DASHBOARD KOMUNITI - PEMERIKSAAN KESIHATAN

 (MY HEALTH)
Tarikh : 19 Mei 2018  (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 5 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk melahirkan komuniti setempat yang mengamalkan gaya hidup  sihat
  • Melakukan saringan dalam kalangan pengunjung dengan dimulakan pengukuran berat dan pengukuran tekanan darah
  • Meningkatkan lagi penggunaan peralatan My Health dan menarik pengunjung untuk berkunjung dengan lebih kerap ke Pi1M
  • Untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan peka terhadap masalah kesihatan
  • Memupuk komuniti setempat untuk menjaga kesihatan daripada usia muda lagi

 

AKTIVITI  :

  • Para peserta menulis butiran yang terdapat pada buku rekod pemeriksaan
  • Petugas meminta para peserta untuk menimbang berat badan menggunakan penimbang yang disediakan di sudut My Health
  • Petugas memulakan aktiviti pemeriksaan tekanan darah para peserta
  • Petugas menerangkan mengenai tahap bacaan tekanan darah peserta
  • Para peserta di ajar cara-cara untuk mengira Body Mass Index (BMI)
  • Petugas menerangkan mengenai BMI yang ideal dan tidak ideal pada para pengunjung.
  • Petugas memberi nasihat asas kesihatan kepada pengunjung.

 

Galeri Gambar

KELAS DASHBOARD KOMUNITI – MY KOMUNITI & MY SHOP
Tarikh : 18 Mei 2018  (Jumaat)
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Ulu Sepri 
Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN  :

  • Mendedahkan peserta dengan item-item yang terkandung dalam aplikasi Dashboard Komuniti terutamanya My Komuniti dan My Shop
  • Peserta mempelajari cara-cara untuk membuat hebahan melalui My Komuniti dan membuat “product view” melalui My Shop

 

AKTIVITI  :

  • Petugas meminta para peserta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my
  • Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan
  • Sesi penerangan daripada petugas
  • Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk membuat hebahan kepada peserta dan memberikan tajuk yang bersesuaian
  • Peserta membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing
  • Peserta juga membuat “product view” melalui My Shop

 

Galeri Gambar

KELAS GOOGLE & MICROSOFT OFFICE – KAD UCAPAN HARI GURU
Tarikh : 04 Mei 2018  (Jumaat)
Masa : 3.45 petang – 5.45 petang
Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Ulu Sepri 
Peserta : 5 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menggunakan enjin carian google
  •  Peserta dapat menghasilkan kad ucapan hari guru dengan menggunakan Microsoft Office Word
  • Peserta turut dapat menzahirkan idea mereka bagi menghasilkan kad ucapan yang kreatif dan mengikuti kreativiti masing-masing

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan mengenai aktiviti yang bakal dijalankan kepada para peserta
  • Peserta membuka enjin carian google untuk mencari hiasan-hiasan seperti latar belakang dan gambar-gambar yang menarik untuk digunakan bagi menghasilkan kad ucapan yang menarik
  • Petugas menunjukkan cara menghasilkan kad ucapan menggunakan smartboard
  • Peserta saling memberi tunjuk ajar antara satu sama lain
  • Peserta memulakan aktiviti mereka dengan bimbingan daripada petugas

 

Galeri Gambar

KELAS BASIC ADOBE PHOTOSHOP CS6 & GOOGLE
Tarikh : 05 Mei 2018  (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Ulu Sepri 
Peserta : 2 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat mempelajari mengedit gambar dengan lebih professional dan teliti
  • Peserta bebas untuk mengedit gambar mengikut kreativiti masing-masing
  • Peserta dapat mempelajari cara-cara manual penggunaan Adobe Photoshop CS6

 

AKTIVITI  :

  • Peserta mempelajari mengenai How To Change Eye Color In Photoshop iaitu :

Step 1 : Zoom In On The Eyes

Step 2 : Select The Lasso Tool

Step 3 : Draw A Selection Around The Eyes

Step 4 : Add A Hue / Saturation Adjustment Layer

Step 5 : Select The “ Colorize” Option

Step 6 : Choose A New Eye Color With The Hue Slider

 

Galeri Gambar

E-PEMBELAJARAN : SURAT KHABAR ONLINE
Tarikh : 21 April 2018  (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Ulu Sepri 
Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN  :

  • Dapat memupuk amalan membaca peserta dengan menggunakan medium surat khabar di atas talian (online)
  • Dapat merangsang kepada pemikiran baru
  • Dapat mengikuti dan mengetahui mengenai berita semasa dalam dan luar negara

 

AKTIVITI  :

  • Petugas meminta peserta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip surat khabar online
  • Petugas menerangkan mengenai faedah dan manfaat membaca surat khabar kepada peserta
  • Petugas menerangkan tutorial mangakses dan membaca surat khabar secara online :
  • Utusan Online
  • Berita Harian
  • Harian Metro
  • Kosmo Online

 

Galeri Gambar