E-PEMBELAJARAN (QUIZIZZ.COM- BM & MATH) |
|
Tarikh | : 05 Oktober 2018 (Jumaat) |
Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 10 Orang |
TUJUAN :
- Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara menggunakan aplikasi semasa ini serta memberi pendedahan akan kepentingan dan kebaikan penggunaan aplikasi ini jika digunakan ke arah kebaikan.
- Peserta bermain sambil belajar.dan secara tidak langsung dapat menguji tahap kemahiran mereka dalam subjek matematik dan bahasa melayu.
AKTIVITI :
- Petugas meminta peserta untuk membuka laman web https://quizizz.com di komputer masing-masing.
- Setelah petugas memberikan penerangan, peserta memulakan menjawab kuiz matematik dan bahasa melayu yang telah dipilih.
E-PEMBELAJARAN – KUIZ MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI DAN MEMBINA PERKATAAN DARI “HARI MALAYSIA” |
|
Tarikh | : 22 september 2018 (Sabtu) |
Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 9 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta dapat mengenali Malaysia dengan lebih mendalam lagi
- Para peserta lebih fokus untuk mencari perkataan yang tersembunyi
- Dapat meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu para peserta
- Dapat meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu para peserta
AKTIVITI :
- Petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan
- Petugas membuka kuiz mencari perkataan tersembunyi di smartboard
- Petugas menunjukkan cara untuk mencari perkataan yang tersembunyi dan cara menggunakan smartboard
- Para peserta membuat aktiviti yang seterusnya iaitu membina perkataan dengan menggunakan perkataan “Hari Malaysia”
- Para peserta memulakan aktiviti mereka
SAMBUTAN HARI MALAYSIA |
|
Tarikh | : 15 September 2018 (Sabtu) |
Masa | : 9.30 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 29 Orang |
TUJUAN :
- Bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan komuniti setempat
- Dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli semasa aktiviti berkumpulan
- Dapat mengasah motor halus dan motor kasar para peserta yang mengambil bahagian
- Dapat melahirkan para peserta yang kreatif dan inovatif
- Peserta mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai ketika aktiviti pertandingan deklamasi sajak
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan tayangan video Klik Dengan Bijak dan nyanyian lagu patriotik
- Aktiviti kedua ialah aktiviti “Mengenali Bendera Malaysia Negeri Di Malaysia”
- Aktiviti ketiga ialah aktiviti “Treasure Hunt” mencari perktaan sayangi Malaysiaku
- Aktiviti keempat ialah Aktiviti Art and Craft “Kolaj Bendera Malaysia”
- Aktiviti kelima iaitu Pertandingan Deklamasi sajak
- Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang
PENGENALAN ASAS MICROSOFT OFFICE WORD |
|
Tarikh | : 22 september 2018 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 pagi – 12.30 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN :
- Untuk mempelajari penggunaan Microsoft Office Word dengan betul
- Peserta dapat mempraktikkan penggunaan Microsoft Office Word untuk menyiapkan tugasan sekolah
- Peserta didedahkan dengan fungsi-fungsi asas yang terdapat pada Microsoft Office Word
- Peserta dapat mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas daripada petugas mengenai apa itu Microsoft Office Word
- Petugas meminta peserta untuk membuka layout Microsoft Office Word
- Petugas menerangkan mengenai ikon-ikon yang terdapat pada layout tersebut dan menerangkan fungsi-fungsi setiap ikon tersebut
- Kemudian, kelas diteruskan dengan memberi latihan tutorial kepada peserta iaitu memberi teks ringkas kepada peserta dan meminta peserta untuk menaip semula teks tersebut
- Aktiviti diteruskan dengan petugas mengajar peserta cara-cara untuk memasukan kotak, memasukkan gambar, menukar tulisan dan saiz tulisan dan pelbagai lagi aktiviti untuk meningkatkan kefahaman peserta
KELAS DASHBOARD KOMUNITI – MY KOMUNITI |
|
Tarikh | : 14 September 2018 (Jumaat) |
Masa | : 4.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 10 Orang |
TUJUAN :
- Untuk mendedahkan lagi My Komuniti kepada para peserta dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuat hebahan dan menghantarnya.
- Dapat menggalakkan lebih ramai komuniti setempat untuk menggunakan Dashboard Komuniti
- Para peserta dapat membuat ucapan selamat Hari Malaysia mengunakan medium My Komuniti
- Para peserta juga dapat berkongsi perasaan mereka selepas menyertai kelas yang dianjurkan dengan membuat pengumuman menggunakan saluran My Komuniti
AKTIVITI :
- Petugas membuka laman sesawang Dashboard Komuniti di Smartboard
- Para peserta diminta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my
- Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan sendiri ke dalam laman dashboard
- Petugas menerangkan apa itu My Komuniti kepada para peserta
- Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing
- Peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan gambar yang menarik semasa aktiviti membuat pengumuman