Kelas Keusahawanan: Asas pengetahuan Microsoft Excel 1: Carta |
|
Tarikh |
: 18 April 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 4 Orang |
TUJUAN:
- Berkongsi ilmu bersama usahawan di Ulu Seperi mengenai cara-cara membuat carta menggunakan Microsoft Excel
- Bertujuan supaya usahawan dapat mengemaskini untung dan rugi harian dalam perspektif mingguan, bulanan serta tahunan untuk dijadikan rujukan
- Usahawan dapat mengesan punca keuntungan dan kerugian melalui carta yang dibina dan melakukan penambahbaikan terhadap perniagaan mereka
AKTIVITI:
- Mengadakan kelas keusahawanan bersama usahawan-usahawan di Ulu Seperi
- Usahawan-usahawan yang hadir diarahkan membuka aplikasi Microsoft Excel di tempat duduk masing-masing
- Setelah itu, petugas berkongsi kaedah-kaedah mudah dan ringkas yang boleh digunapakai oleh setiap usahawan untuk mengira untung dan rugi perniagaan mereka hanya berpandukan carta
- Di akhir kelas, usahawan dapat mengemaskini untung dan rugi perniagaan mereka dan disimpan dalam rekod fail masing-masing
E-Pembelajaran: Aplikasi Google Classroom |
|
Tarikh |
: 17 April 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan perkhidmatan laman web percuma oleh Google untuk pelajar-pelajar dan juga tenaga pengajar digunakan
- Berfungsi mempermudah, mengedarkan dan menyampaikan tugasan tanpa menggunakan kertas
- Tugasan-tugasan di Google Classromm bertujuan menyelaraskan proses perkongsian fail antara tenaga pengajar dan juga pelajar
AKTIVITI:
- Menjelaskan mengenai aplikasi Google Classroom terutamanya kepada pelajar dan tenaga pengajar yang ada di Ulu Seperi
- Petugas meminta komuniti untuk memuat turun aplikasi Google Classroom terlebih dahulu sebelum memulakan kelas
- Melalui aplikasi Google Classroom, petugas berhubung dengan pelajar-pelajar cara-cara untuk menggunakannya dengan lebih mudah dengan berkongsi tutorial di pautan kelas Google Classroom
- Di akhir kelas, petugas menyediakan tugasan contoh agar pelajar yang hadir dapat memahami cara menyiapkan tugasan yang diberi hanya dengan menghantar tugasan di pautan yang disediakan melalui Google Classroom
Kelas Keusahawanan: Cara membuat ‘live” di TikTok dengan pengikut kurang daripada 1000 |
|
Tarikh |
: 10 April 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Membantu usahawan di Ulu Seperi untuk lebih aktif dan giat berinteraksi dengan pelanggan mahupun penonton melalui TikTok
- Menyeru usahawan Ulu Seperi berkecimpung dengan aplikasi TikTok kerana ianya merupakan platform yang terkenal digunakan oleh usahawan-usahawan bagi meningkatkan keuntungan perniagaan serta pengikut
- Akaun TikTok yang aktif akan menarik banyak penonton dan penggemar dalam masa yang singkat
AKTIVITI:
- Petugas memulakan kelas dengan memperkenalkan aplikasi TikTok kepada usahawan-usahawan di Ulu Seperi
- Seterusnya, kelas diteruskan dengan tutorial membuat live di TikTok setelah mendapati bahawa setiap usahawan memiliki akaun TikTok yang tersendiri
- Langkah-langkah untuk membuat live di TikTok dikongsikan satu persatu kepada pengguna agar mereka dapat mengikuti dan memahami input yang disampaikan
- Akhir sekali, setiap usahawan telah dapat membuat live di akhir kelas setelah memahami langkah-langkah dan mengambil nota untuk membuat live
E-Pembelajaran: Pengenalan kepada ‘Google Currents’ |
|
Tarikh |
: 11 April 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 2 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan aplikasi terbaru daripada Google yang mana merupakan salah satu aplikasi pembacaan kandungan dan berita yang interaktif
- Para pengguna dapat membaca kandungan termasuklah berita dan sebagainya dengan mudah, dalam antaramuka yang amat mesra peranti mudahalih iOS serta Android
- Dapat mengajar komuniti Ulu Seperi untuk lebih mengikuti isu-isu semasa melalui Google Currents memandangkan ianya sebuah aplikasi yang memaparkan isu-isu terhangat/‘trending’ sesuatu masa
AKTIVITI:
- Memperkenalkan aplikasi Google Currents kepada komuniti di Ulu Seperi seiring dengan perkembangan semasa
- Kelas dimulakan dengan berkongsi laman web Google Currents kepada komuniti sekaligus menerangkan fungsi Google Currents dalam kehidupan seharian
- Selepas itu, pelajar-pelajar mula membuka dan mengeksplorasi fitur-fitur dan berita yang terkandung dalam aplikasi Google Currents
E-Pembelajaran: Cara mengemaskini had 'limit' transaksi Maybank2u |
|
Tarikh |
: 07 April 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan kemudahan transaksi wang melalui aplikasi Maybank2u dilakukan secara atas talian kepada komuniti di Ulu Seperi
- Penukaran had Maybank2u boleh dilakukan melalui laman web Maybank2u sekiranya urusan transaksi tidak dapat dijalankan kerana melebihi had limit
- Penerangan bahawa had limit boleh ditukar untuk semua kategori transaksi atau kategori yang dipilih sahaja iaitu Pindahan wang ke akaun pihak ketiga, Pindahan wang antara Bank GIRO, Pindahan wang antara bank segera, Pindahan Telegrafik Asing, dan Pindahan DuitNow
AKTIVITI:
- Kelas diadakan berkenaan pengemaskinian had transaksi Maybank2u
- Petugas menjawab persoalan daripada pelajar mengenai cara menukar had transaksi Maybank2u bagi memudahkan urusan jual beli pengguna secara atas talian
- Petugas menerangkan kepada pelajar bahawa mereka perlu membuat penukaran transaksi had melalui laman web Maybank2u iaitu https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
Pelajar dapat menukar had melalui laman web Maybank2u dan dapat meneruskan urusan jual beli melalui atas talian