ENGLISH CENTRAL – ROBIN HOOD 1 | |
Tarikh | : 18 Februari 2018 (Ahad) |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri |
Peserta | : 7 Orang |
TUJUAN :
English Central merupakan penyedia penyelesaian dalam Bahasa Inggeris atas talian. Platform English Central menggabungkan video Bahasa Inggeris terbaik, oleh itu antara tujuannya adalah dapat mempelajari sistem perbendaharaan kata,tutorial secara langsung dan meningkatkan tahap penguasaan peserta dari segi kosa kata dan juga sebutan.
AKTIVITI :
- Petugas meminta para peserta untuk membuka laman web English Central iaitu www.englishcentral.com. Seterusnya petugas meminta peserta untuk memilih video kategori kanak-kanak yang bertajuk Robin Hood 1.Peserta menonton video secara keseluruhan terlebih dahulu,seterusnya, peserta bersama-sama membaca perkataan ( learn the words) dan seterusnya mempelajari untuk menyebut perkataan dengan sebutan yang betul dan tepat (speak the lines).Peserta dapat mempelajari sebanyak 137 perkataan dalam Bahasa Inggeris menerusi video ini.
E-LEARNING – WORDS SEARCH PUZZLES | |
Tarikh | : 11 Februari 2018 (Ahad) |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri |
Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN :
- Antara tujuan aktiviti ini ialah :
- Dapat mencerdaskan minda para peserta
- Para peserta dapat meningkatkan perbendaharaan kata dalam penggunaan Bahasa Inggeris
- Dapat memupuk sifat sabar dalam diri peserta
AKTIVITI :
- Petugas mengedarkan bahan edaran kepada para peserta
- Petugas menerangkan cara-cara untuk menyelesaikan aktiviti berkenaan
- Peserta memulakan aktiviti
- Petugas membimbing setiap peserta kerana peserta terdiri daripada tahap umur yang berbeza
- Peserta membantu sesama mereka untuk menyelesaikan aktiviti
- Petugas menerangkan maksud setiap perkataan yang terdapat pada bahan edaran
KELAS DASHBOARD KOMUNITI |
|
Tarikh | : 7 Februari 2018 (Rabu) |
Masa | : 3.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat internet 1malaysia Ulu Sepri |
Peserta | : 11 Orang |
TUJUAN :
- Memberi pendedahan keseluruhan kepada para peserta mengenai Dashboard Komuniti terutamanya My Komuniti
AKTIVITI :
- Petugas membuka laman sesawang Dashboard Komuniti di Smartboard
- Petugas meminta para peserta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my
- Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan
- Sesi penerangan daripada petugas
- Peserta membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing
PROGRAM KESEDARAN ICT DAN KLIK DENGAN BIJAK | |
Tarikh | : 10 Februari 2018 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat internet 1malaysia Ulu Sepri |
Peserta | : 9 Orang |
TUJUAN :
- Memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan mempelajari dan menguasai bidang komputer.
AKTIVITI :
- Petugas memberikan pendedahan tentang kemahiran menggunakan komputer untuk persediaan menghadapi dunia teknologi masa kini antaranya :
- Untuk memproses dan menyimpan maklumat
- Untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan berita semasa
- Untuk memudahakn pelajar berkomunikasi secara maya dengan guru mahupun rakan
- Untuk dijadikan alat mengulangkaji pelajaran
- Untuk memberikan hiburan dan kegembiraan kepada pelajar
- Menjadi bahan dakwah kepada pelajar
- Petugas juga menerangkan mengenai Klik Dengan Bijak penggunaan komputer dan internet
KELAS MULTIMEDIA – GRAFIK ( MAKING A BOOKMARKS) |
|
Tarikh | : 4 Februari 2018 (Ahad) |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat internet 1malaysia Ulu Sepri |
Peserta | : 7 Orang |
TUJUAN :
- Bagi melahirkan para peserta yang kreatif dan inovatif dalam mencipta reka bentuk grafik yang luar biasa
AKTIVITI :
- Petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang www.canva.com
- Seterusnya petugas menerangkan mengenai kandungan yang terdapat pada laman sesawang tersebut
- Petugas menunjukkan cara-cara untuk mereka cipta grafik bagi menghasilan penanda buku
- Para peserta memulakan aktiviti mereka cipta mereka