AKTIVITI TEKA-TEKI

Tarikh : 139 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 9 Orang

 

TUJUAN  :

  • Dapat melaksanakan keupayaan para peserta itu untuk memerhari dan meningkatkan kebolehan mereka untuk belajar
  • Dapat merangsang daya pemikiran para peserta
  • Para peserta dapat berfikir di luar kotak pemikiran biasa mereka
  • Bermain teka-teki bukan sahaja untuk melaksanakan membaca dan menulis, tetapi juga membolehkan para peserta berfikit tentang teka-teki dan ini merupakan proses latihan untuk menyelesaikan masalah

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan
  • Petugas membuka Microsoft Office Power Point yang memaparkan soalan-soalan teka-teki
  • Para peserta membaca soalan tersebut bersama-sama
  • Peserta yang hendak menjawab soalan perlu mengangkat tangan dan memberikan jawapan
  • Peserta yang mendapat markah paling tinggi akan diberikan hadiah

 

Galeri Gambar

E-LEARNING – SUPERHEROES WORD SEARCH

Tarikh : 13 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 5 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat meningkatkan kosa kata penggunaan Bahasa Inggeris
  • Para peserta dapat mengenali watak-watak utama Superheroes
  • Dapat melatih para peserta untuk berfikir di luar kotak pemikiran
  • Dapat meningkatkan pengetahuan mengenai perkataan-perkataan Bahasa Inggeris
  • Dapat meningkatkan tahap fokus para peserta

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas mengedarkan bahan edaran kepada para peserta yang terlibat
  • Petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan
  • Petugas bertanyakan para peserta mengenai watak-watak superheroes yang mereka kenali
  • Para peserta memulakan aktiviti permainan word search ini
  • Petugas memberi tips-tips kepada peserta bagaimana untuk mencari perkataan yang tersembunyi

 

Galeri Gambar

KELAS MICROSOFT OFFICE WORD

Tarikh : 12 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN  :

  • Bagi membantu peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah di kolej
  • Memberi tunjuk ajar yang lebih mendalam dan teliti mengenai penggunaan Microsoft Office Word
  • Membantu peserta mempelajari ikon-ikon dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Office Word bagi memudahkan peserta menyelesaikan tugasan

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan mengenai asas Microsoft Office Word secara ringkas terlebih dahulu
  • Kemudian, petugas menerangkan mengenai ikon-ikon dan fungsi-fungsinya agar memudahkan urusan peserta untuk menyelesaikan tugasan
  • Peserta memulakan aktiviti menyelesaikan tugasan kolej yang diberikan oleh pensyarah dengan dibimbing oleh petugas
  • Petugas memberi penerangan cara-cara untuk mencetak setelah tugasan selesai disiapkan

 

Galeri Gambar

DASHBOARD KOMUNITI – PEMERIKSAAN KESIHATAN (MY HEALTH) DAN MEMBUAT PENGUMUMAN/HEBAHAN (MY KOMUNITI)

Tarikh : 12 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat melakukan pemeriksaan tekanan darah dan pengukuran berat badan secara percuma
  • Para peserta dapat belajar mengira Body Mass Index (BMI)
  • Para peserta dapat menjaga kesihatan dan menitikberatkan mengenai kesihatan sejak dari usia muda
  • Melalui aktiviti membuat hebahan pula, para peserta dapat membuat hebahan mengenai apa-apa perkara
  • Dapat meningkatkan penggunaan komputer dan internet

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menyediakan peralatan sebelum aktiviti pemeriksaan kesihatan dijalankan
  • Aktiviti pemeriksaan kesihatan dimulakan dengan, para peserta melakukan pengukuran berat masing-masing
  • Petugas melakukan pemeriksaan tekanan darah pada para peserta
  • Kemudian, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara untuk mengira BMI

 

Galeri Gambar

KELAS TEKNIK ASAS PENGHASILAN SURAT RASMI

Tarikh : 06 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan dan menyediakan surat rasmi mengikut format yang betul
  • Para peserta juga mempelajari penggunaan bahasa yang sesuai dan tepat yang perlu digunakan semasa menghasilkan surat rasmi
  • Selain itu, supaya surat rasmi yang akan dihasilkan boleh difahami oleh penerima

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan mengenai definisi surat rasmi kepada para peserta yang terlibat
  • Petugas memberi penerangan mengenai peranan surat rasmi
  • Kemudian, petugas memulakan aktiviti penerangan mengenai format surat rasmi iaitu mengandungi aspek:
  • Alamat pengirim
  • Garis panjang melintang : dibuat di bawah alamat pengirim
  • Nama dan alamat penerima
  • Tarikh
  • Panggilan hormat penerima
  • Perkara / tajuk
  • Isi-isi
  • Pengakuan dan tanda tangan pengirim
  • Nama dan jawatan pengirim
  • Peserta menggunakan enjin carian google untuk mencari contoh surat rasmi sebagai rujukan
  • Latihan tutorial menghasilkan surat rasmi

 

Galeri Gambar