KELAS GOOGLE &  MEMBUAT VIDEO (KIZOA.COM) – TENTANG MALAYSIA

Tarikh : 18 Ogos 2018   (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 8 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat menghasilkan video yang bertemakan “tentang Malaysia”
  • Para peserta mendapat ilmu pengetahuan mengenai Malaysia secara tidak langsung
  • Dapat melahirkan para peserta yang kreatif dan inovatif dengan menghasilkan video yang menarik
  • Memupuk semangat patriotik para peserta sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memulakan aktiviti dengan menceritakan mengenai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61 pada tahun ini
  • Petugas meminta para peserta untuk memberi pandangan dan idea mereka bagi menghasilkan sebuah video yang menarik
  • Para peserta memulakan aktiviti mencari bahan yang diperlukan untuk menghasilkan video yang menarik dengan menggunakan enjin carian google
  • Setelah mendapat idea, para peserta memulakan aktiviti membuat video dengan menggunakan aplikasi Kizoa.com
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta sehingga tamat sesi aktiviti

 

Galeri Gambar

KELAS ADVOKASI – MOBILE E-WASTE / CHECK YOUR LABEL (CYL) & DASHBOARD KOMUNITI

Tarikh : 10 Ogos 2018   (Jumaat)
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 3 Orang

 

TUJUAN  :

  • Peserta didedahkan dengan manfaat yang akan diperolehi jika melakukan aktiviti yang disarankan dalam Program Mobile E-Waste
  • Memupuk komuniti setempat untuk menguruskan E-Sisa Mudah Alih dengan betul
  • Melalui penerangan Check Your Label, peserta akan lebih berwaspada dan berhati-hati jika ingin membuat pembelian sesuatu barang telekomunikasi
  • Melalui penerangan Dashboard Komuniti pula, para peserta dapat menyertai kuiz My Health yang tengah berlangsung dan berpeluang untuk merebut pelbagai hadiah menarik
  • Dapat meningkatkan penggunaan Dashboard Komuniti dalam kalangan masyarakat setempat
  • Untuk mengaplikasikan maklumat yang diperoleh dengan menjawab soalan yang diberikan oleh petugas

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti pertama dimulakan dengan penerangan dan taklimat daripada petugas mengenai Mobile E-Waste
  • Petugas menerangkan mengenai apa itu Mobile E-Waste dan juga manfaat yang diperoleh jika melakukan aktiviti yang disarankan di dalam program ini. Antara manfaatnya ialah :
  • Memelihara sumber asli
  • Mengurangkan perubahan cuaca
  • Mengurangkan pembaziran
  • Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai cara-cara untuk memastikan sesuatu barangan telekomunikasi itu mempunyai label  daripada pihak MCMC
  • Aktiviti diteruskan dengan membantu para peserta untuk menyelesaikan kuiz yang terdapat pada ruangan MY Health di Dashboard Komuniti

 

Galeri Gambar

KELAS ICT : RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI

Tarikh : 05 Ogos 2018   (Ahad)
Masa :10.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat mengenalpasti jenis-jenis rangkaian
  • Dapat meningkatkan pengetahuan ICT para peserta mengenai konsep asas rangkaian komputer dan komunikasi
  • Peserta mempelajari mengenai kepentingan rangkaian komputer dan komunikasi

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memulakan aktiviti dengan memberi penerangan kepada peserta mengenai definisi rangkaian komputer dan definisi komunikasi
  • Petugas memberi pendedahan mengenai kepentingan rangkaian komputer dan komunikasi iaitu :
  • Berkongsi fail/data/informasi
  • Kongsi Talian Internet
  • Berkongsi Perkakasan seperti pencetak dan pengimbas
  • Menggalakkan Perdagangan Elektronik
  • Peluang pendidikan meluas
  • Menyediakan proses komunikasi yang pelbagai
  • Kemudian, petugas menerangkan dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis rangkaian komputer.

 

Galeri Gambar 

KELAS DASHBOARD MY KOMUNITI & KUIZ MY HEALTH

Tarikh : 07 Ogos 2018   (Selasa)
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 8 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk mendedahkan lagi My Komuniti kepada para peserta dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuat hebahan dan menghantarnya.
  • Untuk melahirkan peserta yang berpengetahuan luas dalam bidang kesihatan dan menunjukkan rekod My Health yang telah dilakukan serta menjawab kuiz yang disediakan.

 

AKTIVITI  :

  • Petugas membuka laman sesawang Dashboard Komuniti di Smartboard
  • Para peserta diminta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my
  • Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan sendiri ke dalam laman dashboard.
  • Petugas menerangkan apa itu My Komuniti kepada para peserta.
  • Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing
  • Peserta juga turut melihat keputusan My Health yang telah dilakukan.
  • Selain itu, para peserta menjawab kuiz My Health yang telah disediakan di laman sesawang My Health.

 

Galeri Gambar

 

KELAS KANAK-KANAK : ASAS KOMPUTER

Tarikh :03 Ogos 2018   (Jumaat)
Masa :3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk mengenalpasti perkakasan di dalam case komputer.
  • Untuk mengenali asas sistem komputer yang diguna pakai.
  • Untuk mengenali perkakasan yang terdapat dalam sistem komputer.
  • Untuk mengenalpasti apa itu peranti input & output sesebuah komputer.
  • Untuk dapat membezakan jenis-jenis peranti storan

 

AKTIVITI  :

  • Petugas bersoal jawab terlebih dahulu dengan peserta tentang peralatan komputer yang terdapat di hadapan mereka.
  • Setelah mengenalpasti peralatan, petugas menerangkan asas sistem komputer yang diguna pakai pada masa kini.
  • Petugas juga turut menerangkan perkakasan yang terdapat dalam sistem komputer.
  • Bagi lebih mendalami asas komputer,petugas memberi keterangan mengenai peranti input & output sesebuah komputer serta menerangkan jenis-jenis peranti storan kepada para peserta.

 

Galeri Gambar