Microsoft Powerpoint: Asas Penggunaan Microsoft Publisher

Tarikh

: 11 Januari 2022

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan Microsoft Publisher kepada pelajar komuniti Ulu Seperi
  • Mengajar asas Microsoft Publisher dengan mencipta kad ucapan sendiri
  • Membuka idea kreatif kepada pelajar di Ulu Seperi

 

AKTIVITI:

  • Memperkenalkan aplikasi Microsoft Publisher di awal permulaan kelas
  • Memberi tunjuk ajar (tutorial) mencipta kad ucapan menggunakan Microsoft Publisher
  • Seterusnya, kami menjelaskan asas cara-cara menyimpan penerbitan, menukar teks sedia ada, menambah gambar dan juga mencetak penerbitan tersebut

 

Galeri gambar

 


 

E-Kerajaan: Pendaftaran Kursus Pra-Perkahwinan (SPPIM)

Tarikh

: 06 Januari 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 8 Orang

 

TUJUAN:

  • Menerangkan fungsi laman web SPPIM kepada penduduk Ulu Seperi
  • Mengajar penduduk Ulu Seperi mendapatkan kelas kursus pra-perkahwinan melalui SPPIM
  • Memberi gambaran maklumat yang perlu diisi untuk mendaftar kursus pra-perkahwinan atas talian

 

AKTIVITI:

  • Memberi pendedahan kepada belia Ulu Seperi mengenai laman web SPPIM
  • Para belia diberi tunjuk ajar mendaftar kursus pra-perkahwinan secara atas talian melalui laman web rasmi SPPIM

 

Galeri gambar

 


 

E-Dagang: Pendaftaran MySejahtera Check-In (QR Code)

Tarikh

: 21 Disember 2021

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Menambah pengetahuan penduduk setempat mengenai aplikasi tersedia E-Dagang yang dikenali sebagai MySejahtera Check-In (QR Code) melalui pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
  • Menjelaskan cara-cara mendaftar Kod QR melalui laman web MySejahtera bagi penduduk yang ingin membuka premis perniagaan dan juga mengadakan majlis keramaian
  • Penduduk komuniti dapat belajar mematuhi undang-undang yang diperketat oleh kerajaan dengan mendaftar Kod QR bagi membuka premis dan mengadakan majlis di kediaman

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan oleh petugas dengan pendahuluan mengenai laman web https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
  • Setelah itu, petugas menjelaskan cara-cara pendaftaran bagi pengguna yang pertama kali mendaftar Kod QR MySejahtera
  • Petugas seterusnya menerangkan bahawa pendaftaran boleh dilakukan melaui dua cara iaitu melalui pendaftaran nombor telefon dan juga e-mel
  • Petugas menerangkan bahawa butiran penting perlu diisi melalui pautan URL yang diterima melalui nombor telefon mahupun e-mel yang didaftar sebentar tadi

 

Galeri gambar

 


 

Kelas Keusahawanan: Cara Booking Courier Melalui Easyparcel.com

Tarikh

: 04 Januari 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar usahawan Ulu Seperi menggunakan platform easyparcel.com
  • Memberi penerangan cara mendapatkan kourier dengan mudah dan cepat
  • Memudahkan urusan kerja usahawan Ulu Seperi untuk mendapatkan khidmat penghantaran barang

 

AKTIVITI:

  • Kelas keusahawanan cara mendapatkan kourier melalui laman web easyparcel.com dimulakan dengan perkongsian link laman web tersebut
  • Penduduk diberi tangkapan skrin 3 cara ringkas bagi mendapatkan kourier yang diingini melalui easyparcel.com

 

Galeri gambar

 


 

E-Kerajaan: Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

Tarikh

: 17 Disember 2021

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 15 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi kefahaman tentang platform Pendaftaran Benar Nikah atas talian yang telah disediakan
  • Mengajar langkah-langkah Permohonan Kebenaran Bernikah sebagai garis panduan kepada komuniti setempat
  • Memudahkan urusan penduduk komuniti dengan memberi pengajaran tentang platform atas talian
  • Mengatasi masalah serta kekeliruan semasa mengisi borang nikah

 

AKTIVITI:

  • Petugas memperkenalkan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di awal permulaan kelas
  • Petugas berkongsi kepada penduduk tempatan cara-cara mendaftar pernikahan melalui laman web https://sppim.gov.my/sppim/home
  • Petugas menerangkan medan-medan yang wajib diisi beserta prosedur yang perlu diikuti bagi memudahkan proses pendaftaran pernikahan
  • Setiap langkah telah dijelaskan oleh petugas bersama tangkapan skrin bagi memudahkan kefahan penduduk komuniti Ulu Seperi

 

Galeri gambar