujuan Kelas Powerpoint yang diadakan pada petang itu
- Selepas itu, petugas berkongsi langkah-langkah menyediakan pembentangan Powerpoint menggunakan platform Netflix sebagai template
- Langkah-langkah yang dikongsi oleh petugas melalui Group Whatsapp PIK Ulu Seperi adalah mengikut turutan yang betul bersama tangkapan skrin (screenshot) sebagai rujukan penduduk komuniti
- Kelas diakhiri dengan kata-kata galakan kepada penduduk komuniti untuk mencuba menggunakan idea pembentangan menggunakan platform Netflix ini
E-Kerajaan – Mobile E-Waste Recycling |
|
Tarikh |
: 08 November 2021 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 18 Orang |
TUJUAN:
- Mengajak penduduk setempat untuk mengitar semula telefon bimbit dan telefon pintar terpakai yang tidak lagi digunakan
- Menerangkan kepada komuniti tentang impak-impak negatif sekiranya membuang telefon bimbit dan telefon pintar secara berleluasa
- Menggunakan peluang ini untuk mempromosikan paltform yang telah disediakan oleh kerajaan bagi mengitar semula telefon-telefon lama melalui saluran yang terkawal
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan terperinci mengenai kempen ‘Mobile E-Waste Recycling’
- Seterusnya, petugas memberi galakan kepada penduduk komuniti untuk menyertai kempen mengitar semula barangan seperti tablet, telefon, telefon pintar, powerbank dan juga pemain mp3
- Kemudian, petugas berkongsi fakta-fakta tentang kesan negatif yang diberikan kepada persekitaran dan kesihatan manusia sekiranya peranti-peranti seperti telefon dibuang secara sambil lewa
- Setiap perkongsian dijelaskan dengan gambaran ringkas dan jelas yang diambil melalui laman web https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/blog/mobile-e-waste-recycling
E-Pembelajaran: Tutorial Menggunakan Google Drive |
|
Tarikh |
: 20 Oktober 2021 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 9 Orang |
TUJUAN:
- Penjelasan kepada komuniti tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Google Drive
- Berkongsi ilmu kepada komuniti cara-cara memanfaatkan aplikasi tersedia di dalam Google Drive sebagai media penyimpanan data
- Mengajar langkah-langkah mudah untuk berkongsi fail kepada rakan-rakan sekaligus mengedit fail serentak bersama-sama rakan
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan oleh Puan Faraziah dengan memberi penerangan jelas dan padat berkenaan Google Drive
- Kemudian, beliau menjelaskan fungsi-fungsi utama Google Drive sebagai media penyimpanan fail, perkongsian fail, mengedit fail dan juga melakukan backup data
- Selepas itu, kelas diteruskan lagi dengan perkongsian tutorial menggunakan Google Drive
- Tutorial tersebut dikongsi mengikut turutan langkah yang betul menggunakan tangkapan skrin yang telah diedit bersama penjelasan ringkas untuk kefahaman pihak komuniti
Kelas Keusahawanan: Aplikasi J&T Express |
|
Tarikh |
: 07 November 2021 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 17 Orang |
TUJUAN:
- Meminta pihak komuniti untuk memuat turun aplikasi J&T melalui Google Play Store ataupun Apps Store untuk kemudahan mereka mengepos barang
- Mengajar penduduk setempat menggunakan Smart Order melalui Aplikasi mudahalih J&T Express
- Memudahkan urusan kerja pengeposan barang untuk penduduk setempat dengan mengisi terlebih dahulu maklumat-maklumat pengirim dan penerima barang pos
AKTIVITI:
- Pertama sekali, kelas dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aplikasi mudahalih J&T Express
- Setelah itu, petugas mengajar cara-cara membuat Single Order dengan betul
- Petugas menjelaskan maklumat-maklumat yang perlu diisi bagi menyempurnakan order penghantaran barang yang ingin dilakukan oleh pengirim
- Setiap langkah yang dijelaskan dalam menggunakan aplikasi J&T Express ini disertakan bersama tangkapan skrin (screenshot) untuk mudah difahami oleh penduduk setempat
Website: Weebly |
|
Tarikh |
: 15 Oktober 2021 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 16 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan laman sesawang http://weebly.com/ kepada komuniti setempat
- Para usahawan dapat belajar membina kedai atas talian
- Lepasan pelajar dapat membuka laman web pengenalan diri sebagai platform resume
- Penduduk komuniti dapat meluangkan masa berkongsi kisah atau resepi masakan dalam blog yang didirikan menggunakan laman sesawang Weebly
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan kepada Group Whatsapp PIK Ulu Seperi
- Petugas meminta komuniti membuat carian laman sesawang Weebly di Google Search dan mendaftar masuk akaun
- Petugas memberi penerangan langkah demi langkah cara-cara untuk menggunakan laman sesawang Weebly bagi mendirikan laman pengenalan diri dan juga kedai di atas talian